Urusan ibadah merupakan hak mutlak Allah s.w.t tanpa adanya ruang untuk
manusia campur tangan. Tiada sesiapa pun boleh mempertikaikan jumlah waktu
solat fardu dalam sehari, puasa di bulan Ramadan dan seumpamanya. Adapun
urusan muamalat, perniagaan, jual beli, pertanian, adat resam dan budaya, maka
Islam memberi ruang yang luas untuk manusia menguruskannya selagi tiada
unsur penipuan, kezaliman dan penindasan. Jika wujud unsur-unsur ini, barulah
Islam memainkan peranan melarangnya sekeras-kerasnya.
Justeru, larangan dan tegahan dalam Islam bukan bertujuan menyekat
kehidupan manusia, sebaliknya demi menjaga maslahat mereka kerana agama
itu sendiri datang untuk memudahkan kehidupan manusia. Firman Allah dalam
surah al-Hajj ayat 78 yang bermaksud:
„dan Dia (Allah) tidak jadikan sebarang kesusahan dalam agama untuk
kamu„
(Surah al-Hajj: 78)
Islam melarang beberapa perkara tetapi menyediakan banyak alternatif yang
baik untuk manusia. Sebagai contoh, Islam mengharamkan daging khinzir
terhadap umatnya tetapi mengharuskan banyak haiwan untuk dimakan. Arak
diharamkan kerana kemudaratannya tetapi diganti dengan pelbagai jenis
minuman. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
„Sesungguhnya syaitan hendak menjerumuskan kamu ke kancah
permusuhan dan kebencian sesama kamu melalui arak dan judi, serta
menghalang kamu dari mengingati Allah dan mengerjakan solat.‰
(Surah al-Maidah: 91)
Topik ini menjelaskan kepada anda definisi lafaz larangan (al-nahy), bentuk
arahan dan contoh-contohnya. Ia juga memberi tumpuan kepada kesan yang
terbit daripada lafaz larangan, sama ada ia bersifat larangan mutlak atau hanya
kerana sebab tertentu serta pandangan ulama dalam kesan larangan tersebut.
Selain itu, anda akan didedahkan dengan bentuk tegahan dari lafaz larangan
yang terbahagi kepada dua, iaitu larangan segera dan larangan yang berlaku
secara berulang.
Dalam bahagian ini, anda akan diperjelaskan dengan kesan-kesan daripada lafaz
larangan yang disebut oleh nas. Ia berkaitan tentang persoalan apakah sesuatu
larangan itu berlaku secara mutlak atau kerana terdapat sesuatu sebab. Bahagian
ini turut menyebut pandangan ulama berkaitan dengan kesan daripada lafaz
larangan Larangan Mutlak
Kesan utama yang timbul daripada lafaz larangan di dalam nas ialah
wujudnya pandangan ulama yang melihat bahawa larangan mutlak yang
terdapat dalam nas merujuk kepada larangan menyeluruh sama ada sesuatu
kesalahan itu dilakukan banyak atau sedikit.
Sebagai contoh, mengadakan aktiviti jual beli terhadap barang yang tidak
wujud seperti seseorang yang berkata kepada rakannya „saya jual ikan di
dalam laut ini kepada anda‰. Perniagaan seperti ini dilarang sama sekali oleh
Islam kerana ia melanggar rukun atau perkara asas, iaitu perlu wujudnya
barang yang hendak diniagakan.
Contoh lain ialah menunaikan solat tanpa wuduk. Perbuatan ini dilarang
kerana jelas bercanggah melanggar syarat asas yang nas gariskan iaitu wajib
berwuduk sebelum menunaikan solat. Contoh-contoh di atas juga tidak
mempunyai sebarang qarinah yang boleh mengubah hukumnya kepada
makruh atau sebagainya. Para ulama bersepakat bahawa jika sesuatu rukun
dalam ibadah khusus seperti solat, puasa dan haji tidak ditunaikan,
tertinggal atau sengaja diabaikan maka ibadah itu dikira batil (tidak sah) dan
fasid (rosak).
b) Larangan Bersama Sebab Lain
Kesan lain yang timbul ialah timbulnya pandangan para ulama bahawa
sesuatu larangan hanya berlaku apabila terdapat sebab tertentu atau qarinah
tetapi rukun perbuatan itu tetap ada dengan syarat ia tidak lazim berlaku.
Sebagai contoh, menjalankan aktiviti perniagaan semasa orang lain
menunaikan solat Jumaat, mendirikan solat di kawasan tanah yang dicuri
dan berwuduk dengan air yang dicuri. Jumhur ulama berpendapat ibadah
seperti ini tidak batil dan tidak juga fasid tetapi ia makruh kerana larangan
tetap wujud.
Hujah mereka ialah sesuatu perbuatan yang lengkap rukunnya tetap dikira
sah walaupun terdapat perkara yang dilarang di dalamnya. Sebagai contoh,
hukum berwuduk dengan air yang dicuri. Ia tetap sah kerana semua anggota
wuduk disapu dengan air tetapi perbuatan itu fasid kerana menggunakan air
yang dicuri.
Manakala ulama mazhab Zahiriah pula berpendapat perbuatan seperti ini
tetap batil dan tidak sah kerana ia masih tidak lari dari hakikatnya, iaitu ia
tetap dilarang. Pendapat ini juga dinukil daripada Imam Ahmad bin Hanbal
dan Imam Malik.
(c) Larangan Wujud kerana Sifat yang Menzaliminya
Larangan jenis ini ditegah kerana terdapat perkara atau sifat yang
menyertainya serta melaziminya. Sebagai contoh, larangan berpuasa pada
Hari Raya dan Hari Tasyriq serta aktiviti jual beli dengan syarat yang fasid.
Ulama mazhab Hanafi berpendapat perbuatan seperti ini hanya fasid, iaitu
rosak sifatnya tetapi rukunnya tetap ada menyebabkan ia sah. Ia hanya fasid
kerana wujud kesan yang dikehendaki.
Manakala jumhur ulama daripada mazhab Syafie dan yang lain berpendapat
amalan seperti itu batil dan fasid dan ia tidak sah kerana ia sememangnya
dilarang oleh nas agama.
Saya ingin bertanya, adakah semua kata larangan yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW membawa kepada pengharaman perbuatan tersebut?.
Mohon pencerahan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Majoriti ulama berpendapat bahawa lafaz al-Nahy yang tidak diiringi tanda (qarinah) yang mengubahnya kepada maksud yang lain maka menunjukkan kepada makna haram. Sementara itu, bagi lafaz al-Nahy yang diringi dengan tanda (qarinah) yang mengubahnya dari maksud haram kepada maksud yang selainnya, maka maksud lafaz al-Nahy itu akan berubah berdasarkan tanda-tanda yang tertentu.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Dalam ilmu usul fiqh, terdapat perbahasan mengenai satu istilah bernama al-Nahy yang bermaksud larangan. Ia merupakan salah satu perkara yang dibincangkan dalam perbahasan di bawah tajuk cara-cara menetapkan sesuatu hukum dan kaedah-kaedah penemuannya.
Pengertian al-Nahy dari segi Bahasa dan Istilah
Menurut Ibn Manzur kalimah al-Nahy dari sudut Bahasa ialah perkataan lawan bagi al-Amr (kata suruhan). Ia bermaksud menegah atau menahan. Manakala al-Fairuzabadi menyatakan ia bermaksud permintaan untuk menahan dari sesuatu. Menurut ahli ilmu Nahu pula ia bermaksud permintaan untuk meninggal sesuatu perbuatan dengan menggunakan huruf Lam al-Nahiyah (لا) dan huruf terakhir pada perkataan berbaris sukun (mati) jika ianya sedang atau akan berlaku.
(Rujuk Lisan al-Arab, 15/343 dan al-Mu’jam al-Wasit, 2/960)
Manakala dari sudut istilah syarak ia mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulama:
Menurut Dr. Muhammad Abu Nur Zuhair, al-Nahy bermaksud percakapan yang meminta untuk meninggalkan (sesuatu perbuatan) dengan menggunakan selain dari lafaz كف )tinggalkan( seperti perkataan ذر (tinggalkanlah) atau دع (tinggalkan).
(Rujuk Usul al-Fiqh, 2/177)
Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan pula menjelaskan al-Nahy adalah: permintaan untuk meninggalkan perlakuan sesuatu perbuatan dalam kedudukan yang tinggi (menguasai) dengan lafaz yang menunjukkan ke atas makna itu.
(Rujuk: Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 238)
Faedah, Makna dan Lafaz Al-Nahy
Bentuk lafaz al-Nahy yang menunjukkan ke atas larangan atau tegahan melakukan sesuatu perbuatan itu ialah lafaz (لا تفعل) yang bermaksud “jangan lakukan”. Namun begitu, lafaz ini mempunyai maksud yang pelbagai berdasarkan konteks ayat yang menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Antara maksudnya ialah:
- Al-Tahrim (haram); sepertimana firman Allah SWT yang berbunyi:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا
Maksudnya: dan janganlah engkau mendekati perbuatan zina.
Surah Al-Isra’ (32)
- Al-Karahah (makruh); sepertimana yang terdapat dalam hadis Nabi SAW bersabda:
لا يمسكن أحدكم ذكره بيمينه وهو يبول
Maksudnya: Jangan sesekali seorang pun dari kalian memegang kemaluannya dengan tangan kanannya ketika dia kencing.
Riwayat Muslim (267)
- Al-Irsyad (petunjuk); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
Maksudnya: Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu.
Surah al-Maidah (101)
- Al-Dua’ (doa); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.
Surah Ali-Imran (8)
- Al-Tahqir (penghinaan); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ
Maksudnya: Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya.
Surah Taha (131)
- Bayan al-Aqibah (penerangan hukuman); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:
وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim.
Surah Ibrahim (42)
- Al-Ya’su (putus asa); sepertimana yang terdapat dalam firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ
Maksudnya: Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini.
Surah al-Tahrim (7)
Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa lafaz al-Nahy merupakan suatu kata larangan yang mempunyai pelbagai maksud dan kehendak berdasarkan konteks ayat yang terkandung dalam sesebuah ungkapannya.
Adakah al-Nahy memberikan makna haram?
Ulama usul fiqh mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai lafaz al-Nahy. Namun begitu, majoriti ulama berpendapat bahawa lafaz al-Nahy yang tidak diringi dengan tanda (qarinah) yang boleh mengubahnya kepada maksud lain maka ianya menunjukkan makna haram. Hal ini sepertimana lafaz suruhan (الأمر) yang menunjukkan kepada penentuan hukum wajib. Oleh yang demikian, lafaz al-Nahy yang tidak disertai dengan tanda yang mengubahnya kepada maksud lain maka ianya membawa maksud haram. Imam Jamaluddin al-Isnawi ada menukilkan pendapat Imam al-Syafie yang menyatakan bahawa:
وما نهى عنه فهو على التحريم، حتى يأتي دلالة عنه على أنه أراد غير التحريم
Maksudnya: Sesuatu yang dilarang maka ianya bermaksud haram, sehingga terdapat sesuatu yang menunjukkan bahawa ia bermaksud selain dari haram.
(Rujuk: Nihayah al-Sul, 1/435)
Majoriti ulama menyatakan dalil yang menyokong bahawa lafaz al-Nahy membawa maksud haram ialah berdasarkan firman Allah SWT yang berbunyi:
وما نهاكم عنه فانتهوا
Maksudnya: Dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.
Surah al-Hasyr (7)
Imam Jamaluddin al-Isnawi ada menukilkan pendalilan Imam al-Baidawi berdasarkan ayat al-Quran di atas dengan menyatakan bahawa Allah SWT menyuruh hamba-Nya agar meninggalkan segala perkara yang dilarang. Oleh itu, meninggalkan perkara yang dilarang merupakan satu kewajipan. Hal ini kerana ulama usul fiqh bersepakat bahawa lafaz suruhan (الأمر) bermaksud wajib.
(Rujuk: Nihayah al-Sul, 1/435)
KESIMPULAN
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, lafaz al-Nahy yang tidak diiringi tanda yang mengubahnya kepada maksud yang lain maka menunjukkan kepada makna haram. Sementara itu, bagi lafaz al-Nahy yang diringi dengan tanda yang mengubahnya dari maksud haram kepada maksud yang selainnya, maka maksud lafaz al-Nahy itu akan berubah mengikut tanda yang mengiringinya. Oleh yang demikian, tidak semua lafaz al-Nahy itu akan membawa maksud haram, akan tetapi perlu melihat kepada konteks sesebuah ayat yang menunjukkan kepada kehendak sesuatu ungkapan.
. Naskh tilawah dan hukum. Contoh : penghapusan ayat yang mengharamkan nikah dengan saudara sepersusuan karena bersama-sama menyusu kepada seorang ibu dengan sepuluh susuan, yang di-nasakh dan diganti dengan lima kali susuan.
عن عائشة رضى الله عنها قالت : كان فيما أنزل عشر رضاعات معلومات يحرمن, بخمس معلومات فتوفى رسول الله ص م وهن مما يقرأ من القران (رواه مسلم)
2. Naskh hukum, sedang tilawah-nya tetap. Tulisan dan bacaan ayatnya masih tetap ada dan masih boleh dibaca, tetapi isi hukum ajarannya sudah di-nasakh, sehingga sudah tidak boleh diamalkan lagi. Contoh :
و الذين يتوفون منكم و يذرون أزواجا و صية لآزواجهم متاعا الى الحول غير اخراج (البقرة : 240)
Ayat ini isteri-isteri yang dicerai harus beridah selama 1 th, kemudian Allah menasakh hukum ayat tersebut,
Sehingga keharusan idah satu tahun sudah tidak berlaku lagi, sekalipun lafal naskh ayatnya masih tetap ada dan boleh dibaca. Lalu diganti dengan
والذين يتوفون منكم و يذرون ازواجا يتربصن بأنفسهن أربعة أشهر و عشرا (البقرة : 234)
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kalian dengan meninggalkan istri- istri itu menangguhkan diri mereka (beridah) selama 4 bulan 10 hari.
3. Naskh tilawah sedang hukumnya tetap. Tulisan ayatnya sudah dihapus, tetapi hukum isinya masih tetap berlaku dan harus diamalkan. Hadis dari Umar bin Khaththab dan Ubayi bin Ka’ab
كان فيما انزل من القران الشيخ و الشيخة اذا زنيا فارجموهما البتة نكالا من الله
…Orang tua laki-laki dan orang tua perempuan kalau keduanya berzina, maka rajamlah (dihukum lempar batu sampai mati) sekaligus sebagai balasan dari Alla
berdehem di dalam solat itu membatalkan solat? Betulkah? terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Dalam mazhab al-Syafie, berdehem itu perlu diperhatikan. Boleh jadi membatalkan solat dan boleh jadi tidak. Jika dengan berdehem itu nyata sebutan dua huruf, sama ada memiliki makna atau tidak, atau satu huruf tetapi memiliki makna seperti “قِ” yang bermaksud peliharalah, maka batallah solatnya. Adapun jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal. Begitu juga dikiaskan dengan ketawa, menangis, mengaduh, dan menghembus dengan mulut atau hidung.
Rujuk al-Mu’tamad (1/224-225); Sabil al-Muhtadin (2/233)
Hukum Menelan Kahak, Hingus Dan Sisa Makanan Ketika Solat
Hukum Menelan Kahak, Hingus Dan Sisa Makanan Ketika Solat
Ada ramai yang berpendapat menelan kahak ketika solat adalah membatalkan solat kerana dikira makan yang termasuk dalam perkara membatalkan solat. Namun, terdapat juga pendapat segelintir ulama yang berbeza dengan menyatakannya tidak membatalkan solat.
Begitu juga dengan perihal hingus bagi orang yang selsema. Ada yang kata batal solat jika ditelan, malah tidak kurang juga yang mengatakan tidak. Oleh itu, untuk mendapat penerangan yang jelas, Pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar telah memberi pendapat berdasarkan kepada mazhab imam yang kita pegangi, iaitu Imam Syafie.
Menurut Dr. Ahmad Wifaq, beliau tidak menafikan ada perselisihan pendapat di kalangan beberapa imam dan ulama terdahulu tentang keadaan menelan kahak dalam solat.
Namun jika menyatakan menelan kahak dikira makan ketika solat, itu tidak benar sama sekali. Ini kerana menurut As Syeikh Ibnu ‘Utsaimin dalam Liqa al-Bab al-Maftuh 17/116,
“Kahak suci tapi bukanlah makanan dan minuman, tidak pula semakna dengan keduanya. Maka apabila seseorang yang solat menelannya, maka solat tersebut tetaplah sah.
Tetapi sebelum menelannya terlebih dahulu kahak itu perlu diludahkan atau dikeluarkan di sapu tangan dan semacamnya. Menurut kebiasaan, menelan kahak merupakan sesuatu perbuatan yang menjijikkan dan yang disyariatkan adalah seseorang mengeluarkannya di sapu tangan dan tidak menelannya,”
Walaupun ulama berselisih pendapat mengenainya, namun Dr. Ahmad Wifaq memberitahu pandangan imam Syafie perlu diambil kira, kerana pandangannya sangat jelas dengan meletakkan hukum menelan kahak ketika sedang bersolat dalam dua keadaan.
Keadaan yang pertama ialah, tidak membatalkan solat itu jika kahak hasil daripada batuk, berdehem atau perbuatan lain yang tidak sengaja dilakukan, selagi mana ia belum sampai ke anggota mulut iaitu masih berada pada had tekak si pelaku. Ini kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Jadi, menelannya tidak akan membatalkan solat.
Manakala situasi kedua, kahak tersebut telah berada di mulut, maka menelannya adalah akan membatalkan solat. Begitu juga keadaannya dengan aliran hingus yang keluar kalau kita selsema, jika disedutnya, hingus tersebut masuk ke kerongkong dan ditelan, tidak membatalkan solat.
Tetapi, jika hingus yang disedut itu melalui kerongkong dan naik di mulut, maka menelannya adalah membatalkan solat. Jadi, untuk mengelak daripada batalnya solat, eloklah kiranya di sapu sahaja hingus yang melelah tersebut.
Adab Meludah
Jika menelannya batal, ada pula yang bertanya, jika tidak ditelan, jadi apa yang perlu dilakukan terhadap kahak dan hingus yang berada di alam mulut seseorang itu?
Dr. Ahmad Wifaq menerangkan, kahak tersebut haruslah dibuang atau diludah keluar dari mulut. Namun untuk berbuat demikian, ianya haruslah mengikut adab-adab yang diajarkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Terdapat satu hadis yang menerangkan tentang adab meludah kahak, iaitu dalam riwayat Bukhari, dari Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi s.a.w melihat ada kahak di dinding kiblat, beliau lalu merasa jengkel hingga nampak tersirat pada wajahnya. Kemudian beliau menggosoknya dengan tangannya seraya bersabda
“Jika seseorang dari kalian berdiri solat sesungguhnya dia sedang berhadapan dengan Rabbnya, atau sesungguhnya Rabbnya berada antara dia dan kiblat, maka janganlah dia meludah ke arah kiblat, tetapi lakukan ke arah kirinya atau di bawah kakinya (kiri).” Kemudian Nabi s.a.w memegang tepi kainnya dan meludah di dalamnya, setelah itu beliau membalikkan posisi kainnya lalu berkata, “atau boleh melakukan seperti ini.”
Justeru, Dr. Ahmad Wifaq berpendapat, berdasarkan hadis tersebut, Nabi kita mengajar meludah ke kiri atau di bawah kakinya adalah kerana pada zaman dahulu, nabi dan para sahabat solat di atas tanah.
Ia berbeza dengan keadaan kita pada hari ini. Ketika solat di masjid, untuk meludah seperti itu, ia akan mengganggu para jemaah yang lain. Jadi apa yang harus dilakukan menurut pandangan ulama ialah sediakan tisu atau sapu tangan, lapkan hingus atau ludahkan kahak, kemudian masukkan kembali ke dalam poket baju atau seluar.
Namun, jika tidak ada sebarang tisu atau sapu tangan, jemaah boleh lapkan sisa kahak dan hingus yang keluar pada baju. Ianya tidak akan membatalkan solat kerana kahak atau hingus bukanlah najis.
Bagaimana Jika Puasa
Dalam keadaan yang lain, ada juga persoalan di kalangan masyarakat ketika kita sedang menjalani ibadah puasa, kita tidak disarankan untuk meludah dengan kadar yang kerap, justeru bolehkah ditelan air liur yang kerap keluar di dalam mulut? Tidakkah perbuatan tersebut boleh membatalkan solat?
Jadi, Dr. Ahmad Wifaq berkata, kerap menelan air liur juga tidak membatalkan puasa, tetapi jika seseorang itu sengaja mengumpul air liurnya di dalam mulut, kemudian menelannya, perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa. Ini kerana, ianya dikira meminum segelas kecil air.
Selain itu, hukum menelan sisa makanan ketika berpuasa dan menjalani ibadah solat juga adalah termasuk dalam permasalahan yang popular di kalangan masyarakat. Oleh itu, Dr. Ahmad Wifaq menerangkan, jika sisa makanan yang terdapat di dalam mulut itu terlalu sedikit, menurut jumhur ulamak perbuatan menelannya adalah tidak membatalkan puasa dan solat.
Sikit itu bermaksud sisa makanan seperti serpihan biji cili yang sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludah, maka disepakati oleh ulama bahawa ia tidak membatalkan puasa dan solat jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.
Aka tetapi jika sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diludahkan tidaklah membatalkan puasa dan solat. Jika ditelan pula, batallah puasa mengikut jumhur ulama.
Menurut mazhab Abu Hanifah, batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang daripadanya, menelan sisa makanan tersebut tidaklah membatalkan puasa, namun makruh sahaja.”
Berbalik kepada persoalan makan dalam solat sehingga membatalkannya, menurut ulamak, makan yang dimaksudkan adalah sengaja makan makanan yang menjadi pilihan manusia.
Adapun begitu, ada juga pendapat yang menyatakan makan sesuatu yang bukan makanan, boleh membatalkan solat dengan dua keadaan. Pertama, Dr. Ahmad Wifaq memberi contoh seseorang itu memakan sesuatu yang keras dan sekadar meletakkan di mulut, benda tersebut tidak berubah menjadi hancur dan berperisa dan sebagainya, maka tidak membatalkan solat. Sebagai contoh, memakan pen atau meletakkannya di mulut ketika sedang bersolat.
Namun begitu, jika benda yang bukan makanan manusia itu lembut, seperti tisu contohnya, dimakan dan dikunyah hingga lumat tisu tersebut, perkara tersebut jelas telah membatalkan solat.
Kita harus berhati-hati dalam perkara yang membatalkan solat dan puasa. Ini kerana kadang-kadang perkara kecil seperti menelan kahak ini tidak dititik beratkan sehingga menghilangkan kesempurnaan solat kita. Sebagai seorang hamba yang beriman, untuk mengetahui semua perkara tersebut adalah dengan ilmu. Wallahu a’lam.