Site icon Wacana Zeckry

Metode Konsep Madani

Malaysia ibarat rumah kepada pelbagai budaya, bahasa, tradisi dan kepercayaan. Ramai orang luar melihat Malaysia sebagai suri teladan bagi sebuah negara yang boleh menggabungkan kemakmuran dan perpaduan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kumpulan etnik. Apabila dua atau lebih orang dari latar belakang budaya yang berbeza berinteraksi, silang budaya berlaku. Budaya luaran yang boleh dilihat yang diwakili oleh pakaian, penampilan, bahasa, adat resam, makanan dan tempat tinggal adalah antara perbezaan dalam latar belakang. Manakala budaya dalaman yang tidak terserlah terdiri daripada ilmu, keyakinan, akhlak, dan nilai kehidupan. Hubungan yang positif dan bahagia akan terhasil daripada pemahaman tentang perbezaan budaya ini. Hakikatnya tiada individu atau kumpulan etnik yang sempurna dari segi kepakaran, keupayaan dan  aspirasi atau keinginan mereka untuk mencapai keperluan dalam kehidupan. Oleh itu, apabila hubungan positif terjalin di antara satu sama lain melalui pertemuan harian dalam pelbagai konteks dan sfera kehidupan, termasuk pertukaran makanan, media dan ciptaan artistik.

Hasilnya, keunikan kebudayaan dan keharmonian yang tercipta daripada hubungan positif daripada perkongsian kepelbagaian etnik di negara ini dapat memakmurkan negara dengan rancak. Hubungan etnik merupakan jalinan interaksi antara kaum yang berbeza. Misalnya, kaum Melayu dapat berinteraksi positif dengan kaum Cina dan kaum-kaum lain. Kaum India dapat hidup dengan baik dalam masyarakat Melayu, Cina dan sebagainya. Menurut Islam, al-Quran menyebut kejadian insan yang berbeza bangsa, kaum, etnik, bahasa dan budaya untuk mengenali yang bukan untuk bersengketa atau berperang sebaliknya untuk berkenalan yang memerlukan interaksi  di antara satu sama lain. Firman Allah SWT :

“Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berkabilah agar kamu saling berkenal. (al-Hujurat: 13) .

Justeru, perbincangan ini bertujuan merungkai konsep asas pengetahuan kepada hubungan etnik sebagai kunci kepada keharmonian dan pembangunan negara. Kemudian perbincangan acuan yang diguanakn dalam membentuk bangsa Malaysia yang harmoni. Seterusnya, perbincangan mengenai lagu dan filem yang berunsurkan kepada perpaduan dan patriotik di Malaysia.

Read more: Metode Konsep Madani
Exit mobile version