Site icon Wacana Zeckry

4 Tahap Mudah Kaedah Membina Tinjauan Literatur

4 tahap mudah kaedah membina tinjauan literatur dengan berkesan selalu dibincangkan antaranya Dr Roket. Sebelum ini saya telah bahaskan mengenai cara menulis sorotan literatur dalam laman ini. Kaedah ini sering digunakan oleh para sarjana menghasilkan tesis yang berkualiti, iaitu:

Tahap 1   

Penyelidik perlu berusaha untuk mendapatkan maklumat bagi menjelaskan keperluan dan kepentingan bicang tersebut.  Maksudnya, penyelidik mesti mencari bahan yang relevan, membaca dan mendalami bidang berkenaan untuk menjelaskan signifikan kajian tersebut. Pada tahap ini, amat penting supaya penyelidiik benar-benar meneroka dan memahami bidang yang dikajinya.

Tahap 2

Membuktikan pengetahuan penyelidik terhadapa bidang yang ingin ditelitinya.  Berdasarkan pembacaan yang dilakukan penyelidik perlu membuat catatan terhadap bahan ini dan salah satu kaedah dijelaskan dalam tahap ini MEREKODKAN bahan yang dibaca.

Tahap 3

Setelah kumpul bahan kajian, membaca dan mencatat kajian berkenaan, penyelidik mula menulis tinjauan literatunya. Pada tahap ini, penyelidik perlu menghuraikan kajian yang dilaksanakan dengan menyakinkan, iaitu menampakkan keperluan kajian yang hendak dilaksanakan. Di samping itu, kelompangan kajian perlu dinyatakan dengan jelas bagi menunjukkan rasional kajian yang perlu dilakukan.

Tahap 4

Setelah penyelidik berjaya menyatakan kelompangan (gap) kajian, maka pada bahagian ini penyelidik akan menyatakan tujuan kajiannya secara jelas.

Ringkasan proses melaksanakan tinjauan literatur iaitu dari bermula penyelidikan sehingga terhasilnya tinjauan literatur.

1. Meneroka Topik

-Apakah yang saya tahu berkenaan topik ini?

-Bagaimanakah untuk saya tahudengan lebih lanjut?

Membaca latar belakang topik untuk membina pengetahuan terhadap bidang daripada pelbagai sumber.

2. Persoalan Kajian

Apakah yang harus saya baca untuk membuat soalan kajian?

Membaca topik kajian dengan terperinci supaya dapat kajian yang relevan dengan bidang.

3. Rasional Kajian

Bagaimanakah saya dapat menghasilkan rasional kajian yang menyakinkan?

Membaca latar belakang dan kajian yang sesuai mengikut keperluan kajian dalam konteks yang lebih luas.

4. Teori

Apakah teori yang sesuai digunakan untuk kajian ini?

Melaksanakan pembacaan terhadap teori yang teras dan teori-teori yang berkaintan bagi sesuatu kajian.

5. Metodologi

Apakah yang harus saya baca untuk menerapkan kaedah yang sesuai?

Melakukan semakan terhadap kajian-kajian lepas oleh penyelidik terdahulu. Dengan ini penyelidik dapat menentukan kaedah yang sesuai untuk kajiannya. Di samping itu, penyelidik juga perlu membaca buku-buku berkaitan dengan metodologi.

6. Menulis Tinjauan Literatur

Apakah yang diperkatakan oleh kajian ini dan apakah kajian-kajian yang telah dilakukan?

Melakukan semakan semula terhadap kajian-kajian yang telah terlaksana dalam topik ini. Contohnya daripada artikel jurnal atau tesisi dan mengaitkannya dengan kajian yang ingin dilaksanakan secara terperinci.

PERINGATAN:

Persoalan ini harus dimusnahkan secara ampuh seperti :

-Tidak banyak bahan yang ditulis untuk kajian saya.

-Terlalu banyak bahan yang berkaitan sehingga sukar saya memilih bahan yang berkaitan.

-Banyak kajian yang telah dilakukan dalam kajian ini.

-Susah untuk saya memilih metodologi yang sesuai.

-Susah untuk saya menggabungkan beberapa teori.

Tuntasnya, tinjauan literatur adalah proses yang berlangsung sepanjang kajian dibuat sama ada menghasilkan kertas projek, tesisi atau disertasi. Penyelidik harus melaksanakan tinjauan literatur pada setiap aspek yang diteliti. Aspek tersebut bermula daripada pemilihan tajuk sehinggalah bab kesimpulan yang kesemuanya perlu disokong kajian-kajian atau penulisan lepas.

Saya yakin dengan 4 tahap mudah kaedah membina tinjauan literatur ternyata akan berkesan kepada penyelidik. Teruskan bersama Rakan Penyelidik Nusantaara ini dalam membincangkan kaedah penyelidikan menerusi laman ini.

Exit mobile version