Site icon Wacana Zeckry

Cara mudah faham Takharruj

Cara mudah faham Takharruj menjadi carian penting di zeckry.net. Pada prinsipnya, al-Takharruj adalah salah satu kaedah pembahagian harta pusaka (warisan) secara damai iaitu perbincangan antara ahli waris.

Al-Taharruj berlaku apabila terjdi pengunduran diri seorang ahli waris dari hak yang dimilikinya atau hanya meminta imbalan seperti sejumlah wang atau barang tertentu dari salah seorang ahli waris lainnya.

Al-Takharruj dikatakan sebagai perjanjian secara damai yang diadakan antara ahli waris untuk mengundurkan diri atau membatalkan dirinya daripada terima haknya iaitu harta warisan dengan suatu pernyataan kuat (rasmi) dan dilakukan dengan ikhlas, sukarela atau tanpa paksaan.

Konsep Takharruj

Oleh itu, secara mudahnya untuk memahami konsep Takharruj iaitu suatu perjanjian secara damai dibuat antara ahli waris untuk mundur atau keluarnya untuk menjadi salah seorang ahli waris untuk tidak menerima hak bahagiannya dari harta peninggalan pewaris dengan syarat mendapat imbuhan atau timbal balik tertentu sama ada berbentuk wang atau barang dari ahli waris lain.

Walau bagaimanapun, secara dasarnya hukum pembahagian harta warisan dalam bentuk Takharuj (dibahagi sama rata) tidak dijumpai dalam al-Quran atau hadith Nabi SAW. Tetapi, asal hukumnya adalah hasil daripada ijtihad (athar sahabat) sepertimana berlaku ketika pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.

Atsar tersebut iaitu:

ﻋﻦ ﺍﺒﻰ ﻴﻮﺴﻒ ﻋﻤﻦ ﺤﺪﺜﻪ ﻋﻤﺮﻮﺒﻦ ﺪﻴﻨﺎﺮ ﻋﻦ ﺍﺒﻦﻋﺒﺎﺲ : ﺃﻦﺍﺤﺪﻲ ﻨﺴﺎﺀ ﻋﺒﺪ ﺍﻠﺮﺤﻤﻦ ﺒﻦ ﻋﻮﻒ ﺼﻠﺤﻮﻫﺎﻋﻠﻰ ﺜﻼﺜﺔ ﻮﺜﻤﺎﻨﻴﻦ ﺃﻠﻔﺎ ﻋﻠﻰﺃﺨﺮﺠﻮﻫﺎ ﻤﻦ ﻤﻴﺮﺍﺚ.

Maksudnya:

Dari Abi Yusuf dari seseorang yang menceritakan kepadanya, dari Amru bin Dinar dari ibnu Abbas: Salah seorang isteri Abdur Rahman bin ‘Auf diajak untuk berdamai oleh para ahli waris terhadap harta sejumlah 83,000 (dinar) dengan mengeluarkannya dari senarai pembahagian harta warisan.

Kisah Tamdhur

Isteri Abdul Rahman bin Auf RA itu bernama Tamadhur telah diceraikan olehnya ketika beliau sakit (sebelum meninggal dan ketika Abdul Rahman bin Auf r.a. meninggal, isterinya masih dalam iddah) maka para sahabat berselisih pendapat tentang cara isterinya itu perlu menerima perwarisan, lalu mereka telah melakukan musōlahah terhadapnya. Abdul Rahman bin Auf r.a. yang mempunyai empat orang isteri dan anak-anak.

Maka dalam pembahagian (biasa mengikut faraid) Tamadhur akan mendapat 1/4 dari 1/8 bahagian dari 32 bahagian harta yang ditinggalkan oleh suaminya, dia bersetuju menerima separuhnya iaitu satu bahagian dari 64 bahagian bersamaan dengan 83,000 (dinar), sedangkan cara pembahagian yang seumpama itu tidak pernah dinyatakan di dalam al-Quran (Wan Najmiah Wan Mohad Ali dan Md Yazid Ahmad, 2013).

Saidina Abdul Rahman bin Auf mempunyai isteri 4 orang, jadi apabila 4 org isteri, dia punya bahagian tu sebenarnya 1/8 bahagi 4 iaitu:

-Isteri A=1/32

-Isteri B=1/32

-Isteri C=1/32

-Isteri D=1/32

Maka itu bermakna 1/8 bahagi 4 bukannya kamu 1/8 dan aku 1/8. Sebenarnya nilai 1/8 bersama 12.5%. Andainya, 1 juta=125k kalau ada 4, setiap orang dapat 125k…4 isteri berkongsi 125k.

Isteri Abdur Rahman Takharruj

Dalam kisah Saidina Abdur Rahman bin Auf, bila isterinya seorang takharruj, separuh bahagian dia terima 1/64. Sebenarnya 1/64 itu masih sangat banyak, itulah syer 4 orang. Seorang dapat lebih kurang 3% masih lagi banyak. Hal ini menunjukkan Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah seorang hartawan.

Oleh yang demikian, berdasarkan athar sahabat tersebut hujah bagi keempat-empat mazhah dan bersepakat bahawa takharruj diharuskan oleh syarak kerana ia adalah sulh yang dianjurkan oleh Islam (Bāshā 2006).

Manakala antara nas al-Quran yang menjadi sandaran hujah mereka sebagaimana ayat yang bermaksud:

Maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik.

 (QS An-Nisa` : 129)

Oleh itu, para ulama mengharuskan takharuj dalam pembahagian harta pusaka.

Ringkasnya, takharruj bermaksud harta peninggalan dibahagikan secara sulh atau persetujuan di antara ahli waris dengan kaedah redha atau sesama suka. Ini dibenarkan kerana bahagian faraid itu adalah hak para waris yang boleh diambil atau dilepaskan. (al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/513).

Kesimpulan

Jelaslah bahawa, takharruj iaitu menolak bahagian iaitu kita boleh juga tidak mahu terima harta pusaka. Misalnya, sesorang kata “aku tak nak terima, aku bagi balik kepada waris-waris utk terima sama banyak (sama rata), terpulang kepada sesiapa atau pun aku tak nak terima, aku bagi semua kepada abang”.

Oleh itu, secara umumnnya, takharruj boleh kepada sesiapa saja yang kebiasaannya kepada ahli waris. Cuma, perlu ketelitian dan berhati-hati apabila kita takharruj dalam hal pusaka, kita tolak kepada orang lain seperti anak angkat, dia bukan waris.

Maka, ada juga berlaku pentadbir harta pusaka akan disoal siasat dan ditanya kerana berlaku penolakan kepada pihak atau orang yang ketiga yang tiada dalam senarai waris. Dalam konteks ini juga berlaku tindakan para waris untuk tidak menuntut sebarang harta pusaka pada permulaan dengan menyerahkan keseluruhannya kepada salah seorang waris, iaitu si ibu, adalah dibenarkan dan sah.

Rujukan:

Nota kuliah

[zotpress items=”{5090062:MJUU8IP2}” style=”apa”]




Exit mobile version