Kebiasaannya, pengkaji baru sangat keliru istilah isu dan masalah dalam sesuatu kajian ilmiah. Kita sering mendengar perkataan isu dan masalah diulang dalam kalangan kita, sama ada dua istilah yang memiliki makna yang sama atau makna yang berbeza? Sebelum ini saya telah bincangkan beza isu dan masalah melalui pautan ini {KLIK SINI]

Sesetengah mungkin menggunakan perkataan isu untuk merujuk kepada topik dengan skop yang besar, manakala ‘masalah’ mempunyai skop yang kecil. Kita selalu dengar sesetengah orang kata begini: Apabila masalah berlaku: Jangan jadikan masalah besar dan jangan jadikan masalah. Maka, apakah perbezaan antara masalah dan isu? Menurut (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016) menyebut:

1- Isu

Isu adalah perkara pokok atau persoalan.

Contoh: Ganguan saka merupakan isu penting untuk dibincangkan dalam perubatan alternatif Islam dan rawatan tradisional.

2-Masalah

Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan).

Contoh: Ramai masyarakat melayu sekarang sedang menghadapi masalah gangguan saka yang serius.

Menurut Zeckry (2022), menyatakan bahawa isu adalah asas untuk kita buat kajian. Manakala Masalah adalah punca yang perlu kita selesaikan. Isu merupakan rangkuman kepada faktor dan masalah mengenai sesuatu perkara. Oleh itu, isu mesti ada faktor-faktor yang menyebabkan berlaku iaitu sebab yang menyumbang sesuatu itu berlaku.

Misalnya, apakah faktor yang menjadi gangguan saka yang mencetuskan pelbagai penyakit rohani dan jasmani sehingga mengakibatkan pertelingkahan dalam sesuatu perkara seperti hasad, ain, ego, cepat marah atau sifat mazmumah dalam diri yang sering dibincangkan dalam keilmuan tasauf. Manakala, serangan kepada fizikal seperti masalah haid lambat datang, sihir, pendarahan tidak terhenti, kanser, mudah stress, angin ahmar atau penyakit kronik lain (Zainal Ad-Din, 2010).

Konsep isu dan masalah

Oleh itu, konsep isu dan masalah dalam konteks kajian iaitu pokoknya adalah Isu Gangguan Saka. Rantingnya adalah masalah-masalah.

Sekali lagi perlu diingatkan, isu kajian mesti bersifat negatif, kalau berbentuk positif tidak dapat dikatakan isu dan tidak perlu dikaji (buang masa). Maka, untuk mengenal isu, kita kena kenal dengan sifat-sifat yang ada pada isu itu, yakni bukan kenal nama isu saja, akhirnya kelaut jua hingga keliru mana satu isu mana satu masalah.

Bagaimana sifat sesuatu isu?

1. Perkaitan dengan persekitaran termasuk gangguan saka.

    2. Berbentuk negatif.

    3. Ada bukti berlaku.

    4. Boleh diselesaikan.

    5. Kos rendah

    6. Mudah untuk lakukan.

    7. Tidak sensitif

    8. Ada jurang dalam ilmiah atau akademik

    Search-able dan do-able

    Tegasnya, masalah yang dipilih mesti boleh diteroka (search-able) dan kajian itu boleh dibuat (do-able). Maka perlu difahami iaitu:

    1.       Search-able bermaksud masalah tersebut telah ada asas oleh para pengkaji sebelum serta ada dokumen-dokumen yang menyokong. Jika masalah tersebut tiada asas yang boleh ditinjau, kurang sesuai untuk latihan ilmiah, hanya sesuai dijalankan oleh sarjana-sarjana akademik yang sudah mantap dalam bidang kepakaran mereka.

    2.       Do-able bermaksud masalah tersebut boleh diselesaikan dalam kadar kemampuan sesuatu kajian ilmiah. Contohnya, ada pengkaji hendak mengkaji tingkah laku pembunuh bersiri. Masalah itu memang wujud, isunya bolehkah pengkaji untuk dapatkan kerjasama daripada pembunuh-pembunuh bersiri untuk dapatkan data? Jika boleh teruskan. Jika rasa tiada peluang, lebih baik pilih permasalahan lain untuk dikaji.

    Kesimpulan

    Tuntasnya, isu kajian mengenai gangguan saka dalam kalangan masyarakat melayu atau nusantara boleh diteroka dalam kalangan mereka pernah mengalami isu tersebut. Manakala, masalah gangguan saka boleh diteroka dari aspek kerohanian dan jasmani. Hal ini kerana gangguan saka banyak dibincangkan dalam perubatan alternatif Islam dan perawatan tradisonal. Namun, perubatan konvesional atau klinikal kurang diketengahkan kerana secara asasnya perubatan konvesional hanya dapat mendiagnosis masalah luaran kerana tiada alat moden yang dapat mengesan hal-hal kerohanian. Dapatkan lima (5) kaedah kendiri hapus gangguan saka [KLIK SINI]

    By Muhammad Soulhiey Zeckry

    zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.