Site icon Wacana Zeckry

Ramuan Membentuk Bangsa Malaysia Harmoni

Menurut Kassim Thukiman, (2020) sejak zaman penjajah sehingga selepas merdeka, hubungan etnik di Malaysia telah terjejas oleh beberapa kejadian yang tidak menyenangkan, termasuk peristiwa 13 Mei 1969. Pengajaran asas yang dipelajari daripada pengalaman yang tidak menyenangkan ini ialah pertumbuhan ekonomi tanpa kestabilan politik adalah tidak lengkap, dan kestabilan politik tanpa pembangunan adalah tidak mencukupi. Ekonomi yang seimbang, kemakmuran ekonomi, dan kestabilan politik diperlukan untuk beroperasi tanpa kecacatan yang mungkin membawa kepada peperangan. Oleh itu, apabila membincangkan ramuan dalam membentuk bangsa Malaysia yang harmoni, ia berdiri teguh dengan perpaduan, kesantunan, hubungan baik dan tanggungjawab kenegaraan.

Perpaduan Nasional

Perpaduan nasional merupakan misi penting bagi negara kita kerana ia bersifat komprehensif yang boleh menterjemahkan sebaik mungkin kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Nilai asas seperti keadilan sosial, penerimaan dan toleransi merupakan kerangka perpaduan nasional ini. Dalam konteks di Malaysia, Islam sebagai indikator utama dalam mendukung agenda perpaduan nasional dengan nilai-nilai menyampaikan rahmah untuk keseluruh alam, ciri Islam sebagai agama yang bersifat sejagat yang melindungi semua umat termasuk kaum bukan Islam di negara ini.

Misalnya usaha pembinaan peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia dalam merealisasikan agenda Kemakmuran Bersama 2030 yang bertunjangkan kepada persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati yang tinggi dalam kalangan rakyat berbilang kaum ini menjadi asas kukuh kepada keharmonian dan kemajuan negara.

0Kesantunan

Menitikberatkan kesantunan insan dalam mengurus perbezaan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia salah satu tunjang membentuk bangsa Malaysia yang harmoni. Kesefahaman dan kebolehterimaan oleh semua pihak bahawa Malaysia adalah sangat majmuk sifatnya terutamanya dalam konteks budaya dan kepercayaan. Pendekatan integrasi sebagai asasnya kepada agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang entik dan agama untuk hidup bersama-sama dalam suasana yang harmoni dan mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.

Pada perspektif Islam, kewujudan perbezaan dan kepelbagaian agama dan budaya ini sebagai tanda kebesaran Allah SWT yang menjadikan alam ini dan penghuninya dalam pelbagai rupa dan bangsa. Hal ini telah dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sekiranya Tuhanmu menghendaki, nescaya ia jadikan manusia (semua) satu umat, tetapi tetapi mereka berselisih (berbeza-beza). (Hud:118).

Seterusnya dinyatakan juga dalam ayat lain, firman Allah: “Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku (al-Kafirun:6)

Oleh itu, walaupun rakyat Malaysia menganuti pelbagai agama dan mempunyai amalan budaya yang berbeza, adalah perlu untuk mengajar semangat setiakawan serta cintakan keharmonian dan keamanan sejak kecil lagi untuk mencapai matlamat perpaduan negara itu sendiri. . Suasana penerimaan dan toleransi yang tinggi antara kaum dan agama sebenarnya adalah tempat majoriti rakyat Malaysia hari ini menemui perpaduan mereka.

Justeru, pendedahan kepada inisiatif untuk memupuk sikap penerimaan ditambah pula dengan nilai budi pekerti yang mulia dalam masyarakat. Apabila setiap orang dapat menggunakan nilai murni dalam pergaulan seharian, mereka akan mempunyai pengetahuan yang lebih baik tentang tugas mereka yang berbeza.

Hubungan baik

Pengharmonian dan pengekalan hubungan baik yang teguh dalam masyarakat berbilang kaum negara adalah penting. Mana-mana pihak dengan tujuan peribadi atau kolektif dilarang menggunakan aspek ini sebagai taruhan. Tingkah laku belas kasihan di pihak pemimpin negara terhadap mereka yang inginkan keamanan dan kestabilan dapat didengari agar mereka dapat terus bertahan sambil berasa selamat dan terjamin dengan mengambil iktibar dan merenung tentang ketidakstabilan dan konflik di negara lain.

Persefahaman dan Kesepakatan

Salah satu elemen dalam keharmonian negara Malaysia ialah amalan menghargai persefahaman dan kesepakatan masyarakat majmuk. Integriti kebersamaan dan keharmonian masyarakat ditunjukkan apabila berhadapan dengan pandemik COVID-19, senario banjir dan cabaran lain, termasuk kesukaran individu yang boleh diselesaikan secara kerjasama. Sebagai contoh, intervensi Covid-19 diperkukuh selepas kerajaan dan pembangkang menandatangani memorandum perjanjian mengenai peralihan dan kestabilan politik.

Perkembangan kerjasama “dwi-partisan” menunjukkan komunikasi dan persefahaman melalui interaksi sosial. Pemahaman yang diutarakan bukan sahaja dapat mengetepikan sebarang konflik politik yang ditimbulkan oleh kumpulan etnik yang berbeza, malah ia juga dapat memastikan pemulihan negara adalah menyeluruh dan inklusif. Bukti ini telah menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia yang harmoni, yang dicontohi oleh kepimpinan cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi. Kepimpinan ini boleh menyelesaikan dan mengenepikan perbezaan ideologi politik parti untuk bersama-sama menggalakkan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat majmuk.

Justeru, dalam konteks Keluarga Malaysia, transformasi itu memupuk nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar belakang agama, kaum, dan budaya. Sebagai contoh, ahli pembangkang yang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk menawarkan pandangan dan cadangan penambahbaikan, dan Ketua Pembangkang menerima pampasan dan kemudahan yang setanding dengan seorang menteri. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah bijak mengurus perpaduan dalam masyarakat majmuk, seperti yang dilihat melalui persefahaman dan persetujuan ini demi kebaikan negara.(Suzalina Halid, 2021).

Exit mobile version