Interfund
Interfund

Apa itu Interfund

? Interfund (Malaysia) Sdn. Bhd (224204-D) yang beralamat di Suite 44C, Vista Tower, The Intermark, No.348, Jalan Tun Razak, 50400, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau nama singkatannya ITF yang bergiat aktif dalam mencari pelabur dangan mengambil wang pelaburan secara salah kerana menggunakan akaun peribadi bernama MUHAMMAD HALIF AIDIL BIN MUHAMAD FAUZI (RHB : 15407700084251) untuk menyalurkan deposit pelaburan dalam FOREX dalam talian.

Persoalannya kenapa syarikat tersebut menggunakan akaun peribadi atas nama tersebut untuk mengutip wang pelabur ? Alasan yang diberikan oleh consultance ITF adalah kerana penama sebagai trader profesional dalam Forex Trading Online. ( adakah anda nampak gambaran permainannya? ) Baiklah untuk jelas lagi gambaran ikuti selanjutnya kerana Mr Z ada kisahnya yang diceritakan melalui komentar dan mesej personal. Adakah ini betul atau bohong ?

Sebenarnya zeckry.net banyak mesej personal melalui whatsapp dan komen yang dihantar ke zeckry.net bertanya lanjut mengenai catatan Rahsia Besar Selawat Tafrijiyyah dan kisah Mr Z sendiri daripada Rahsia Ibu Duit . Cuma yang menarik. apabila Sharil (bukan nama sebenar) berkongsi cerita bahawa dia telah ditipu oleh skim pelaburan di internet (sedang giat mencari pelabur yang dikenali sebagai Interfund) yang disertai sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM8k kerana terpedaya iklan pelaburan melalui facebook yang sering dilihat.

Lalu menginsafi dan sedar bahawa tindakannya terlalu mengikut hawa dan nafsu dan kebetulan pula dia perlukan duit. Kemudian terpedaya dan tunduk serta-merta dengan tawaran yang dijanjikan oleh Syarikat Interfund tersebut. Atas kesedaran tersebut, kerugian yang dialami dan kecaman daripada hutang dengan kawan-kawannya. Akhirnya Sharil mengalah dan sedar dan inginkan ketenangan dalam jiwanya dengan memperbanyakan Selawat Tafrijiyyah . Kesannya dia merasakan kelapangan hati dan Allah SWT memudahkan rezeki bisnesnya dan keluarganya. Walaupun pada mulanya dia dikecam hebat oleh kawan-kawan dengan sebab hutang yang dipinjam semata-mata untuk menyertai pelaburan yang ditawarkan oleh Interfund.

Beliau turut berpesan kepada di luar sana jangan ‘bertuhankan nafsu serakah’ yang menyebabkan kita hilang pertimbangan atas kerugian yang dialami yang boleh menjejaskan hubungan dengan keluarga dan anak-anak sehingga mereka menjadi mangsa kemarahan kita disebabkan hajat kita untuk mendapatkan pulangan dari pelaburan tersebut gagal. Sharil (bukan nama sebenar) juga mengatakan, yakinlah kepada Allah SWT atas rezekiNya dan amalkan selawat ini, lagipun manfaatnya adalah besar keberkatannya. Kemudian dia berpesan, janganlah kita mengambil hak orang dengan cara menipu demi kepentingan kita semata-mata kerana akan menjadi darah daging kepada zuriat kita dan lakukan pekerjaan yang halal walaupun sedikit tetapi barakahnya besar.

Akhirnya, Sharil menyeru kepada pembaca di sini agar menjauh skim-skim pelaburan internet yang banyak menyalahi dari segi undang-undang di Malaysia dan syariah sebenarnya. Misalnya syarikat Trusted Fund (myinterfund.com) . Selain itu, indentitinya tidak jelas dan menggunakan identiti axisgroup.com dengan promosi (janji-janji) keuntungan yang besar (lihat paparan gambar di atas). Syarikat ini terlibat dengan FOREX untuk mendapatkan keuntungan dengan mendapatkan deposit daripada ‘mangsa-mangsa’ yang diperolehi daripada iklan di facebook yang dikenali ramai.

Menurut, “pengalaman saya ditipu melalui pelaburan di Interfund yang diiklankan melalui facebook sudah cukup mengajar saya agar dapat mengawal nafsu dan keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang mendapat keuntungan yang besar” katanya di whatsApp personal Mr Z.

Memandangkan Sharil telah terjebat dengan iklan di facebook dan berhubung terus melalui WhatsApp sahaja yang yang dilayani oleh perempuan untuk memancing akhirnya dia kena scam. Dia juga terkilan, ada juga wanita hari ini bersyubahat dalam penipuan seperti ini, adakah mereka nanti akan ‘melahirkan’ zuriat dan generasi penipu ?

“Saat ini saya terfikir apabila para alim ulama menceritakan kisah dalam Isra` dan Mikraj, apabila Rasulullah SAW diperlihatkan wanita sangat ramai di dalam neraka” kata Sharil.

Mr Z sempat juga bertanya apakah Modus Operandi yang digunakan dalam mengatur strateginya?

Sharil sempat berkongsi cerita ini untuk mereka di luar sana agar kehidupan ini perlu berhati-hati bukan sesuka hati kita mahu buat tanpa berfikir panjang. Berbalik kepada aduan dan penceritaannya Sharil. Menurutnya, Syarikat Interfund Sdn Bhd menggunakan Modus Operandi seperti berikut :

PERTAMA : Meminta butiran pihak pelabur untuk Consultance tu mendaftar di laman web syarikat iaitu Trusted Fund (myinterfund.com) melalui WhatsApp yang memperkenalkan diri dengan nama Puan Hidayah sebagai Consultance Interfund (ITF) dengan menggunakan No.WhatsApp : 014-7539925 hanya teks mesej sahaja (kalau call memang tidak akan berjawab dan dia akan bagi no.ofice 03-33100588 (tertera di web) jika kita ingin membuat pengesahan dan ingin maklumat lanjut, tapi no.tersebut adalah palsu. Bila kita WhatsApp daripada iklan, syarikat ni pasang ramai Consultance, kalau Sharil, dia dilayan oleh Pn Hidayah.

Cuma paling bestnya dengan yakin Pn Hidayah tu bagitau “klu x dpt profit, modal akn dipulangkan dlm 24 jam” lalu saya pun teruja dan mesti kata “nak join”.

Pn Hidayah tu membalas lagi, “klu join ari ney, esk sblm pkl 12 tgh ari profit akn masuk dlm akaun anda” dan menyambung lagi ” Trader kami cuma tlg trade buat kali pertama dan skli shj, pastu dh cashout klu nk buat trade lg kne trade sendiri” kemudian mengiringi gambar sebagai bukti pelanggan yang dapat keuntungan dan tangkap layar bersumber whatsApp sebagai testimonial.

BERSAMBUNG MODUL OPERANDI KEDUA

Sebelum zeckry.net menyambung untuk Modus Operandi penipuan Interfund (ITF) seterusnya, beberapa soalan yang perlu anda tinggalkan diruangan komen ini….

-Adakah anda adalah mangsa scam interfund ?

-Adakah anda pernah melihat iklan interfund di facebook?

-Adakah anda hampir2 terjebak dengan interfund?

-Adakah anda mengalami kerugian yang besar dengan interfund?

Tinggalkan dulu komentar anda dibawah jika pernah mengalami atau dalam percubaan dengan interfund….

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

7 thoughts on “Hebat Keuntungan Melabur di Interfund (ITF)”
  1. Allahuakhbar.. Begitulh kehidupan byk yg menipu utk mendapat kesenangan atas kesusahan org lain, termasuk aku yg terpedaya dengan janji manis utk mendapat keuntungan. Kisah Sharul sama dgn apa yg terjadi pd aku pd 8 dn 11 January lalu. Rasa menyesal x sudah kerana pertama kali terjebat dgn jerat2 penipuan Mereka. Sebelum tu aku Cuba menghntr chat pd individu yg mngatakan dapat keuntungan pelaburan utk mengetahui kebenaran status fb yg dipaparkan. Tp hampa semua tidak berjawab. Aku mengambil kputusan mencuba juga. Akhirnya aku kerugian lebih rm4k. Untuk mndapatkan kembali duit modal pelaburan tersebut semua nya jd lebur sperti dimakan anai2.. Duit lesap sekelip mata, aku sering memarahi diriku sendiri kerana mudah tertipu.. Moga Allah mengAzab akan perbuatan Mereka semua yg terlibat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.