Site icon Wacana Zeckry

Ledakan Kejayaan: Saat Dunia Berubah Selamanya

dunia

dunia

Dalam setiap detik yang berlalu, ada momen-momen yang mampu mengubah perjalanan hidup seseorang, malah dunia secara keseluruhannya. “Ledakan Kejayaan: Saat Dunia Berubah Selamanya” membawa kita menyelami kisah luar biasa tentang pencapaian yang melampaui batasan biasa, mencipta sejarah baru, dan mengubah landskap kehidupan. Kejayaan yang digapai bukan hanya sekadar hasil usaha individu atau pasukan, tetapi adalah titik permulaan kepada perubahan yang monumental. Dalam ledakan kejayaan ini, kita akan melihat bagaimana keberanian, keazaman, dan tindakan yang tepat mampu menggoncang dunia, meninggalkan kesan yang takkan pernah dilupakan.

Persoalan yang telah diracuni sekian lama dalam masyarakat iaitu “Kalau Allah dah tetapkan semuanya, kenapa kita harus berusaha?” Soalan yang telah bertapak dunia minda buat sekian lamanya.

Senarionya begini je dalam kisah keluarga yang harmoni untuk fahami dunia kehidupan sebenar !

Dalam sebuah keluarga yang bahagia di sebuah kampung kecil, muncul persoalan ini di minda seorang anak yang nakal, Jamil. Dia sering tertanya-tanya kenapa perlu bersusah payah berusaha, sedangkan Allah sudah menentukan segalanya. Jamil fikir kalau sudah tertulis rezeki, mengapa perlu penat bekerja?

Namun, dalam suasana yang penuh kasih sayang dan tawa, ayahnya Pak Ali dan ibunya Mak Minah menjelaskan konsep ini dengan cara yang mudah difahami, tetapi penuh dengan pengajaran. Melalui contoh basikal lama yang perlu dibaiki dan roti yang takkan terbang masuk ke mulut sendiri, Jamil mula memahami bahawa usaha itu adalah sebahagian daripada perancangan Allah. Walaupun takdir telah ditetapkan, usaha kita adalah kunci untuk membuka pintu-pintu rezeki dan keberkatan yang Allah sediakan.

Melalui cerita ini, dapat dilihat bagaimana persoalan lama yang meracuni pemikiran ramai boleh dijelaskan dengan pendekatan yang mudah dan penuh hikmah dalam keluarga yang harmoni.

Di sebuah kampung yang aman damai, tinggal satu keluarga yang terdiri daripada Pak Ali, Mak Minah, dan anak mereka yang aktif, Jamil. Jamil ini terkenal dalam kampung kerana sifatnya yang nakal, suka bertanya soalan pelik, dan selalu mencari jalan pintas dalam hidup.

Suatu pagi, ketika Jamil sedang duduk di halaman rumah, dia memerhatikan Pak Ali yang sedang membaiki basikal tua yang sudah lama tak dipakai.

“Pak, kenapa ayah bersusah payah nak baiki basikal tu? Bukankah Allah dah tetapkan rezeki kita? Kalau Allah nak bagi basikal ni elok, tentu ia boleh elok dengan sendirinya kan?” kata Jamil sambil tersenyum nakal, berharap dapat mengelak daripada membantu.

Pak Ali memandang Jamil dengan senyuman dan berkata, “Oh, begitu ya? Kalau macam tu, mari kita uji teori kau ni. Kita tunggu, mungkin basikal ni akan baik sendiri. Jom kita duduk kat tepi tu, tengok apa yang jadi.”

Jamil terkejut tetapi teruja. Dia fikir, “Wah, ayah aku setuju dengan aku!”

Jamil dan Pak Ali pun duduk menunggu. Lima minit berlalu. Basikal masih tak bergerak. Sepuluh minit berlalu, dan tiada apa-apa yang berlaku. Setengah jam kemudian, basikal itu masih berkarat seperti biasa, tak ada perubahan.

Jamil mula gelisah. “Pak, takkan basikal ni tak nak baik sendiri?”

Pak Ali tersenyum lebar, “Jamil, kau ingat, basikal ni boleh baik dengan sendirinya? Allah dah tetapkan yang basikal ni perlu diperbaiki dengan usaha. Allah bagi kita akal, tangan, dan kekuatan untuk buat sesuatu, bukan untuk kita duduk saja.”

Tiba-tiba, Mak Minah keluar dari rumah, memegang sekeping roti. Dia dengan gaya bersemangat berkata, “Nak tengok lagi satu eksperimen? Ini roti mak. Kalau kita ikut teori Jamil, mak tak payah suap, roti ni patut masuk ke dalam mulut sendiri. Jom kita tunggu!”

Jamil tertawa besar. “Mak, mana mungkin roti boleh masuk mulut sendiri! Kita kena makanlah!”

Mak Minah tersenyum penuh makna, “Hah, samalah macam hidup ni, Jamil. Allah dah tetapkan rezeki kita, tapi kita kena usaha untuk dapatkannya. Tak ada roti yang terbang masuk mulut sendiri, dan tak ada basikal yang elok dengan sendirinya.”

Jamil terdiam, mula merenung kata-kata ibu dan ayahnya. “Jadi… Allah dah tentukan segalanya, tapi kita tetap kena buat kerja untuk dapat hasil, ya?”

“Betul!” kata Pak Ali sambil tersenyum. “Kalau kita duduk saja tanpa usaha, macam basikal ni, kita akan kekal di tempat yang sama. Tapi kalau kita usaha, Allah akan beri kita jalan dan hasilnya.”

Mak Minah menambah dengan suara penuh kasih sayang, “Usaha kita itu sebahagian daripada doa dan tawakkal kita kepada Allah. Allah sayang hamba-Nya yang rajin berusaha, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jamil tersenyum malu. “Baiklah, Pak, Mak… saya dah faham. Lepas ni, saya tolong ayah baiki basikal tu, dan lepas tu kita makan roti bersama!”

Mereka semua ketawa besar, dan Jamil dengan semangat mula membantu ayahnya. Dalam hatinya, dia faham satu pengajaran besar, walaupun Allah telah menetapkan segalanya, kita tetap perlu berusaha kerana itulah cara kita menjalani hidup dengan penuh kepercayaan dan ketaatan kepada-Nya.

Cerita itu sebenarnya memberi gambaran awal kepada kita bahawa, setiap daripada kita mampu mencapai impian dalam kehidupan. Mampu untuk mengubah takdir kita dan ketentuan Allah! Maksudnya, ketentuan Allah itu adalah yang kita kenali sebagai
Takdir terbahagi kepada dua, Pertama: takdir tetap, juga dikenali sebagai takdir mubram, (takdir yang tak boleh diubah langsung).Kedua: takdir berubah atau dikenali sebagai takdir mu’allaq. Ia boleh berubah melalui usaha dan doa kita sendiri.

Exit mobile version