Antara kita selalu salah kaedah berdoa, ikut pemerhatian aku, hal ini biasa berlaku. Teringat pesanan syeikhku mengajar kaedah berdoa dengan betul. Islam galak kita utk bykkan berdoa sebab wajib, ibarat otak bagi ibadah. Perlu diingatkan, doa yg diterima (maqbul) adalah bonus! Tapi, kenapa masih ramai salah kaedah berdoa.

Sebenarnya, kita wajib berdoa tetapi tidak wajib bg Allah utk terima atau tunaikan doa (pemintaan) kita kerana terpulang sepenuhnya kepada-Nya dan mungkin Dia ganti dengan yang lain. Yang pasti Dia adalah Tuhan, bukan suruhan kita. Apapun, aku biasa lihat ramai salah kaedah berdoa ni. Baiklah aku berikan contoh ramai salah kaedah berdoa:

Oleh kerana, klu kita belum timpa sebarang musibah, jgn berdoa dengan “ Ya Allah, jadikan hambaMU orang yg sabar. Ini ramai salah kaedah berdoa, sbb doa tu bermaksud “ Ya Allah, berikan hamba-Mu ini musibah agar hamba dapat bersabar. Seolah-olah klu kita sll berdoa mcm tu, bererti kita mengharap musibah yang sebanyak-byknya.

Jadi, ini ramai salah kaedah berdoa, sepatutnya doa begini: “Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini orang yang bijaksana dan pandai bersyukur”. Barulah bermaksud, “ Ya Allah, berikanlah hamba-mu ini nikmat agar hamba-Mu ni nikmat supaya hamba dapat mensyukurinya. Klu kita amalkan doa mcm tu, maka kita akn dpt nikmat yang sebanyak-banyaknya. Ameen !

Oleh itu, skrg kita nampak antara ramai salah kaedah berdoa. Seterusnya, jgnlah minta perlindungan Allah dari kedengkian orang-orang kpd kita, sbb segala nikmat dan rezeki tu mmg penyebab org dengki pd kita.

Buktinya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap yg mendapat nikmat pasti ada org yg dengki padanya”. Ini yang jadi penyakit ain, lebih 90% umat melayu ni ada penyakit ini yg menghalang kemajuan dan ketamadun. Bukti dia tengok saja kt media sosial dari komen-komen mereka adalah bersifat negatif bila tgk org tu lebih atau maju daripada dia. Tapi kena ingat penyakit ain bahaya tanpa disedari pernah aku tulis sebelum ni.

Jadi, kita tidak mahu org dengki, maka sama maksudnya kita tidak menginginkan rezeki dan nikmat. Mohonlah pd Allah supaya dilindungi dari segala kejahatan pendengki, jgn minta dihindarkan, tapi katakan “ Ya Allah, jagalah hamba-Mu ini daripada kejahatan para pendengki dan jglah hati hamba-Mu ini dr sifat dengki tu sendiri.

Contoh di atas telah membuka pd kita bahawa ramai salah kaedah berdoa apabila pengetahuan kita cetek. Jadi cara nk selesai ubahlah kaedah berdoa utk yg. lebih positif dan ceria. Tambahkan ilmu yg. lebih luas dan lebar. Selain itu, buanglah penyakit ain yg. bersarang dalam jiwa kita sekian lama dgn. zikirullah dan carilah air tujuh kolah utk mencucinya secara fizikal.

Justeru, berdoa dengan keyakinan adalah asas penting dalam kehidupan manusia dan kita tidak termasuk golongan ramai salah kaedah berdoa. Maka, teruskan berdoa !

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.