Dalil tasawwuf, tarekat dan zikir menari
Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) :
“Selepas Fathul Khaibar, telah kembali daripada Habsyah adalah Ja’far Bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi shollallahu ‘alayhi wa sallam menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya.
Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim radiyallahu ‘anhuma dan Rasulullah shollallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : “Aku tidak tahu dengan 2 sebab aku gembira samada sebab Fathul Khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar?”
Dan bersabda Nabi shollallahu ‘alayhi wa sallam kepada Ja’faar : “Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku.” Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi shollallahu ‘alayhi wa sallam kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Talib itu.
Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketika mereka mendapat kelazatan wujdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wujdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.
Adapun dalail tentang wajibnya bertarekat/bertasawuf adalah sebagai berikut :
Firman Allah : الجن 16
وأن لو استقاموا على الطريقة لأسقيناه من ماء غدقا
Maksudnya: “Sekiranya mereka itu tetap berjalan (bertarekat) di atas jalan yang benar (Tarekat yang benar) niscaya Aku (Allah) akan memberikan kepada mereka meniman yang menghilangkan haus (petunjuk/Tarekat yang menghilangkan kesesatan)”
فاسلكي سبل ربك ذللا
Maksudnya: “Tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu (bersuluklah kamu)”.
Petunjuk Hadis tentang Tasawuf/Tarekat, sebagaimana sabda Rasulullah:
عن سيدنا علي كرم الله وجهه ;أنه قال : قلت :يا رسول الله ;أي الطريق أقرب إلى الله ;و اسهلها
على عباد الله ;وأفضلها عند الله ;فقال عليه السلام :يا علي ;عليك بمداومة ذكر الله تعالى. فقال علي كرمالله وجهه :
كل الناس يذكرون الله يا رسول الله .فقال عليه السلام : ياعلي ;لا تقوم الساعة حتى لا يبقى على وجه الأرض من يقول الله .
فقال علي: كيف أذكر الله يا رسول الله ؟فقال عليه السلام :غمض عينيك واسمع مني ثلاث مرات; ثم قل مثلها ;وأنا أسمع .
فقال (ص) لا إله إلاّ الله ;ثلاث مرات ;مغمضا عينيه .فقالها علي كذلك .فبهذه الصفة لقنها رسول الله( ص) لسيدنا علي كرم الله وجهه;
ثم لقنها سيدنا علي (ض )لولديه الحسن و الحسين بنفس الطريقة ;و تناقلت بين الصحابة والأئمة والتابعين
من الأقطاب و الشيوخ والعارفين و المريدين .
Maksudnya: “Dan dari Sayyidina Ali Karramahullahu wajhahu, beliau berkata: Aku katakana, Ya Rasulallah, manakah jalan/tarekat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah? Maka sabda Rasulullah, ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah. Maka berkatalah Ali, tiap orang berzikir kepada Allah.
Maka Rasulullah bersabda: Ya Ali, tidak akan terjadi kiamat sehingga tiada tinggal lagi atas permukaan bumi ini, orang-orang yang mengucapkan Allah, Allah, maka sahut Ali kepada Rasulullah, bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah? Maka Rasulullah bersabda: cuba pejamkan kedua matamu dan rapatkan/katubkanlah kedua bibirmu dan naikkanlah lidahmu ke atas dan berkatalah engkau, Allah-Allah. Maka sejenak Rasulullah mengucapkan: Laa Ilaaha Illallaah tiga kali sedangkan kedua matanya tertutup kemudian Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada Habib Al-Ajmi ,dari Al-Habib diajarkan kepada Daud Al-Thaiy, dari Daud diajarkan pula kepada Makhruf Al-Kurahi, dari Makhruf diajarkan pula kepada Junaid Al-Bahdadi. Kemudian timbulah menjadi ilmu pendidikan yang dinamakan dengan ilmu Tarekat atau Tasawuf.
Kemudian Ali ibn Abi Thalib berkata:
رايت ربي بعين قلبني ، فقلت لا شك أنت أنت الله
“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu, engkau, engkau