Masa sujud xnampak org..semyap je xbunyi..
imam tak bunyi2…imam lari senyap2..terkentut tgh solat..malu aar
makmum pening dah…sapa yg perasan imam xde..makmum solat sendiri dulu pastu ketika qiam baru lah boleh ganti
sujud pertama..jgn ketika sujud makmum ganti..batal solat..
rukuk jln pelan2..
solat dulu sendiri2..
imam terkentut imam call kawan dia..
klu imam baru datang makmum wajib berniat makmum..imam baru…imam lps tu batal..lepas baca fatihah tupppp..imam cam ni br mufaraqah..
Ganti Imam
Imam boleh diganti ketika QIAM dan RUKU`
Yg nk ganti imam mesti makmum sama dia sblm ni dan tak perlu niat
Imam yg kekal atas perbuatan solat- makmum boleh mufaraqah
Imam tidak boleh diganti ketika imam batal pada waktu :
Sujud
-duduk 2 antara sujud
-Iktidal
https://akuislam.com/blog/ibadah/menggantikan-imam/
HUKUM IMAM MEMBACA AL-FATIHAH SECARA SIRR DALAM SOLAT JAHRIYYAH KERANA TERLUPA
apakah hukum imam terlupa untuk membaca al-Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr? Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al-Fatihah tersebut?
Mohon penjelasan Tuan Mufti. Terima kasih.
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat merupakan salah satu daripada rukun solat. Barangsiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah pada mana-mana rakaat, maka tidak sah solatnya berdasarkan satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya: Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.
Riwayat al-Bukhari (756) dan Muslim (900)
Membaca al-Fatihah termasuk dalam lima rukun qauli yang wajib dibaca oleh seseorang yang mendirikan solat, seperti yang disebutkan di dalam banyak kitab fiqh, antaranya:
القَوْلِيَّة، وَهِيَ خَمْسَةٌ: تَكْبِيرَةُ الإِحْرَام أَوَّلُ الصَّلَاة، وَقراءة الفاتحةِ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ وَقِرَاءَةُ التَشَهُّد وَالصَّلَاةُ عَلَى النَّبِي والسَّلامً آخِر الصَّلاة، ثلاثتها فِي القَعدةِ الأَخِيرَةِ
Maksudnya: (Rukun) Qauliah, mempunyai lima: Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud dan selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ketiga-tiganya pada duduk yang terakhir. (Rujuk Safinat al-Solah: 44)
Selain itu, solat dari sudut kekuatan bacaannya dibahagikan kepada dua, iaitu:
- Solat yang dibaca surahnya dengan suara yang kuat (solat jahriah), iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak serta solat Jumaat.
- Dan solat yang dibaca surahnya dengan suara yang perlahan (solat sirriyyah) iaitu solat Zohor dan Asar.
Jika diperhatikan pada rukun solat tersebut, rukun membaca al-Fatihah tidak diikat (qoid) sama ada dibaca secara perlahan (sirr) ataupun kuat (jahar). Justeru, ia tidak menjejaskan sahnya solat jika seseorang itu membacanya secara sirr pada solat jahriyyah atau sebaliknya, walaupun dalam keadaan menjadi imam, kerana ia bukan rukun solat.
Adapun al-jahr wa al-israr (meninggikan dan memperlahankan suara), ia termasuk dalam perbuatan sunat haiah. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menjelaskannya dengan berkata:
فالسنة الجهر في ركعتي الصبح والمغرب والعشاء ، وفي صلاة الجمعة ، والإسرار في الظهر والعصر ، وثالثة المغرب والثالثة والرابعة من العشاء وهذا كله بإجماع المسلمين مع الأحاديث الصحيحة المتظاهرة على ذلك
Maksudnya: Disunatkan untuk meninggikan suara pada dua rakaat terawal solat Subuh, Maghrib, Isyak dan solat Jumaat. Manakala, sunat untuk memperlahankan suara bagi solat Zohor dan Asar serta rakaat ketiga dan keempat solat Maghrib dan Isyak. Hal ini berdasarkan ijma’ para ulama’ dan juga hadith-hadith yang sahih yang menunjukkan kepada perkara tersebut. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3:344)
Justeru, meninggalkan al-jahr dan al-israr (الجهر و الإسرار) tidak menjejaskan sahnya solat dan tidak perlu untuk sujud sahwi sama ada secara sengaja atau terlupa.
Oleh itu, jika sekiranya imam terlupa membaca secara jahar dalam keadaan masih di awal surah dan sebelum rukuk, maka hendaklah dia mengulanginya bacaannya kembali. Namun, jika sekiranya imam sudah tunduk untuk rukuk, maka tidak perlu untuk mengulanginya kembali. Hal ini seperti yang disebut di dalam kitab Hasyiah al-‘Adawiy ala’ syarh al-Khurasyi:
قَوْلُهُ: وَتَذَكَّرَ ذَلِكَ قَبْلَ الانْحِنَاء قَيَّدَ بِذَلِكَ؛ لِأَنَّهُ إِنَّمَا يُعِيدُ القِرَاءَةَ لِتَحْصِيلِ السِرِّ، أَو الجَهْر، إِذَا كَانَ قَبْلَ الانْحِنَاء. فَإِن انْحَنَى، فَاتَ
Maksudnya: Kata shaykh: “Seseorang imam tersebut teringat sebelum dia tunduk untuk rukuk.” Shaykh meletakkan qoid berikut kerana apabila imam mengulanginya kembali sebelum tunduk untuk rukuk, maka dia mendapatkan bacaan yang afdhal sama ada secara sirr atau jahar. Namun jika sekiranya imam sudah tunduk untuk rukuk, maka dia sudah terlepas perkara tersebut. (Rujuk Hasyiah al-‘Adawiy ala’ syarh al-Khurasyi, 2:34)
Disamping itu juga, disunatkan untuk membaca secara jahar dalam solat jahriyyah walaupun mendirikan solat secara bersendirian. Imam al-Nawawi menambah:
وأما المنفرد فيسن له الجهر عندنا وعند الجمهور
Maksudnya: Adapun jika solat secara bersendirian, maka disunatkan juga baginya untuk membaca secara jahar di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama’. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3:344)
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa membaca surah al-Fatihah merupakan rukun solat yang jika sekiranya tertinggalnya maka batal-lah solat tersebut. Namun, jika imam hanya terlupa membacanya dengan suara yang kuat (jahar) dalam solat jahriyyah, ia tidak menjejaskan sahnya solat tersebut.
Hal ini kerana hukum membaca sirr atau jahar hanya sunat dan cara yang afdhal sahaja. Oleh itu, jika sekiranya imam terlupa ketika di awal surah dan belum tunduk untuk rukuk, maka hendaklah dia mengulanginya semula. Namun, jika imam sudah tunduk untuk rukuk, maka tidak perlu untuk bangkit mengulanginya kembali kerana dia sudah terlepas perkara tersebut dan dalam keadaan ini solatnya masih juga sah.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya. Amin.
WaAllahu a’lam.
Berkata Imam Ibnu Qudamah:
“يجهر الإمام بالقراءة في الصبح والأوليين من المغرب والعشاء، والجهر في هذه المواضع مجمع على استحبابه، ولم يختلف المسلمون في مواضعه، والأصل فيه فعل النبي صلى الله عليه وسلم، وقد ثبت ذلك بنقل الخلف عن السلف”
“Imam membaca kuat pada bacaan solat subuh dan dua rakaat yang awal solat maghrib dan isyak. Membaca kuat pada tempat-tempat ini adalah sunat dengan ijmak ulama’. Dan tiada seorang pun dari kalangan Muslimin yang berselisih pada tempat-tempat ini. Dan yang asal pada masalah ini ialah perbuatan Nabi saw dan telah sabit yang demikian itu dipindahkan ulama’ kemudian dari ulama’ yang dahulu.” (Kitab Al-Mughni jilid 1 m.s. 569)
Maka membaca kuat pada tempat yang kuat dan perlahan pada tempat yang perlahan adalah sunat hukumnya dan jika imam atau yang solat sendirian menyalahinya seperti dibaca kuat pada rakaat ketiga pada solat maghrib dan rakaat yang ketiga dan keempat pada solat isyak maka solatnya sah dan tidak disunatkan sujud sahwi kerana sunat tersebut adalah sunat yang ringan.
Menurut pendapat ulama’-ulama’ mazhab Syafie, membaca kuat pada tempat yang perlahan hukumnya khilaful aula (menyalahi yang lebih utama).
___________
saya ingin bertanya, saya telah tertinggal solat Asar secara tidak sengaja. Ketika saya memasuki masjid saya mendapati terdapat jemaah sedang mendirikan solat Maghrib. Adakah saya perlu mengikuti jemaah untuk solat Maghrib tanpa menggantikan solat Asar terlebih dahulu atau saya boleh menyertai solat berjemaah dengan niat solat Asar?.
Solat fardu merupakan satu kewajipan bagi setiap Muslim. Oleh itu, jika seseorang itu tertinggal salah satu solat fardu maka dia wajib menggantikannya. Dia boleh menggantikannya secara berjemaah. Hal ini kerana solat secara berjemaah lebih baik daripada menunaikan solat secara bersendirian. Perbezaan niat antara imam dan makmum tidak menjadi penghalang untuk menggantikan solat secara berjemaah meskipun imam sedang menunaikan solat secara tunai (ada’). Walau bagaimanapun secara praktikalnya menunaikan solat tunai yakni solat secara tunai adalah lebih afdal untuk didahulukan dan kemudiannya menggantikan solat yang tertinggal secara sendirian.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Islam menuntut umatnya agar menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Namun sebagai manusia yang diciptakan dengan sifat lupa dan lalai akan tertinggal solat yang difardukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Oleh itu, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya, maka wajib bagi dirinya untuk menggantikan solat tersebut Hal ini berdasarkan hadis nabi SAW:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Bermaksud: Sesiapa yang terlupa (menunaikan) satu solat maka hendaklah dia solat (sebagai ganti) sekiranya dia teringat solat itu. Tidak ada kafarah bagi solat itu melainkan itu (menggantikannya semula).
Riwayat al-Bukhari (597)
Sebagai tambahan, orang yang ingin menggantikan solat boleh dilakukan secara sendirian bahkan lebih baik dilakukan secara berjemaah. Hal ini kerana solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Bermaksud: Solat berjemaah dua puluh tujuh kali lebih banyak pahala daripada solat secara individu.
Riwayat Muslim (249)
Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah menggantikan solat secara berjemaah bersama-sama para sahabat Baginda SAW. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
عَرَّسْنَا مَعَ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمْ نَسْتَيْقِظْ حَتَّى طَلَعَتِ الشَّمْسُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لِيَأْخُذْ كُلُّ رَجُلٍ بِرَأْسِ رَاحِلَتِهِ، فَإِنَّ هَذَا مَنْزِلٌ حَضَرَنَا فِيهِ الشَّيْطَانُ»، قَالَ: فَفَعَلْنَا، ثُمَّ دَعَا بِالْمَاءِ فَتَوَضَّأَ، ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، وَقَالَ يَعْقُوبُ: ثُمَّ صَلَّى سَجْدَتَيْنِ، ثُمَّ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَصَلَّى الْغَدَاةَ
Bermaksud: Kami singgah (untuk berehat) bersama Nabi SAW lalu kami tidak terjaga sehingga terbit fajar, maka Nabi SAW berkata: (supaya setiap lelaki mengambil kepala binatang tunggangannya (untuk beredar) kerana sesungguhnya ini adalah tempat yang padanya syaitan (maka baginda tidak solat di situ), kami menuruti perintah baginda SAW, kemudian Baginda SAW meminta air untuk berwuduk kemudian baginda SAW sujud sebanyak dua kali dan Yaakob berkata: kemudian Baginda SAW solat dengan bersujud sebanyak dua kali kemudian Baginda SAW mendirikan solat kemudian solat tengah hari (zohor).
Riwayat Muslim (310)
Bahkan, menurut kenyataan Imam al-Nawawi bahawa sunat menggantikan solat secara berjemaah:
أما الْمَقْضِيَّةُ مِنْ الْمَكْتُوبَاتِ فَلَيْسَتْ الْجَمَاعَةُ فِيهَا فَرْضَ عَيْنٍ وَلَا كِفَايَةٍ بِلَا خِلَافٍ وَلَكِنْ يُسْتَحَبُّ الْجَمَاعَةُ فِي الْمَقْضِيَّةِ الَّتِي يَتَّفِقُ الْإِمَامُ وَالْمَأْمُومُ فِيهَا بِأَنْ يَفُوتَهُمَا ظُهْرٌ أَوْ عَصْرٌ
Bermaksud: Berjemaah ketika menggantikan solat fardu bukan suatu kefarduan dan fardu kifayah tanpa ada perselisihan pendapat akan tetapi disunatkan berjemaah ketika menggantikan solat yang sama antara imam dan makmum seperti tertinggal solat Zohor atau Asar.
(Rujuk: Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 4/189)
Bahkan perbezaan niat antara imam dan makmum tidak menjadi penghalang untuk menggantikan solat secara berjemaah sama ada imam sedang solat secara tunai (ada’) dan makmum menunaikan solat secara ganti (qada’) ataupun sebaliknya. Hal ini berdasarkan kenyataan Syeikh Ibrahim al-Baijuri:
ولا يضر اختلاف نية الإمام والمأموم فيصح اقتداء المفترض بالمتنفل والمؤدي بالقاضي وفي طويلة بقصيرة كظهر بصبح وبالعكوس
Bermaksud: Tidak menjejaskan perbezaan antara niat imam dan makmum, maka sah orang yang menunaikan solat fardu menjadi makmum kepada orang yang menunaikan solat sunat dan orang yang melakukan solat secara tunai boleh menjadi makmum kepada orang yang melakukan solat secara qada’. Orang yang solat panjang boleh menjadi makmum kepada orang yang melaksanakan solat pendek seperti Zohor dengan Subuh atau sebaliknya.
(Rujuk: Hasyiah al-Bajuri, 379/1)
Adapun bagi kes yang ditanyakan iaitu berjemaah solat qada’ dengan imam yang sedang solat tunai, maka secara praktikalnya adalah lebih afdal seorang itu berjemaah bersama-sama Imam solat tunai tersebut dan kemudian memadai menggantikan solat yang tertinggal secara sendirian.
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dalil dan pandangan ulama di atas, dapat difahami bahawa Seseorang Muslim yang tertinggal solat sama ada dengan sengaja ataupun dengan keuzuran maka dia wajib menggantikannya dengan segera. Selain itu, dia juga boleh menggantikannya secara berjemaah. Hal ini kerana solat secara berjemaah lebih baik daripada menunaikan solat secara bersendirian. Perbezaan niat antara imam dan makmum tidak menjadi penghalang untuk menggantikan solat secara berjemaah meskipun imam sedang menunaikan solat secara tunai (ada’). Walau bagaimanapun secara praktikalnya menunaikan solat tunai yakni solat secara tunai adalah lebih afdal untuk didahulukan dan kemudiannya menggantikan solat yang tertinggal secara sendirian.
Sekiranya imam terlupa atau tertinggal satu ayat dari Surah al-Fatihah semasa menunaikan solat Isyak, adakah solat yang dilakukan sah? Apakah yang perlu dilakukan oleh imam tersebut dan para jemaah yang hadir pada malam tersebut? Terima kasih.
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Pada asasnya, di dalam mazhab Imam al-Syafie, membaca surah al-Fatihah di dalam solat merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat dan ia wajib dibaca di dalam setiap rakaat sama ada solat sunat ataupun fardhu. Sekiranya seseorang itu tidak membaca surah al-Fatihah di dalam mana-mana rakaat maka solatnya itu tidak sah. Ini jelas melalui sabda Nabi SAW:
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.”
Riwayat al-Bukhari (756) dan Muslim (900)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهْىَ خِدَاجٌ. يَقُولُهَا ثَلاَثًا
Maksudnya: “Barangsiapa yang melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang/rosak.” Perkataan ini diulang sehingga tiga kali.
Riwayat Muslim (907)
Imam Nawawi berkata: Membaca al-Fatihah adalah wajib dibaca pada kesemua solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat. Jika seseorang terlupa membaca al-Fatihah, kewajipan tersebut tidak tergugur daripadanya. Pandangan ini adalah kesepakatan yang telah disebut oleh jumhur ulama yang bermazhab Syafie. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/288)
Imam al-Baijuri dalam kitabnya telah menyenaraikan sebelas syarat yang perlu dijaga ketika membaca surah al-Fatihah di dalam sembahyang, antaranya:
- Membaca dengan tertib (tersusun mengikut susunan ayat-ayatnya).
- Membaca setiap ayatnya termasuk Basmalahnya, kerana ianya adalah sebahagian daripada surah al-Fatihah. (Lihat Hasyiyah al-Baijuri, 1/290)
Imam Nawawi juga menyebut: Berkenaan orang yang meninggalkan membaca surah al-Fatihah kerana lupa sehingga salam atau rukuk, terdapat dua pendapat yang masyhur; Yang paling kuat berdasarkan kesepakatan ulama’ dalam mazhab kami dan ia merupakan qaul jadid (pendapat terbaru Imam Syafi’e) ialah tidak gugur baginya kewajiban membaca surah al-Fatihah. Jika dia ingat sesaat sahaja setelah salam, maka dia hendaklah kembali solat dan melanjutkan solatnya dengan menambah satu rakaat lagi, lalu sujud sahwi. Jika waktunya sudah berselang lama, maka dia hendaklah mengulangi solat daripada awal. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/288)
Ringkasnya, terdapat tiga keadaan jika seseorang itu terlupa membaca al-Fatihah:
- Jika dia terlupa membaca al-Fatihah dan teringat bahawa dia tidak membaca al-Fatihah dan pada ketika itu dia rukuk maka dia perlu bangun dan membaca semula surah al-Fatihah.
- Jika dia teringat setelah dia bangun untuk rakaat seterusnya, maka bacaan al-Fatihah pada ketika itu, menjadi ganti untuk rakaat yang dia terlupa untuk membaca al-Fatihah. Sebelum salam, dia perlu bangun dan menambah rakaat serta sujud sahwi.
- Jika dia teringat selepas memberi salam dalam waktu yang tidak terlalu lama, maka dia perlu bangun untuk menambah rakaat sebagai ganti rakaat yang dia terlupa membaca al-Fatihah dan disusuli dengan sujud sahwi. Adapun jika berlalu waktu yang terlalu lama kemudian dia teringat bahawa ada satu rakaat yang dia terlupa membaca al-Fatihah, maka dalam keadaan ini dia perlu solat semula. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/288)
Bagi imam yang terlupa membaca al-Fatihah, solatnya tidaklah batal dan dia perlu menambah rakaat sebelum salam. Ini kerana rakaat yang dia terlupa untuk membaca al-Fatihah dianggap tidak bernilai. Oleh itu sebelum salam, dia perlu bangun dan tambah rakaat sebagai ganti kepada rakaat yang mana dia terlupa untuk al-Fatihah di dalamnya. Adapun, jika dia tidak bangun menambah rakaat sesudah salam dan berlalu dalam tempoh masa yang lama, maka solat yang dilakukannya sebelum itu tidak sah dan perlu mengulang semula solatnya.
Bagi makmum pula, mereka mempunyai dua pilihan jika imam terlupa membaca al-Fatihah :
- Terus mengikut imam dengan harapan dan anggapan bahawa imam akan menganti semula rakaat yang dia terlupa membaca al-Fatihah. Jika Imam tidak mengganti rakaat pada akhir solat iaitu sebelum salam, makmum boleh berniat mufaraqah dan mengganti sendiri rakaat tersebut.
- Makmum terus berniat mufaraqah dan meneruskan solatnya secara sendiri. [1]
Kesimpulan
Dalam menjawab persoalan di atas, terdapat banyak nas fuqaha’. Secara umumnya seperti berikut, antaranya:
Al-Imam al-Mardawi berkata: Hendaklah makmum menegur imam. Sama ada Fatihah yang terlupa atau bacaan yang lain yang tidak wajib. Adapun selain daripada Fatihah, maka tidak wajib menegurnya tanpa khilaf yang aku ketahui. Sedangkan Fatihah yang terlupa, maka pendapat yang sahih dalam mazhab dan juga jumhur al-Ashab mewajibkan untuk menegurnya. Ada qaul yang berpendapat tidak wajib dan ia merupakan zahir kalam musannif. (Lihat al-Insaf, 2/100) Huraian yang sama terdapat Hasyiyah al-Raudh (2/106).
Sebagai kesimpulan, kami katakan seperti berikut:
- Jika lupa dalam solat dan masih dalam solat, dan berada selepas rukuk, maka hendaklah ditambah satu rakaat sebagai ganti dan makmum mengikutnya.
- Jika lupa di luar solat, tetapi waktu masih pendek dari masa solat yang telah ditunaikan, maka hendaklah ditambah satu rakaat yang dilupai serta diikuti oleh makmum dan sujud sahwi berdasarkan hadis Zu al-Yadain. (Lihat Sahih Bukhari, no. 714 dan Sahih Muslim, no. 573)
- Jika lupa tersebut tetapi makmum mengetahuinya sedangkan tidak diendahkan oleh imam selepas diperingatkan, maka tidak harus makmum mengikutnya dan boleh bermufaraqah. (Lihat nukilan al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj, pendapat Imam al-Zarkasyi, 1/196)
- Jika sekiranya waktu sudah berlalu, maka wajiblah imam dan makmum i’adah (mengulangi) solat semula atau qadha solat semula kerana solat tidak memenuhi rukun iaitu bacaan Fatihah yang sempurna. Justeru, kami syorkan solatlah sebagai qadha’ jika tempoh masa sudah lama dan keadaan terlupa bukanlah satu kesalahan.
KISAH IMAM NAWAWI
Nama sebenar beliau adalah Yahya bin Syarafuddin bin Hasan. Beliau dilahirkan pada pertengahan bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Damsyiq yang sekarangnya merupakan ibu kota Syria.
Imam Nawawi juga digelar sebagai Abu Zakariyya mengikut adat kebiasaan masyarakat Arab dan Muhyiddin yang bermaksud penghidup agama atas kewibawaanya dalam bidang ilmu.
Kisah perjalanan dalam menuntut Ilmu
Sejak dari kecil lagi beliau telah diajar oleh ayahnya untuk mencintai ilmu. Di usia 19 tahun, Imam Nawawi pindah ke Damaskus untuk menuntut ilmu bersama ayahnya.
Imam Nawawi hanya mengambil masa 4 bulan setengah untuk menghafal kitab At-Tanbih manakala dalam waktu kurang setahun juga beliau telah menghafal Rubu’ ibadat dari kitab Muhadzdzab.
Selama dua tahun itu, beliau bergabung dengan Madrasah Rawahiyah yang didirikan oleh seorang pedagang bernama Zakiuddin Abul-Qassim atau Ibnu Rawahah.
Imam Nawawi mempunyai beberapa sifat terpuji seperti kesungguhan dan ketekunannya dalam menuntut ilmu tanpa menghiraukan tidur dan makan minumnya. Ini terbukti daripada kemampuan beliau yang mempelajari sebanyak 12 pelajaran dalam masa sehari.
Ketekunan beliau ini, bukan sahaja dalam menuntut ilmu tetapi juga dalam beramal. Menurut al-Qutb al-Yunani:
“Beliau banyak membaca al-Quran dan berzikir. Selain itu, beliau juga sering berpuasa dan berjaga malam, sama ada untuk beribadat, membaca al-Quran ataupun mengarang”.
Haa itu baru kisah perjalanannya dalam menuntut ilmu. Jom sekarang kita dengar pula kisah tentang beliau dengan Raja di Kota Damsyik.
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3386-al-kafi-1256-iktibar-peperangan-ain-jalut
Imam Nawawi Tidak Takut Menegur Raja
Ketika perang antara kerajaan Mamalik dan tentera Mongol berlangsung, kerajaan Mamalik telah kehabisan sumber kewangan bagi membayar kos peperangan mereka.
Lalu Sultan Al-Zahir yang merupakan Raja Mamalik meminta para ulama untuk mengeluarkan satu fatwa untuk membolehkan kerajaan mengutip duit daripada rakyat bagi tujuan tersebut.
Kebanyakkan ulama telah mengeluarkan fatwa seperti diperintahkan dan mengatakan ia harus. Namun Imam Nawawi yang merupakan ulama besar, enggan untuk mengeluarkan fatwa tersebut.
Ia menyebabkan Raja Mamalik tidak berpuas hati dengannya. Akhirnya, Imam Nawawi pun tampil sendiri berdepan Raja Mamalik.
Namun Imam Nawawi tetap dengan pendirinya dan beliau juga memberikan alasan penolakannya itu.
“Saya tahu bahawa sebelum ini Tuanku adalah seorang tawanan yang daif. Oleh kerana dengan pertolongan Allah, tuanku berjaya menjadi seorang raja. Manakala Tuanku juga memiliki 1000 hamba abdi yang mana setiap seorang dari mereka memakai pakaian yang mahal-mahal serta setiap daripada seorang itu memiliki beberapa utas emas. Di samping itu, tuanku juga menyimpan 200 orang gundik dan setiap seorang daripada mereka tuanku berikan perhiasan batu permata serta emas yang tinggi nilainya.”
Imam Nawawi berhenti sebentar, kemudian menyambung semula bicaranya.
“Kalaulah Tuanku mengumpulkan kembali perhiasan itu sudah pasti ia cukup bagi menanggung kos pembiayaan perang itu. Kalaulah sekiranya masih belum mencukupi, barulah saya berani mengeluarkan fatwa yang membolehkan tuanku memungut harta dari rakyat.”
Teguran berani itu menyebabkan para ulama sedar dan sangat menyesal atas kesilapan yang dilakukan. Oleh sebab itulah, Imam Nawawi merupakan imam yang sangat disegani oleh para ulama lain.
Raja Mamalik menjadi murka dan menganggap Imam Nawawi sebagai penghalang rancangannya. Lalu, baginda mengusir Imam Nawawi dari Kota Damsyik. Meskipun hukuman itu mengejutkan Imam Nawawi, ia tetap keluar daripada kota tersebut.
Pemergian Imam Nawawi sangat dirasai oleh para ulama lain kerana beliaulah satu satunya tempat untuk dirujuk. Sehinggakan para alim ulama beberapa kali memujuk beliau untuk pulang kembali ke Damsyik. Tetapi Imam Nawawi enggan dan berkata “Selagi raja itu masih memerintah, selagi itu saya tidak akan kembali.”
Mendengar kisah ini sahaja sudah menunjukkan betapa hebat dan istimewanya beliau dalam bidang ilmu ini. Sehingga sekarang Imam Nawawi adalah seorang tokoh ilmu yang terkenal dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana berkat sumbangan ilmu dan karyanya yang digunakan sebagai rujukan dalam bidang fikh dan hadis.
Imam Mawawi juga tidak menikah sehinggalah tiba waktu wafatnya dan meninggal pada 676 H atau 1277 M di umur yang sangat muda.
Ketekunannya mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan membuatkan dirinya dihormati oleh semua mazhab. Imam Nawawi juga diakui sangat berjasa dalam bidang hadis melalui karya-karyanya.