Site icon Wacana Zeckry

Permohonan Ke Kolej Vokasional 2022

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke:

Sekolah Berasrama Penuh (SBP),

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),

Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan

Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

a) Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point

b) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.

PERMOHONAN BOLEH DI BUAT MELALUI PAUTAN INI https://spskt4.moe.gov.my/

Exit mobile version