Site icon Wacana Zeckry

Kami Pernah Luka, Tapi Kami Masih Kami

Malam itu hujan rintik-rintik, lampu-lampu jalan memantul samar di cermin kereta Grab yang dipandu Puan Sofea, seorang wanita berwajah tenang tapi hati penuh luka. Di tempat duduk belakang, penumpangnya berbual mesra di telefon:

“Abang, awak rindu saya tak?”

Sofea menghela nafas panjang. Dalam diam, hatinya berkata:
“Kalau awak tahu, saya sanggup pandu waktu malam sebab tak sanggup jumpa suami saya sendiri di rumah yang sama… tapi asing, seasing Makkah dengan Mekdi.”

Sofea dan Haris sudah 10 tahun berkahwin. Ada 3 orang anak. Mereka tinggal serumah, tapi sudah lama tidak sebilik. Masing-masing bawa haluan. Pagi salam anak, malam diam. Hari-hari macam pasangan “housemate bertudung dan bersongkok.”

Sofea pernah cuba, dia ajak Haris buat Umrah, konon untuk memperbaiki hubungan. Tapi di sana, satu kejadian berlaku yang mengubah segala-galanya. Sofea haid sepanjang masa ibadah, lalu Haris terpaksa ke masjid sendiri. Tapi yang menyakitkan, menurut Haris, Sofea tak pergi sendiri pun ke kedai, dia berteman dengan lelaki lain dari rombongan.

Bila balik, hubungan mereka macam suhu peti ais rosak: kadang beku, kadang panas, tapi sentiasa berbunyi.

Sofea trauma bila balik rumah. Dia sampai sanggup pandu Grab malam-malam semata-mata untuk tak nampak muka Haris yang dia rasa dah tak hormat dan tak peduli. Pernah satu malam, Haris tanya:

“Awak kat mana? Anak muntah ni.”
Dia jawab, “Saya on trip, nak ke KLIA.”
Padahal dia tengah tunggu penumpang depan restoran mamak, dengan roti tisu di tangan.

Lucu… kalau bukan kerana itu kisah benar.

Sofea kata: “Kami kahwin tak lama kenal. Saya cuba… tapi hati ini lama-lama mati.”
Haris kata: “Kami kenal dua tahun. Awal kahwin manis… anak ketiga menyusu sampai umur 4 tahun, saya pun jadi macam tak penting.”
Sofea kata: “Saya tak kisah jaga rumah, tapi kenapa saya rasa macam jaga perasaan sendiri je?”
Haris kata: “Saya pernah upah maid, saya masak, saya lipat baju… tapi saya tetap salah?”

Akhirnya, Kes mereka sampai ke Mahkamah Syariah. Sofea failkan cerai. Haris datang bawa senyuman pahit. Ada saksi, ada kenyataan. Ada tangisan, ada degupan jantung yang laju.

Wakil Haris berkata:

“Kalau nak bercerai sebab dah bosan, maka takde siapa akan kekal. Rumah tangga ni, kadang kena basuh hati, bukan tukar baju.”

Kalau anda juga pernah:
✔️ Hidup serumah tapi rasa kosong,
✔️ Bertengkar sampai anak jadi saksi,
✔️ Rasa dihukum kerana cuba sayang dan setia,
✔️ Dipersalahkan bila cuba lari dari luka,

Jangan biar diri terus terkapai.
Dapatkan bantuan yang betul.
👉 Kami sedia bantu anda mendapatkan khidmat guaman Syariah yang berhemah, penuh integriti dan rahmah.

🔥 KENAPA ANDA PERLU KHIDMAT GUAMAN SYARIAH?

Lindungi hak anda dan anak-anak
Dapatkan nasihat yang berpandukan hukum dan undang-undang
Bawa isu rumah tangga anda dengan tenang dan beradab
Jangan bertindak ikut emosi, biar kami bantu anda dengan solusi

Rumah tangga bukan tentang siapa kalah atau menang. Tapi tentang bagaimana kita tangani perbezaan dengan iman dan hikmah.

Kalau anda rasa cerita Sofea dan Haris seperti cermin hidup anda…
jangan tunggu sampai hati betul-betul pecah baru nak bertindak.

🕌 Hubungi kami hari ini.
✍️ Khidmat Guaman Syariah Berpengalaman & Prihatin.

📞 WhatsApp [KILIK SINI]

Exit mobile version