Kisah seorang raja…

Raja bertanya kpd menterinya ” Kenapa aku melihat khadamku semua gembira lebih dari kegembiraanku dlm hidup mereka? Sedangkan mereka tidak memiliki sesuatu pun.


Kerja begitu kuat siang dan malam. Tetapi wajah mereka tetap ceria dan gembira dengan kehidupan mereka.
Manakala aku seorg raja. Memiliki byk harta. Sehinggakan apa yg aku kehendaki ada tercapai.
Menteri : Cuba tuanku raja menguji kaedah 99.


Raja : apa dia kaedah 99 ??
Menjawab Menteri: Cuba tuanku menyuruh seseorang meletakkan 99 dinar ke dalam bekas dihadapan pintu khadam tuanku. Kemudian tulis pada bekas itu 100 dinar hadiah kpd engkau.


Ketuk pintu rumahnya kemudian dan lihat apa yg berlaku ?


Kemudian raja pun mengikut apa yg dicadangkan oleh menterinya itu.
Khadam pun mengambilnya lalu mengira.

Adakah cukup wang 100 dinar. Setelah mengira, berkata khadam ” Ini mesti baki 1 dinar yg tidak cukup itu tercicir dimana mana. Boleh jadi diluar rumah.


Maka keluarlah kesemua ahli keluarganya mencari. Sehingga larut malam masih lagi mencari. Namun tiada diketemu wang satu dinar itu. Khadam itupun marah kerana tidak menjumpai wang yg kurang itu. Jadi huru-hara keluarga dengan sebab satu dinar tadi dengan sebab kurang. Pada asalnya keluarga yg tenang dan bahagia boleh jadi merana.


Pada hari kedua, khadam tadi sudah tidak ceria dan nampak serabut dimuka. Sebabnya ialah dia tidak tidur semalaman memikirkan hal 1 dinar tadi.


Maka dia pergi berjumpa dengan tuanku raja dengan tidak gembira lagi. Mukanya pun tidak ada senyuman diwajah seperti kebiasaan.


Tuanku raja pun tahu makna “99” seperti yg disebut oleh menteri nya.
Manusia tidak akan puas dengan 99 nikmat yg Allah swt berikan kpd kita.

Sebaliknya akan mencari yg kurang. Sehingga perkara dan nikmat yang banyak itu tidak akan puas.

Malah masih lagi memikirkan yg sedikit itu.
فبأي آلاء ربكما تكذبان
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Sifat Qanaah itu harta yg tidak akan hilang

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.