Dunia sekarang tengah panas. Bukan sebab cuaca je, tapi sebab perang antara Israel dan Iran yang makin menjadi-jadi. Ramai orang kampung tanya, “Kenapa depa dua ni duk bergaduh sangat?” atau “Apa dosa rakyat biasa sampai jadi mangsa peluru berpandu?” Jom kita faham sikit-sikit bagi orang kampung saya faham, kenapa perang ni jadi, apa sebabnya, dan apa kesannya pada kita semua.
Kenapa Mereka Berperang?
1. Iran Nak Buat Senjata Nuklear?
Israel tak percaya langsung kat Iran. Bagi Israel, Iran tengah kumpul uranium (bahan buat bom nuklear). Kalau betul Iran buat bom, Israel kata itu ancaman besar. Dah lama Israel cuba halang Iran, termasuk sabotaj pusat tenaga dan bunuh saintis Iran (IAEA, 2024; Kerr, 2021).
2. Iran Sokong Musuh Israel
Iran ni jenis tak duduk diam. Dia tolong kumpulan yang lawan Israel, macam Hamas (Palestin) dan Hezbollah (Lubnan). Jadi, Israel rasa makin terancam. Bayangkan rumah kita, jiran duk upah budak samseng kacau kita hari-hari ! tak tenteram, kan? (Byman, 2019; Bergman, 2018)
3. Balas Serangan …Dah Tak Main Sorok-sorok
Dulu dua-dua negara ni “perang dalam senyap”. Tapi sejak tahun lepas, Iran terus serang Israel guna dron dan peluru berpandu. Israel pun balas dengan serangan udara. Macam dua orang jiran yang dari ejek-ejek, akhirnya angkat parang (The Guardian, 2025; BBC News, 2024).
Apa Jadi Baru-Baru Ni? (Jun 2025)
🛩️ 13 Jun 2025:
Israel hantar lebih 200 jet perang, bom pusat-pusat penting kat Iran. Tempat yang kena termasuk kawasan nuklear, pejabat tentera, dan rumah pegawai besar (Reuters, 2025).
💣 14–15 Jun 2025:
Iran balas dendam… tembak lebih 100 roket dan dron ke arah Tel Aviv dan Haifa. Ramai rakyat biasa cedera dan mati. Israel pulak terus bom Tehran (ibu kota Iran). Kedai tutup, bekalan elektrik padam. Macam hari kiamat kecil di sana (AP News, 2025; Al Jazeera, 2025).
🔥 16 Jun 2025:
Masih berbalas-balas. NGO kata lebih 400 orang awam Iran mati, termasuk wanita dan budak. Di Israel pun ada yang mati dan cedera. Negara luar mula risau. G7, PBB, semua suruh dua-dua negara berhenti (The Guardian, 2025; Human Rights Watch, 2025).
Apa Kesan pada Kita?
💔 Orang Awam Jadi Mangsa
Yang jadi mangsa bukan askar, tapi orang biasa. Budak sekolah, makcik jual kuih, imam masjid — semua kena tempias.
📈 Minyak Dunia Makin Mahal
Perang ni berlaku dekat Selat Hormuz, tempat keluar masuk minyak dunia. Bila kawasan tu tak selamat, harga minyak naik. Esok lusa harga barang kat kampung pun ikut naik (OPEC, 2025).
⚠️ Boleh Jadi Perang Lebih Besar
Kalau negara macam Amerika, Rusia, dan China masuk campur, silap haribulan boleh jadi perang dunia. Harap sangat benda ni tak jadi. [ni akan tukar nama jadi perang dunia ke-3]
Apa Kita Boleh Buat?
Kita mungkin duduk jauh kat kampung, tapi doa kita dekat dengan langit. Kita mungkin bukan pemimpin dunia, bukan panglima tentera. Tapi kita ada lidah yang boleh berdoa, hati yang boleh berzikir, dan tangan yang boleh memberi.
🌾 Zikrullah itu senjata mukmin.
Dalam zaman penuh ketakutan ini, jangan tinggal zikir. Nabi SAW ajar kita, siapa yang banyak ingat Allah, hatinya jadi tenang, tak kira apa yang berlaku di dunia luar.
Amalan mudah tapi besar kesannya:
- Zikir pagi & petang:
“Hasbiyallahu la ilaha illa huwa ‘alayhi tawakkaltu wa huwa rabbul ‘arshil azim”
(7x pagi & petang – pelindung dari segala keburukan, riwayat Abu Dawud) - Istighfar 100x sehari
- Selawat 100x – “Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammad” atau Selawat Tafrijiyyah (juga dikenali sebagai Selawat Nariyyah atau As-Salat at-Tafrijiyyah) ialah selawat yang sangat masyhur diamalkan oleh para ulama, wali, dan masyarakat Islam sebagai wasilah untuk memohon dilepaskan dari kesusahan, kesempitan hidup, kesedihan, dan hajat-hajat besar.
🌿 Baca Hizib-Hizib Doa Ulama Dulu-Dulu [apa itu hizib baca sini…]
📿 Hizib Saifi
– Dikenali sebagai “Pedang Para Wali“. Dibaca oleh para ulama dan pejuang Islam dalam situasi genting. Ia bukan untuk gagah-gagahan, tapi untuk memohon perlindungan dan kekuatan daripada Allah menghadapi musuh zahir dan batin.
📿 Hizib Mughni
– Doa pelengkap rezeki, keselamatan dan hajat. Ramai guru pondok di Kelantan dan Patani amalkan hizib ini pada malam Jumaat. Isinya mengangkat munajat supaya rezeki, ketenangan dan perlindungan sentiasa dekat dengan kita.
📿 Hizib Mughni
–Hizib al-Bahr (حزب البحر), atau “Hizib Lautan”, ialah sebuah hizib yang masyhur disusun oleh Syeikh Abu Hasan al-Shazili, seorang wali besar dan pengasas Tariqah Shaziliyyah. Ia dinamakan Hizb al-Bahr kerana beliau mendapat ilham bacaan ini semasa dalam perjalanan laut, dan ia menjadi wirid perlindungan yang sangat kuat dari bahaya musuh, sihir, bencana, dan keraguan hati.
Cadangan Amalan untuk Kampung Kita:
📌 Lepas Maghrib hari Khamis:
- Baca Yasin
- Baca Doa Qunut Nazilah (mohon lindung saudara se-Islam)
- Baca Hizib Saifi secara berjemaah
- Tutup dengan selawat dan doa untuk keselamatan dunia Islam
📌 Setiap Hari:
- Ajar anak-anak satu zikir dan satu doa
- Wujudkan sudut zikir di surau atau rumah..biar rumah kita bercahaya dengan zikrullah, bukan hanya lampu LED
Kesimpulanya, Perang Israel-Iran ni bukan setakat berita luar negara. Tapi tentang kemanusiaan, tentang hak orang biasa untuk hidup aman. Bila pemimpin hilang timbang rasa, rakyat jadi mangsa. Jadi mari kita sama-sama doakan agar peperangan ni dihentikan segera, dan dunia kembali aman. Kita tak mampu angkat senjata, tapi kita mampu angkat tangan dan hati kepada Allah.
“Dalam tiap hembus nafas, ada doa. Dalam tiap zikir, ada kekuatan. Bila hati rapat dengan Allah, tak ada gempuran pun boleh goncang kita.”
Kalau dunia huru-hara, jangan kita jadi lebih huru-hara. Sebaliknya, jadilah ejen penenang. Mulakan dengan diri sendiri, zikir, doa, sedekah, kasih sayang. Sebab dunia ini takkan jadi aman kalau kita tak mula dari hati sendiri.