Persediaan menghadapi pencen perlu kpd.pengurusan yg. tepat dgn. memastikan kestabilan kewangan melalui persediaan sebelum, semasa, dan selepas kurang perhatian dari sudut pengurusan dgn. ketiga-tiga fasa itu. Pencen bermaksud kita hanya bersara dari alam pekerjaan hakiki kita drpd. mencari perbelanjaan diri dan keluarga.

Jadi bagaimana kita mengurus sbg persediaan menghadapi pencen? Kebiasaanya, pd peringkat sblm menghadapi pencen, penting utk buat perancangan kewangan yang baik untuk memastikan, jumlah wang mencukupi akn disimpan untuk persaraan.

Semasa fasa persediaan, penting utk menguruskan pelaburan dgn. bijak & memantau prestasi pasaran utk membantu pelaburan, ada juga yg. bercita-cita menjalankan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sambilan sedia ada, ada yg telah belajar bidang kemahiran utk digunakan semasa pencen bagi menjana sumber pendapatan tambahan.

Selain itu, dlm fasa persaraan, penting utk. uruskan perbelanjaan dengan bijak dan memastikan keperluan asas seperti perubatan dan keperluan harian dapat dipenuhi tanpa mengganggu tabungan persaraan yang telah diusahakan sebelum ini. . Selepas persediaan menghadapi pencen, adalah penting utk. terus menguruskan dana pencen dengan berhati-hati & menjaga keseimbangan antara menikmati hasil kerja keras & menyimpan wang sbg persediaan kecemasan di masa hadapan.

Tetapi malangnya, ada segelintir terjebak dengan pelaburan-pelaburan yang sangat merugikan kewangan. Mereka mungkin terjebak dalam skim-skim pelaburan yang tidak sah atau tidak terbukti, yang boleh menyebabkan kerugian besar.

Oleh itu, penting untuk melakukan penyelidikan yang teliti dan mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan sebelum membuat keputusan pelaburan [tekan sini info lanjut]. Namun, ramai yg terjebak kerana tak dpt kawal emosi, akhirnya menyertai pelaburan yg tidak sah syarak, akhirnya lesap begitu sahaja.

Alangkah ruginnya mereka bertindak sedemikian, telah mensia-siakan dan melakukan pembaziran. Apakah kegilaan manusia kpd. dunia ni ? Pujian harus diberikan kepada mereka yang menjaga akhlaknya kerana pandai mengawal emosi daripada kekancah yang boleh merugikan diri sendiri.

Walau bagaimanapun, pencen kita dah melalui fasa peralihan buat ibadah khus sebenar-benarnya kerana tlh guna masa bekerja yg hampir 30 thn umur kita. Oleh itu, penting bg. kita manfaatkan masa yg tersisa dgn bijak & mengambil langkah-langkah berhemah dalam menghadapi Pencipta & akn tempuh alam barzakh iaitu perhentian untuk ke alam yang kekal abadi. Kita perlu menghindari perbuatan yg merugikan diri sendiri termasuk terlibat dalam perkara-perkara yg. tiada manfaat.

Dalam Islam, kita diajar untuk menggunakan sisa masa hidup kita dengan bijak dan bertindak dgn penuh tanggungjawab terhadap Allah SWT. Sampai masa utk kita fokus kpd hal-ehwal keagamaan seperti belajar al-Quran (kelas personal di tasek gelugor), amalan-amalan selawat, zikirullah, majilis ilmiah utk capai ketenangan yg hakiki.

Selain itu, masa inilah juga, menziarahi alim ulama atau aulia Allah yang hebat. Sebenarnya, tak makna klu berada fasa pencen, tp masih lalai & lupa pada Allah SWT yg tlh beri nikmat tak terhitung kpd. kita seperti anak soleh dan kewangan stabil kita masih lalai.

Dalam Surah Ibrahim ayat 7 Allah menegaskan yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” Ini satu amaran Allah kepada setiap hamba-Nya supaya mengelak daripada perbuatan mengingkari nikmat yang dikurniakan-Nya. Rasa syukur adalah akhlak hati yang mulia, tetapi ia seharusnya diterjemahkan melalui perbuatan nyata.

Justeru, ketika mengejar pelaburan kewangan untuk dunia, tetapi di sana ada pelaburan untuk akhirat, contohnya wakaf, hibah, wasiat, atau faraid. Tp. pelaburan penting adalah dpt menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan lancar, klu malu boleh belajar al-Quran personal sampai berjaya. Hasilnya dpt. jd. contoh kpd anak-anak dan cucu atau zuriat kita dlm. kehidupan mrk. Rasulullah berpesan:

“Sesungguhnya kamu tak akn dpt melapangkan manusia dgn. harta kamu, maka lapangkanlah mrk dgn. keceriaan wajah dan kebaikan akhlak.”

(HR Al-Haitsami dan Abu Ya’la)

Berbaliklah kita mempelajari al-Quran kerana itulah akhlak kita. Dengan mempelajari al-Quran, kita dapat mengembangkan akhlak yang baik dan menjadi teladan bagi generasi berikutnya. Hal ini lebih berharga daripada pelaburan materi yang hanya memberikan manfaat sementara. Sebagai umat Muslim, kita harus mengutamakan pelaburan untuk akhirat melalui pembelajaran dan pengamalan al-Quran.

Kita harus ingat bahawa kekayaan dunia hanya sementara, tetapi pelaburan dalam agama dan akhirat akan memberikan manfaat abadi. Keperluan utk bg. perhatian secukupnya kepada pelaburan akhirat agar kita dpt mencapai ketenangan sejati dan menjadi teladan bagi generasi mendatang. Persediaan menghadapi pencen adalah salah satu bentuk pelaburan akhirat yang perlu kita lakukan.

Justeru, persediaan menghadapi pencen dgn mempersiapkan diri utk. kehidupan setelah pencen, yg. dpt. menjaga kesejahteraan spiritual dan fizikal.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.