Secara peribadi, saya setuju dengan tindakan Jabatan Peguam Negara untuk membuat rayuan terhadap hukuman pembunuh Arwah Zulfarhan.

Hukuman yang paling berat harus dikenakan terhadap mereka yang menyeksa Arwah sehingga meninggal dunia, dan 18tahun penjara sememangnya tidak mencukupi.

———————————————————
Yang Arif Hakim telah mengatakan tidak dapat membayangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami Arwah Zulfarhan, yang dikenakan 90 tekapan seterika.

Satu tekapan pun dah sakit sangat, apatah lagi 90 di seluruh badan ?

Namun, terdapat perbezaan niat antara

-S299 KANUN KESEKSAAN ( Mematikan seorang dengan salah – hukuman 30 tahun penjara maksima)

  • dan S300 KANUN KESEKSAAN ( Membunuh – hukuman gantung sampai mati )

——————————————————

Dalam S300 KK, definisi niat untuk sabitan Membunuh termasuk ( yang berkaitan ) :

“Dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh kepada seseorang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup pada lazimnya bagi menyebabkan kematian”

S299 KK, definisi niat untuk sabitan Mematikan Seorang Dengan Salah termasuk ( yang berkaitan ) :

“Dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian “

—————————————————-

Dalam kes ini, yang menentukan samada 6 pesalah tersebut telah membunuh ( S300 KK- gantung sampai mati ) atau mematikan seorang dengan salah ( S299 KK 30 tahun penjara ) adalah :-

Samada niat pukulan dan 90 tekapan seterika itu adalah untuk menyebabkan bencana tubuh yang “ CUKUP PADA LAZIMNYA BAGI” menyebabkan kematian. (S300 KK)

Ataupun

Samada niat pukulan dan 90 tekapan seterika itu adalah untuk menyebabkan bencana tubuh yang “ MUNGKIN” menyebabkan kematian ( s299 KK )

————————————————

Memang kabur dalam perbezaan “ niat “ antara s299 dan s300.

Bicara di atas bukannya kesemuanya. Memang Kalau nak bicarakan secara teliti, kena ada kuliah 3 jam.

Saya ingin memberikan gambaran bahawa betapa susahnya untuk mentafsir perbezaan niat, contohnya antara “ MUNGKIN” dan “ CUKUP PADA LAZIMNYA”

MUNGKIN – kamu memukul dengan niat memukul sampai bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian, contohnya pukul kuat dengan tiang besi atas perut seseorang. ( penjara 30 tahun max )

CUKUP PADA LAZIMNYA – kamu memukul dengan niat memukul sampai bencana tubuh yang CUKUP PADA LAZIMNYA menyebabkan kematian, contohnya pukul kuat dengan tiang besi atas kepala seorang . ( gantung sampai mati )

———————————————-

Pening kan ?

Itulah yang kami sebagai pengamal undang-undang belajar dan harus memahami secara mendalam.

Semoga Arwah Zulfarhan semadi dengan aman, dan pembunuh beliau dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan dan niat mereka.

———————————
Ulasan Apek Cina

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.