Setelah Sharil bermimpi indah bersama Interfund, akhirnya dia sedar bhw dia telah di scam oleh Syarikat Interfund (Malaysia) Sdn Bhd, website : Trusted Fund (myinterfund.com) apabila dia alami kehilangan sebanyak RM4,286.40 tak smp dlm masa 24jam je. Hebat pelaburan internet zaman indusri 4.0 ni ! yang menjanji keuntungan meroket, melangit bagai..semuanya rancak sana sini ! tp ramai yg xsedar dan mudah terpedaya dgn pelaburan yg untung melangit xsmpai 24 jam itulah kisah yg tlh berlaku pd Sharil.
Ok, kali ini Mr Z nk sambung cite Sharil yang dikatakan telah lebur sebanyak RM1,000+3,286.40=RM4,286.40, sekali lagi disuruh bayar RM3,530 di akaun keldai (dibaca :dajjal). Kat sini Sharil dah perasan ini adalah Scammer ! Scammer ! Dajjal ! Dajjal…itulah ungkapan Sharil dengan Syarikat Interfund yg telah menipu nya utk membyr profit tp lain jadi nya apabila step by step kena byr bermula dgn upah trader sbyk 13% pastu nk kena byr dokumen bagai, sdgkan tade pun apa2 perjanjian sblm melabur, pastu guna akaun keldai nama individu bukan nama syarikat pun, kononnya tu akaun trader profesional.
Pendek cite byk sgt perkara yg ragu2 sbrnya, tp semua org tak nampak dah pun, yg org nampak UNTUNG…UNTUNG..sapa x giler labur 1k dpt 25k xsmp masa 24 jam, terpedaya dgn screenshot yg dibg oleh pihak Interfund tu yg org yg dpt cashout ms belum lagi, bila dh melabur akhirnya apa yg Sharil dapat…LEBUR saja lah! Diperbodohkan je semua tu ! tipu daya dunia..bak kata tok batin ILUSI je semua tu !
Makin lama dunia ni..makin byk TIPU ! Itulah luahan Sharil yg sgt geram dgn Syarikat Interfund ni.
Tapi, Mr Z telah buat siasatan utk dptkan info, rupanya mmg ramai yg dah melebur kan interfund ni, ramainya org melayu terkena ! agenda apakah ini ! melayu diperbodohkan oleh melayu sendiri ! Kesian….mudah terpedaya ! x mau kaji dulu sbb buang masa je sebab nampak UNTUNG tuu!
Kemudian, Sharil tanya bhg cashout tu Pn Irma “nape xtolak skali dgn profit tu ? Irma tetap kata xblh sbb tu upah trader…pastu Sharil gitau, OK sy nk refund modal tu sbnyk RM4,286.40 yg untung RM25 tu abik je kt korang smua tu ! Pn Irma tu kata “eh sygnya ! tp tunggu lam masa 1-2 hari utk refund…itulah janji lagi ! setelah lbh 2hari ditunggu oleh Sharil dgn refund sbyk RM4,286.40, akhirnya dah x dilayan lagi dah…senyap cam tu je lah, tp whatsApp tak diblock sbb nk menyakinkan pelanggan tu…maki apa pun dia duk diam je !
Maka, terbuktilah Syarikat Interfund (Malaysia) Sdn Bhd adalah SCAMMER contoh yg sedang beroperasi untuk mencari mangsa waktu ini dan dia juga bertukar2 indentiti tgk je mereka pakai sistem utk yakinkan, siap jana dokumen lagi tu, BACA POSTING LEPAS KAT SINI
Maka, kisah Sharil mengakhiri kisahnya dgn pesanan, takyah lah terpedaya dgn pelaburan internet ni..buang masa buang duit je…(kalau betul2 nak buang duit ada je saluran yg betul) lbh baik korang jual goreng pisang tepi jalan je..jual burger Ramly ke Zamburger ke…maka berhati-hati lah dengan pelaburan internet dah byk kajian intelektual 99.9% pelaburan internet adalah tipu !
Ok nanti Mr Z cuba komen dan ulaskan nanti kisah Sharil ni nanti....
Bacaan kisah Sharil dengan Syarikat Interfund (Malaysia) Sdn Bhd yg menipunya