Site icon Wacana Zeckry

Tandas Jadi Pengubat Hati

Syeikh Sya’rawi semasa hayatnya memberi kuliah di suatu tempat. Setelah selesai kuliah beliau dijemput pulang oleh pemandu peribadinya. Sampai di suatu selekoh, Fadhilah Sheikh Sya’rawi menyuruh pemandunya berhenti. Beliau singgah sebentar di sebuah masjid terpencil. Pemandunya kehairanan kerana ketika itu bukan waktu solat.

Oleh kerana lama menunggu Sheikh keluar dari masjid, pemandu tadi pergi menjenguk kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada Tuan Sheikh. Pemandu tadi puas mencari di dalam masjid tetapi tidak menjumpai Tuan Sheikh. Lalu ia pegi mencarinya di bilik air. Pemandu itu melihat tuan Sheikh sedang mencuci tandas. Pemandu itu cuba membantunya akan tetapi Sheikh melarangnya.
Setelah selesai, pemandu itu bertanya : Kenapa tuan bersusah payah membersihkan bilik air. Nanti adalah penjaga masjid ini yang akan membersihkannya.

Jawab Tuan Sheikh Sya’rawi :
“Sewaktu aku memberi kuliah tadi, terselit dalam hatiku rasa ujub dan bangga diri. Maka aku ingin membuatnya terhina dan merendah diri”.

Syeikh Mutawalli Asy Sya’rowy adalah Ulamak al Azhar, pakar dalam bidang tafsir dan juga feqh perbandingan.

Ulama kat Malaysia ada tak macam tu ?

Exit mobile version