Site icon Wacana Zeckry

Cara membezakan: Isu itu Masalah dan Masalah itu Isu

Beza Isu dan Masalah sukar dibezakan bagi pemula dalam dunia penyelidikan. Ini pun masalah juga buat penyelidik baru. Baiklah, nak buat kajian ? tapi saya masih pening dengan isu dan masalah. Ok ini biasa berlaku bila kita belum betul-betul hadam ‘kaedah penyelidikan’ secara saintifik. Apapun sy ceritakan cam ne kita nk tentukan isu dalam kajian kita. Catatan sebelum ini mengenai 10 cara mudah menulis penyataan masalah.

Ni step pertama iaitu penentuan isu.

-Penentuan isu adalah penting sebab apa? Kerana ia Ibarat ‘jantung’ yang nk gerakkan keseluruhan kajian kita.

-Isu kajian adalah ‘jantung penyelidikan’ atau pokok perbahasan yg akn jd sbb kpd bermulanya kajian.

-Daripada isu tu yg jd sebab/punca utama kita nk buat kajian. Tak de isu, tak payah ‘gatal’ nk wat kajian. (buang masa !)

Cara membezakan: Isu itu Masalah dan Masalah itu Isu

Jap, korang faham ke apa benda yg dimaksudkan ‘ISU’. Kita fahamkan dulu supaya korang tak keliru ISU & MASALAH. Bila dpt bezakan dua perkataaan tu barulah mantap ! Biasa org faham dia kata : Isu tu masalah lah…dan masalah tu isu…Pendek cite, isu tu bkn masalah dan masalah tu tak semestinya isu. Cuma ada beza !

Sekali tgk mcm serupa cuma x sama je.So apa bezanya, isu ni aspeknya lebih besar daripada masalah. Kena ingat ni, dalam isu ada pecahan-pecahan masalah. Kalau masalah pula, ia adalah sebahagian daripada isu.

Ringkasnya, dalam sesuatu kajian, isu adalah asas utk kita buat kajian dan masalah adalah punca yg perlu kita setelkan. Isu merupakan rangkuman kepada faktor dan masalah mengenai sesuatu perkara.

So, isu mesti ada faktor-faktor yg menyebabkan berlaku (faktor yg menyumbang benda tu berlaku). Misalnya, apa faktor yg menjadi kekecohan sehingga tercetusnya pergaduhan di antara penyokong bolasepak Kelantan FC (KFC) dengan penyokong Perak FC pada 10 Ogos 2022 di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bharu.

So, konsepnya kt sini kita dah boleh bayangkan bahawa:

Pokoknya=Isu Kekecohan. Rantingnya=Masalah-masalah.

PERINGATAN: isu kajian mesti NEGATIF, tak boleh berbentuk POSITIF. Kalau POSITIF= bkn isu dan xperlu kaji lah (buang masa!). Nak betul2 kena isu ni, kita kena kenal dia dengan sifat-sifat yg ada pada isu tu, bkn kenal nama je Isu, tapi kelaut sampai sesat mana satu isu mana satu masalah.

Nama=Isu

Sifat cam ni iaitu:

-ada kena mengena dgn persekitaran kita (pekerjaan ke),

-berbentuk negatif,

-ada bukti ianya berlaku,

-boleh disetel,

-kos tak tinggi,

-mudah nk buat,

-tak sensitif,

-ada gap dalam ilmiah/akademi (tak ada yg buat lagi kajian berkaitan terhadap populasi kajian korang tu dan;

-boleh digeneralisasikan ( populasi kajian korang ada isu yg sama).

Kekecohan penonton bola sepak Malaysia=Isu kajian

Isu ni dipilih sbb berkaitan dengan apa yg sy alami dulu semasa menonton boleh sepak di stadium kemudian berlaku kekecohan. Sememangnya isu ini negatif tp bknlah benda sensitif utk dikaji. Isu ni ada ke tak bukti ilmiah berdasarkan kpd kajian dulu dan diakui oleh profesion-profesion dalam bola sepak yg lain. Pastu, adakah kes ini blh disetelkan dan mudah utk dibuat dan kos tinggi kajian tu kalau buat? Ada ke kajian-kajian terdahulu mengenai kontroversi penyokong-penyokong bola sepak sehingga berlaku pergaduhan dan dapat diselesaikan masalah tu? (wpun xde kajian terdahulu pun boleh je buat asalkan ada penyelesaian).

Kronologi-Insiden

Ada juga kajian yg dlm bentuk menentukan kesahihan adanya isu tu dan kajian berkaitan dengan kekecohan antara penyokong Kelantan FC dengan Penyokong Perak FC belum dibuat terhadap populasi penyokong-penyokong perlawanan tu. Dalam kajian lepas tu, kita nk tgklah Gap (lompang) yg blh diselesaikan masalah penyokong yg melampau dsb.

Isu kajian yg korang pilih mesti lah didorong oleh beberapa faktor seperti pengurusan pasukan bola sepak, pengurusan stadium, dasar, penonton atau penyokong. Jd faktor-faktor tu mesti ada dasar dia iaitu masalah-masalah tertentu seperti keselamatan, stress,pengadil perlawanan,peraturan, pengetahuan, berubah-ubah, kurang bermoral, tidak profesional dan berkemahiran.

Lastly, peringkat ni, kita perlu tentukan isu kajian jer..tak perlu layan dan fikir benda yg berat. Itu sy bawa contoh, isu kekecohan penyokong bola sepak di Malaysia tidak bermoral seperti yg tengah hangat sekarang ni. Lepas tu, kita perlu cari sekurang-kurangnya 5 kajian lepas berkaitan isu yg kita pilih tu. Kemudian, dapatkan pula, sekurang-kurangnya 5 kajian terdahulu berkaitan kesan yg akn berlaku kalu isu yg dipilih tak diselesaikan. Isu ni kira termasuk dalam kluster sains sosial yg mesti diperluaskan, contohnya cam ni :

ISU KAJIAN

-Isu-kekecohan penyokong bola sepak

-5 kajian lepas dan fakta berkaitan isu

BUKTI ISU

-5 kajian lepas berkaitan berlakunya isu

KESAN ISU

-5 kajian lepas terdahulu berkaitan kesan yg berlaku sekiranyg isu tak dapat diselesaikan

TOUCH-UP

-Update penulisan, semak ejaan, tatabahasa ke format.

Ringkasan cara proses:

i. Cari isu yang tepat.
ii. Cari 5 kata kunci berkaitan isu.
iii. Cari 5 bukti adanya isu, berdasarkan kajian terdahulu.
iv. Cari 5 kesan jika isu tidak diselesaikan, berdasarkan kajian terdahulu.
v. Cari 5 kata kunci bagi kesan tersebut.
vi. Tuliskan semua dapatan dalam perenggan.
vii. Semak ejaan dan tatabahasa.

-Carian kajian terdahulu boleh terus menggunakan google scholar.
-Perkara i hingga iii ditulis dalam 1 perenggan, manakala perkara iv dan v ditulis dalam perenggan berasingan.

Exit mobile version