Site icon Wacana Zeckry

Al Rasafi Penyair Iraq Tersohor

Seorang penyair Iraq terkenal dengan gelaran ” Al Rasafi ” sedang duduk dikedai bersama kawannya dihadapan Masjid Haidar di Baghdad.
Sedang mereka saling berbicara tiba-tiba lalu seorg perempuan yg memakai purdah.

Sekali pandang bahawa dia adalah seorang yang fakir. Wanita itu sedang memegang pinggan. Dengan gerak geri wanita itu sedang meminta sesuatu dengan isyarat tangan kepada tuan kedai supaya memberi beberapa sen itu ditukar dengan pinggan yg dibawa.


Akan tetapi tuan kedai menolak permintaannya. Selepas itu keluarlah dia dari kedai dengan perasaannya yang hampa.


Al Rasafi melihat dan mengagak sesuatu. Sedangkan al Rasafi tadi bersama dengan rakannya.
Rakannya memberitahu bahawa dia adalah seorang ibu tunggal yang sedang menjaga dua anaknya yang yatim setelah kematian ayah mereka. Mereka sangat lapar dan ingin menggadai pinggan dengan 40 sen untuk membeli 🍞 roti.


Al Rasafi memanggil dan terus memberi seringgit dua puluh sen. Itulah sahaja yang Al Rasafi ada didalam poketnya. Wanita itu pun mengambil wang 💰 tersebut dalam keadaan berbelah bahagi ambil atau tidak. Kerana wanita itu berasa malu. Dia pun menyerahkan pinggan kepada Al Rasafi sambil berkata ” Allah SWT meredhai ke atas engkau dan ambillah pinggan ini ” .


Al Rasafi menolak penyerahan pinggan oleh wanita itu. Dia pun kembali kpd kawannya. Sedangkan hati 💓 sangat sakit. Pulang Al Rasafi ke rumah 🏡. Pada malamnya beliau tidak dapat melelapkan mata. Lalu beliau mengambil catatannya sambil berlinangan air mata menulis syair.
” Syair Ibu Tunggal Yang Sedang Menyusukan anak “
Membawa kisah tentang kehidupan masyarakat ” Kefakiran dan Para Fakir” dengan begitu teliti dengan memberi kesan didalam hati.
Tergolong diantara yang terbaik syair Arab zaman moden.


Daripada keindahan itu seorang pelajar Perancis di Universiti Zaitun di Tunisia mendapat Ijazah Kedoktoran kerana menterjemahkannya didalam bahasa Perancis dan Inggeris. Hal yg demikian itu kerana gambaran yg diucapkan itu sangat memberi kesan yang mendalam kepada Para cerdik pandai:
لقيتها ليتني ما كنت ألقاها
تمشي وقد أثقل الاملاق ممشاها
Aku berjumpa dgnnya alangkah tidak aku berjumpa #
Berjalan dengan begitu berat memikul kemiskinan kakinya
أثوابها رثة والرجل حافية
والدمع تذرفه في الخد عيناها
Pakaian nya selekeh berkaki ayam # Airmata mengalir di pipi dari kedua matanya
بكت من الفقر فاحمرت مدامعها
و أصفر كالورس من جوع محياها
Menangis kerana fakir kemerahan airmatanya # dan kekuningan seperti pewarna kerana kelaparan hidupnya
مات الذي كان يحميها و يسعدها
فالدهر من بعده بالفقر أشقاها
Matinya org yang menjaga dan menggembirakannya # Maka masa selepasnya dgn miskin lagi sengsara
الموت أفجعها والفقر أوجعها
والهم أنحلها والغم أضناها
Kematian mengejut tempat bergantung dan kefakiran yang menyakitkan # Dan sempit dada terasa dan sedih duka menyelubungi dakapan.

اللهم اغفر لك ويرحمك يا شاعر العراقي الرصافي

Exit mobile version