Site icon Wacana Zeckry

Persepsi Komuniti Muslim Terhadap Program Pengimarahan Masjid Dalam Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Kajian ini membincangkan persepsi komuniti muslim terhadap program pengimarahan masjid dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Signifikan kajian ini adalah kerana masjid merupakan institusi yang berperanan dalam membangunkan masyarakat setempat sebagai agen untuk menyatupadukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan umat Islam sejagat melalui konsep ibadah dan pengimarahan dari aspek kerohanian, keilmuan, pusat rujukan dan khidmat kepada komuniti Islam.

Selain itu, penyebaran dakwah Islam melalui masjid, ia juga berfungsi dalam pembangunan
ekonomi umat Islam. Namun, masjid sering kali dikaitkan dengan Islamfobia oleh negara-negara barat, begitu juga timbul pelbagai persepsi dalam kalangan komuniti Islam dalam aspek pengimarahan yang diamalkan oleh pengurusan masjid. Kajian ini merungkai tanggapan atau persepsi komuniti setempat bahawa peranan masjid adalah luas yang tidak hanya terbatas kepada tempat ibadah bahkan sebagai tempat penyatuan umat Islam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bermula dari
komuniti kecil.

Walau bagaimanapun, kajian ini merungkaikan persepsi komuniti Islam terhadap pengimarahan masjid, faktor kecenderungan kehadiran ahli kariah ke masjid dan tahap sambutan terhadap pengimarahan masjid. Penyelidik telah memilih sejumlah 100 responden dengan menggunakan kajian kuantitatif terhadap ahli kariah masjid dalam daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa program pengimarahan yang dilaksanakan berada pada tahap yang tinggi berdasarkan interprestasi skor min yang diadaptasi oleh Landell (1977).

Manakala nilai Cronbach Alpha melebihi 0.6 digunakan sebagai indeks kebolehpercayaan terhadap soal selidik yang diaplikasikan dalam instrumen kajian ini. Secara keseluruhannya, majoriti responden sangat bersetuju dalam memahami program pengimarahan yang dianjurkan oleh masjid sekitarnya agar diperkasakan. Hasil dapatan kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan lanjutan yang perlu ambil oleh pengurusan masjid bagi merancakkan peranan pengimarahan masjid di setiap daerah dalam negeri Pulau
Pinang dengan kaedah yang yang diinovasikan mengikut kesesuaian zaman.

Ditulis oleh :

[zotpress items=”{5090062:RNMFK42V}” style=”apa”]

Exit mobile version