Abdul Aziz Osama Al Azhari
Abdul Aziz Osama Al Azhari

Ketika saya berusia hampir 12 tahun dan setelah enam tahun belajar di Institut Asas Rendah Azhari di kampung tempat kelahiran saya, saya terpaksa pergi ke kampung yang lain untuk melanjutkan pendidikan Azhari saya di Institut Menengah atas.

Di sana, segalanya berubah, dari lapan mata pelajaran menjadi lebih dari dua puluh mata pelajaran yang perlu dipelajari, dan yang lebih menyukarkan saya pada ketika itu adalah sistem sebelumnya membolehkan siswa untuk memilih hanya salah satu dari empat mazhab fiqh, tetapi pada tahun pertama saya masuk, sistem dah berubah dan setiap siswa diwajibkan untuk belajar kesemua mazhab fiqh, iaitu Syafi’i, Hanbali, Maliki, dan Hanafi, serta mempelajari perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab beserta dengan dalil-dalilnya.

Selama enam tahun, saya belajar keempat-empat mazhab fiqh, mazhab tauhid, matan-matan/ teks-teks bahasa Arab serta ilmu bahasa Arab, syair/ sajak Arab, ilmu akal, hadis serta mustalahnya, tafsir beserta usulnya, Al-Quran beserta hukum-hukumnya, membaca, menghafal, dan memperbaikinya.

Meskipun sangat sukar, saya berasa hairan bagaimana satu hadis atau satu ayat dapat dimaknai dalam empat konsep yang berbeza, bahkan kadang-kadang sepuluh atau lebih?

Saya belajar pada ketika itu bahawa bahasa Arab dapat memiliki lebih dari satu makna, jika para sahabat yang mulia juga boleh berbeza dalam pemahaman tentang perkataan-perkataan Rasulullah saw, bagaimana dengan generasi berikutnya dan yang lainnya?

Saya juga belajar bahawa kemungkinan untuk lebih dari satu makna akan menyebabkan terjadinya berbagai mazhab fiqh dan juga tafsir.

Dan ini adalah anugerah Allah untuk memudahkan umat manusia dengan memberikan berbagai pilihan bagi mereka untuk memilih yang sesuai bagi mereka, yang telah disepakati oleh umat Islam atas kebenarannya.

Dari para ulama mazhab yang dianggap kredibel, mereka adalah yang paling memahami apa yang terdapat dalam Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan yang paling berusaha untuk menjaga, menerapkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Saya juga belajar bahawa saya tidak boleh mengambil pandangan seseorang yang mengatakan “ Jangan mengambil dari Imam mazhab tetapi ambil terus dari Al-Quran dan Nabi”, seolah-olah mazhab tidak berdiri di atas hal tersebut, dan seolah-olah kita akan memahami Al-Quran dan Nabi lebih baik dari para imam yang merupakan orang-orang yang paling berilmu pada zamannya dan sehingga hari ini.

Apa yang disampaikan oleh Rasulullah memerlukan pemahaman, jadi adakah saya harus meninggalkan pemahaman para imam dan terus mengambil pemahaman kamu?

Segala puji bagi Allah SWt yang menjadikan agama ini luas bagi kita semua, jangan menyempitkannya, jangan menuduh kafir atau ahli syirik atau menjahilkan serta merendahkan mereka yang tidak mengikuti mazhab kamu selagi mana mereka mengikuti sesuatu qaul yang merupakan muktabar dalam mazhab-mazhab AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH yang lain.

Sumber:

Mubarak Easaam

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.