Site icon Wacana Zeckry

Belajar Quran Personal di Tasek Gelugor

Belajar Quran Personal di Tasek Gelugor. Baiklah, senarionya begini, kalau rasa makan, perlu persediaan dan persiapan untuk menghidangkan makanan. Akhirnya kita dapat makan. Begitu juga, kalau nak ke Mekah kita mesti ada persediaan sama ada secara zahir atau batin. Secara zahir lazimnya ada kemampuan dari segi wang ringgit, passport dan pakaian. Dari segi batin, kita sudah pandai membaca Quran, Selawat, Zikir, dan sebagainya.

Adakah kita bersedia utk menghadap Allah SWT kelak yg. perlu ada persiapan rapi agar kalam-Nya dpt dibaca, sebab kita sudah menyakini dlm rukun Iman iaitu Beriman Dengan Kitab-KitabNya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran

Macam mana nasib kita yang masih tidak dapat membaca al-Quran dengan baik, semakin hari semakin kita hanyut dengan hal-hal dunia yang tiada manfaat untuk di alam baqa` kelak. Akhirnya kita sedar-sedar sudah berada di alam kubur setelah didatangi oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Belajar Quran personal di Tasek Gelugor, bermaksud kita berguru yang mahir, bukan baca sorang-sorang yang tidak dapat disahkan bacaan kita sama ada betul atau salah. Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan semata-mata sia-sia dan main-main dan sesunggihnya akhirat ialah kehidupan sebenar jika mereka mengetahuinya”
(al-Ankabut:64)

Jelas tak ayat tu? kehidupan dunia ini hanyalah hiburan dan pembaziran, dan akhirat adalah kehidupan yang sebenar jika mereka mengetahuinya.”

Lelaki dan wanita dewasa boleh belajar al-Quran sendiri dengan guru di kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Guru itu berpengalaman mengajar. Kelas Quran Personal dijalankan secara peribadi sebab ramai yang malu untuk baca beramai-ramai kerana biasanya, belum menguasai dengan baik.

Berminat blh hadir sesi pengajian al-Quran sbg, persediaan kita untuk bertemu Allah SWT dengan tenang. Jika kita melupakan Pencipta yang menganugerahkan kita nikmat dan kegembiraan di dunia yang fana ini, apakah erti kehidupan?

Kesimpulannya, kelas Quran Personal adalah pilihan yang baik bagi mereka yang ingin meningkatkan kefahaman dan hubungan mereka dengan Al-Quran. Dalam kelas ini, peserta dapat belajar dengan lebih fokus dan mendalam, serta mendapatkan bimbingan langsung dari guru yang berpengalaman. Kita boleh memastikan kita tidak hanya hidup untuk dunia, tapi dengan mengambil langkah perancangan ini. Ia akan membantu kita mencapai tahap kehidupan seterusnya dengan baik.Bacalah kisah ini pada catatan lepas.

WhatsApp TEKAN DI SINI !

Exit mobile version