Persoalan besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang ketuhanan. Soal ketuhanan yang memunculkan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas perbahasan dan perdebatan sejak dahulu. Sejak Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Allah SWT, Namun, masih terdapat manusia  mempersoalkan hakikat keberadaan dan kewujudan Allah SWT, hakikatnya juga manusia tidak puas untuk terus mencari sehingga terlibat dengan aliran-aliran tertentu yang dirasakan apa yang difikirkan berdasarkan pengetahuan dan kefahamannya. Kemuncaknya timbul rasa tidak puashati dengan aliran lain yang hanya yakin dan percaya pada aliran kita pegang yang menyebabkan timbul rasa taasub, jumud, tidak rasional, kebencian dan musnah kasih sayang. Kesan-kesan ini akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam dan ketinggalan dalam pelbagai bidang serta tidak kreatif.

Pada hemat saya, hal ini berlaku bermula daripada keterlibatan dan pengaruh umat melayu dulu dalam khurafat, mistik, bid`aah daripada agama sebelum Islam di alam melayu. Walaupun Islam telah lama bertapak di alam Melayu, tema aqidah ini yang menjadi asas, tercetusnya pelbagai aliran-aliran pemikiran dalam mengembangkan ilmu Islam dengan pelbagai metode seperti Al al-Hadith, al-Ra`y, Fuqaha, Mutakalliman, Sufi, Mufassiran dan Filasof.

Oleh yang demikian, penulisan ini bertujuan menganalisis perkembangan ilmu Islam dalam konteks Malaysia yang menjadi cabaran dan polemik dengan kepelbagaian metode aliran pemikiran dalam mengembangkan ilmu Islam. Tetapi, apabila terdapat perbezaan pandangan dengan pengaruh yang kuat sehingga timbul fitnah dan fanatik. Akhirnya menjadi penyumbang kepada perpecahan umat Islam.

Kemudian perbincangan ini, membincangkan keseimbangan dari aspek penguasanaan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah  dalam kalangan umat Islam masa kini. Seterusnya, perbincangan untuk mendapatkan cabaran dalaman dalam perkembangan ilmu Islam.

Baca lagi…

Analisis perkembangan aliran pemikiran dalam konteks Malaysia

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Perumpamaan bagi permulaan mahabbah seperti seorang lelaki yang menghidu bau kasturi. Sentiasa dia mengikut bau itu sehingga dapat bauan tersebut. Bertambah bauan itu sehingga masuk ke dalam rumah kasturi itu. Apabila sudah masuk ke dalam rumah maka bau itu menyeliputi segala bau sehingga tidak terbau lagi. Demikian penuntut kebenaran, sentiasa hatinya ditarik kepada hadrat. Sentiasa dahaga kpdNya sentiasa mengadap sehingga tenggelam didalam menghadap cahaya. Itu adalah hadratil musyahadah. Maka tenanglah jiwanya, hilang dahaganya dengan terhasil oleh sampai kepada al Habib. Tidak kekal kecuali adab dan ketinggian pada maqomaat PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. PENDIRIAN : Pencinta Keharmonian, Keamanan dan Kesejahteraan Umat Sejagat. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.