Kuasa Netizen Cepat Menghukum ?


Konsep pensyariatan Uqubah untuk mencegah manusia daripada melakukan jenayah, sekiranya mereka telah melakukannya, lazimnya mereka tidak akan melakukannya sekali lagi kerana mereka telah dikenakan Uqubah. Maka, konsep Uqubah dalam Islam sebagai alat untuk mencegah perbuatan jenayah sebelum dilakukan. Psikologinya sebagai menakutkan kepada penjenayah setelah dikenakan hukuman

Maka, hukuman jenayah syariah bertujuan untuk melindungi kepentingan umat manusia, menjamin kehidupan yang aman di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Rasululah SAW sebagai suri tauladan bersumpah dengan sangat serius dalam hal ini, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aishah, Nabi SAW bersabda : Seandainya Fatimah puteri Muhammad mencuri nescaya aku memotong tangannya. Apabila turun ayat mengenai hukuman potong tangan ke atas pencuri. (Riwayat al-Bukhari : 3475)

Jelas menunjukkan bahawa setiap kesalahan perlu dibalas dengan hukuman yang setimpal, firman Allah SWT yang bermaksudnya : Oleh itu, sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukan kepada kami (al-Baqarah : 194).

Dari Abu Hurairah RA, Nabi bersabda bermaksudnya : Seseorang tidak mengambil sejengkal tanah tanpa haknya melainkan akan dibelitkannya daripada tujuh lapis bumi pada hari akhirat (Riwayat Muslim)

Ayat al-Quran dan hadis tersebut menjelaskan bahawa sesuatu jenayah akan dibalas di dunia lagi dengan Uqubah yang setimpal. Menurut, Abdul Monir & Sarina Othman (2000) Uqubah dalam perundangan sivil bermaksud hukuman keseksaan yang dijatuhkan oleh mahkamah setelah seseorang itu didapati bersalah melakukan jenayah (Azman, 2013).

Persoalannya, sesetengah tertuduh pada hari ini seolah-olah telah dihukum di khalayak ramai melalui berita tular yang disensasikan dalam media elektronik atau cetak. Maka, berlawanan dengan kaedah asas sistem jenayah Islam : Semua Orang Tidak Bersalah Sehingga Dia Dibuktikan Bersalah.

Jelas menunjukkan persepsi masyarakat bahawa apabila seseorang itu melakukan kesalahan kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa, kemudian diberitakan melalui media, seterusnya dijadikan isu dan menghukum seseorang tersebut sebagai orang yang bersalah sebelum dibicarakan dan jatuhkan hukum oleh mahkamah.

Penulis cuba mengupas permasalahan ini mengenai kaedah yang tersebut, bagaimanakah cara Islam memperkukuhkan pelaksanaan kaedah tersebut ? Apakah cara yang sepatutnya dipraktikkan dalam masyarakat Malaysia supaya tertuduh tidak dihukum di media sosial sebelum dibuktikan beliau bersalah.

» Read more

Apa itu Budaya

Budaya Global

Budaya Global

Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010).
Istilah budi juga dimaksudkan sebagai kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha mengatasi permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam kehidupan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010).

Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987) menjelaskan bahawa istilah budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai pengertian yang luas, jelas menunjukkan teminologi budaya mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran berbeza dalam kalangan para sarjana.(Subramaniam 2017)

Justeru, sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Maka, budaya juga dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Definisi Budaya Oleh E.B. Taylor

Seorang sarjana antropologi E.B Taylor mendefinisikan budaya dari hasil bukunya berjudul, Primative Culture seperti berikut:
“Culture or Civilization, taken in its wide ethnographic sense, is that complex whole which includes knowledge, belief, art morals, law, customs, and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society”
Budaya adalah merujuk kepada suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila serta sebarang kemahiran tingkah laku yang dipelajar oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.
Definisi Tylor menumpukan kepada sifat-sifat yang diperolehi oleh manusia hasil daripada membesar di dalam masyarakat di mana mereka telah dideahkan kepada tradisi budaya tertentu.

E.B. Taylor (1958) melihat, budaya sebagai sebuah kompleks yang merangkumi pelbagai bidang. Beliau juga melihat budaya sebagai kajian tentang pemikiran manusia yang beasaskan tindakan. Namun demikian, pengertian ini dianggap kurang tepat oleh beberapa orang sarjana yang berpandangan, Edward B. Taylor tidak menunjukkan perbezaan bagi organisasi sosial serta institusi sosial daripada konsep budaya secara amnya. (S. Milton, 1968). (Subramaniam 2017)

Oleh itu, budaya adalah cara hidup manusia yang melalui satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud budi + daya “; iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai.

Manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh yang demikian, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Maka, konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan. Adalah penting kita memahami bahawa proses ini bukanlah proses biologi di mana budaya itu diturunkan dari generasi ke generasi secara genetik. Hakikatnya, budaya itu dipelajar melalui interaksi sosial antara ahli masyarakat.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua kerangka besar iaitu :
i- Budaya kebendaan
ii-Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Manakala, budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

Oleh itu, dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agama merupakan dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Walau bagaimanapun, menurut (Hamidah Abdul Rahman 2009) takrifan tentang konsep budaya oleh sarjana-sarjana Barat memberi gambaran tentang hubungan di antara budaya dan pemikiran masyarakat terhadapnya. Namun demikian, pandangan yang diutarakan oleh sarjana Barat adalah berdasarkan kepada konsep budaya yang dipikul oleh masyarakat Barat yang berkemungkinan tidak sesuai dengan budaya orang Asia.

» Read more

Mengelakkan Memudaratan Dalam Kehidupan

Qawaid Fiqhiyyah

Kaedah Fiqhiyyah merupakan salah satu cabang ilmu yang terpenting dalam perkembangan tamadun ilmu Islam. Kewujudan himpunan Kaedah Fiqhiyyah bukanlah untuk memisahkan hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Kaedah Fiqhiyyah bersandarkan pertalian dengan nas al-Quran, Hadīth, Ijmak dan sumber hukum lain.

Walau bagaimanapun, Kaedah Fiqhiyyah dihasilkan bukan mengenepikan al-Quran dan Hadīth sebagai sumber rujukan utama. Tetapi sebenarnya Kaedah Fiqhiyyah adalah bersumberkan al-Quran dan Hadith bertujuan memastikan kemudahan kepada ulama dan masyarakat untuk membuat rujukan dan menyelesaikan permasalahan baru. Para ulama telah berusaha memahami nas-nas syarak dan kemudiannya dijadikan kaedah umum yang boleh dirujuk apabila sesuatu masalah berlaku. Apabila masalah baru berlaku dan mempunyai ‘illah yang sama dengan masalah furu’ (cabang) yang telah digabung di bawah kaedah umum berkenaan, maka ia akan memudahkan ulama untuk mengetahui hukum kerana persamaan‘illah akan membawa kepada persamaan hukum. Hal ini menggambarkan seolah-olah kaedah-kaedah tersebut telah menjadi dasar kepada hukum yang dijatuhkan.

Memandangkan kehidupan masyarakat yang semakin kompleks menyebabkan berlaku isu-isu baru yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam al Quran dan Hadīth serta dalam peruntukan undang-undang. Sedangkan. Undang-undang adalah penting dalam pentadbiran kehidupan seharian manusia. Menurut sistem perundangan Islam pula, kaedah fiqh mempunyai kedudukan yang amat penting. Tanpa kaedah fiqh, hukum-hukum fiqh akan menjadi satu hukum yang terpisah dan ini boleh menimbulkan perselisihan antara satu masalah dengan masalah yang lain.

Penguasaan dalam kaedah fiqh juga membolehkan seorang faqih memahami cara mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bergantung pada hafalan semata-mata. Mereka juga harus berupaya  mengaplikasikan kaaedah fiqh terhadap masalah baru yang timbul.  Contohnya, penguasaan kaedah fiqh dalam kalangan hakim, pegawai penyelidik dan peguam membantu dalam menyelesaikan banyak kes di mahkamah dengan kepelbagaian isu yang timbul.

Azman (2013)

Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan konsep qawaid fiqhiyyah, kriteria dan menyebab yang membentuknya. Di samping itu, akan menghuraikan kaedah Qawaid Fiqhiyyah berkaitan dengan mengelakkan kemudharatan dalam kehidupan manusia kerana Islam itu sendiri terbina atas kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat yang ingin dicapai dan Islam menolak sebarang bentuk kemudaratan dunia dan akhirat. Selain itu, penulis menjelaskan beberapa contoh hukum Islam semasa yang menggunakan Qawaid Fiqhiyyah yang berkaitan menolak keburukan.

Konsep Qawaid Fiqhiyyah Menurut Pandangan Ulama

Menurut (Ahmad Sabiq, 2017) mentakrifkan Qawaid al-Fiqh bermaksud dasar-dasar hukum yang disusun dengan menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas yang menjadi asas dalam penetapan sesuatu hukum-hakam fikah daripada bab yang pelbagai. Contohnya, asas “keyakinan tidak dihilangkan dengan syak”, banyak persoalan fikah yang dibincangkan di bawah asas tersebut, misalnya, apabila kita terjumpa air bertakung, bagaimana kita hendak menentukan sama ada air itu boleh dibuat bersuci atau tidak? atau ketika kita solat dan terlupa berapa rakaat yang telah dilakukan, apa yang perlu dilakukan? Begitulah seterusnya dalam kaedah-kaedah yang lain.

Oleh itu, asas fikah merupakan hasil kajian yang teliti dan menyeluruh terhadap al-Quran dan sunnah juga ijmak, sehingga dikumpulkan permasalahan dan persoalan fikah daripada bab-bab yang pelbagai. Kemudian diletakkan di bawah satu asas kerana memiliki sifat atau asas (illah) yang sama. Menurut al-`Allamah al-Syeikh Abdul Rahman Al-Sa`diy  dalam syairnya mengungkapkan: Berusahalah untuk memahami qawaid, yang menghimpunkan masalah-masalah yang berselerak, kamu akan menguasai ilmu dengan penguasaan yang baik dan kamu mengikuti jalan mereka yang diberi taufiq. (Ahmad Sabiq, 2017)

Perkataan al-qawaid al-fiqhiyyah merupakan satu istilah yang terdiri daripada dua perkataan iaitu al-qawaid dan al-fiqhiyyah. Menurut para fuqaha pula, perkataan kaedah bererti hukum yang digunakan secara majoriti yang meliputi kebanyakan pecahan-pecahannya supaya diketahui akan hukumnya. Dalam memberi pengertian bagi perkataan al-qawa‟id, para fuqaha mengungkapkan satu kaedah iaitu yang bermaksud hukum yang kebiasaannya dipraktikkan ke atas kebanyakan bahagian-bahagiannya atau cabang-cabangnya.

Perkataan al-fiqhiyyah pula adalah berasal daripada perkataan al-fiqh yang bermaksud faham. Menurut al-Ghazali, ilmu al-fiqh adalah suatu ilmu syariah (undang-undang Allah) yang bersangkut paut dengan pengetahuan furu’ (cabang) agama. (Norfaizah, 2014)

Oleh yang demikian, berdasarkan pengertian-pengertian di atas, dapat dirumuskan bahawa apabila kedua-dua perkataan itu digabungkan (dari sudut bahasa) menjadi satu istilah baru yang mewakili satu disiplin ilmu yang berasingan, maka ia bermaksud satu susunan kaedah yang berkaitan dengan hukum-hukum fiqh yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.

Menurut Norfaizah (2014), dalam perundangan dikenali sebagai maksim perundangan adalah seerti dengan qawaid fiqhiyyah atau dalam istilah undang-undangnya dikenali sebagai legal maxim.

Manakala, Maksim Perundangan Inggeris atau Latin sering kali digunakan oleh pengamal undang-undang bagi menunjukkan keindahan keadilan perundangan sivil di Malaysia. Walaupun Maksim Perundangan Inggeris ini berbagai-bagai, namun maksim perundangan yang relevan dengan keterangan dan pembuktian di Mahkamah Syariah adalah terhad dan kebanyakannya menyamai dengan penggunaan kaedah fiqhiyyah secara praktikalnya.

Kaedah-kaedah fiqhiyyah pula merupakan kaedah-kaedah yang bersifat umum yang mengumpulkan masalah-masalah fiqh terperinci yang memudahkan para ulama’ mengistinbathkan hukum bagi sesuatu masalah dengan cara mengklasifikasikan masalah itu di bawah suatu kaedah. Melalui kaedah yang telah diperincikan inilah, hakim-hakim dapat membuat ijtihad yang relevan dengan keadaan semasa. Kaedah-kaedah ini juga telah digunakan oleh para hakim untuk memutuskan sesuatu kes di Mahkamah Syariah.

» Read more

Sedekah Muallaf Di Kuching

Amalan sedekah muallaf di Kuching untuk pembangunan Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (Perkach) turut membantu dalam kemajuan Ilmu dan pembangunan Islam di Kuching khasnya dan di Sarawak pada umumnya.

Tabung Aidul Adha 2020 dilancarkan sebagai dana menggemilangkan aktiviti Ibadah Qurban 2020 untuk dimanfaatkan dengan sasaran golongan MUALLAF yang miskin di Kuching dalam meningkatkan Syiar Islam.

Saudaraku…Saudara kita…Muallaf bertabahlah bahawa PERKACH memahami perasaan kalian, setelah masuk Islam anda :

  1. Diusir oleh kaum keluarga
  2. Tidak lagi mendapat harta warisan
  3. Anda diejek dan diuji sangat hebat

Bersabarlah…kerana Allah memuliakan Kalian di Akhirat, Allah memasukkan Kalian dalam Syurga tanpa hisab.

Semoga Allah memuliakan di dunia dan di akhirat. Di dunia Allah selamatkan daripada kemusyrikan dan di akhirat kalian di selamatkan dari api neraka Jahannam.

YA ALLAH…YA RAHMAN YA RAHIM…berkatilah dan rahmatilah mereka2 yang telah membelanjakan sebahagian harta mereka sama ada dengan berwakaf, bersedekah, berzakat dan berinfaq semata-mata keHadratMU Ya ALLAH..serta kepada mereka yang menggunakan titik peluh mereka  demi untuk menyuburkan keindahan Islam setiap detik,siang dan malam.. Ya Allah dengan keberkatan segala amalan sedekah ini, musnahkanlah segala malapetaka yang kami tidak tahu, hapuskanlah segala virus atau kuman yang memusnahkan tubuh badan kami Ya Hayyu Ya Qayyum. Ameen ya Razzaq..Ameen ya Mujib..Ameen

Ya Allah hakikatnya mereka ingin menzahirkan berdirinya IMAN yang ada di dalam hati mereka semata2 kepada hadrat MU Ya Rahim….terimalah segala amalan soleh mereka..permudahkanlah kehidupan mereka..jika mereka sakit sembuhkanlah..jadikan mereka adalah zuriat yang terpuji dan zuriat yang sentiasa mengharap keredhaanMU ya Rahim…

Ya rahman Ya Rasulullah…Suburkan dan tambahkan harta2 mereka tanpa henti yang didatangkan dengan tanpa disangka2 dan dijangka dengan suluhan SIFAT ENGKAU YANG MAHA BERSIFAT RAHMAN… AR-RAHIM.. Ya Wahhab ,Ya Razzaq…mudah2kan ganjarannya terus mengalir dengan kekal selama2nya yang akan menjadi cahaya menerangi alam barzakh.

Dari Zaid ibn Arqam berkata: aku bertanya atau mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah pengorbanan ini?

Jawab baginda: Sunnah bapa kamu yakni Nabi Ibrahim as. Mereka bertanya lagi: Apa yang kami dapat daripada berkorban?
Jawab baginda: Bagi setiap bulu (haiwan korban) ada kebaikan Mereka bertanya: Bagi bulu biri-biri?
Nabi menjawab: Bagi setiap bulu biri-biri ada kebaikan. HR Ahmad dan Ibn Majah


Oleh itu, kalau nak tangkap ayam,  jangan kejar nanti kita  penat dan ayam pun lari. Taburlah beras atau  makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang. Begitulah Rezeki, 
Keluarkan lah sedekah, nanti Rezeki akan datang menghampir tepat waktu.
Kalau ingin memelihara kupu-kupu, Jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang. 
Tetapi tanamlah bunga?. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah.
Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, 
tetapi kawanan yang lain juga datang :
lebah,
pepatung.
dan lainnya, juga akan datang menambah warna warni keindahan.?
Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. ?Ketika kita menginginkan?
Kebahagiaan dan Keberuntungan, 

Tanamkan kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran, Maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang anugerah langsung dari Tuhan.
KEMPEN SEDEKAH SERINGGIT AIDIL ADHA 2020

Sertai Kempen SEDEKAH SERENDAH RM1.00 bagi menjayakan IBADAH QURBAN MUALLAF di Kuching 1441H/2020.Moga pengorbanan titisan darah yang keluar dari seekor sapi akan menjadi saksi buat kita semua sebagai PEMBELA kepada yang melakukan kebaikan kepada  umat Islam dan mengemilangkan syiar Islam.
Salurkan sumbangan anda demi keindahan Islam sejagat.

Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (2019).

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING (PPM-005-13-22032019) atau PERKACH merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan. Sumbangan boleh dibuat melalui JomDonate atau terus ke PERKACH :


 PERKACH
memfokuskan program kemasyarakatan dan kebajikan masyarakat asnaf dalam 8 golongan dalam Islam yang memfokuskan kepada golongan muallaf khasnya di Kuching dan Sarawak amnya. 

Walau bagaimanapun, PERKACH merupakan salah satu  tenaga penggerak aktiviti sosial Islam dalam keilmuan dan pelaksanaan Syiar Islam untuk pembinaan sahsiah dan menyebarkan seruan kebaikan serta kesedaran kepada semua masyarakat untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan dan kebajikan.

Jazakallahu Khair..Terima kasih yang menyumbang demi Keagungan,Kebesaran dan Keindahan Islam di Bumi Kenyalang ini.

Keliru Matlamat Kajian Dan Objektif Kajian

objektif kajian

Apabila kita belajar Metodologi Penyelidikan kita akan keliru dengan Matlamat Kajian dan Objektif Kajian. Ini kebiasaan berlaku diantara pelajar kita yang ingin memulakan sesuatu kajian penyelidikan kerana kita tidak dapat membezakan antara Matlamat dengan Objektif. Baiklah sy cuba jelaskan dibawah :

Matlamat Kajian

Matlamat kajian adalah matlamat umum sesebuah kajian yang hendak dijalankan. Ia merujuk kepada tajuk kajian yang dicadangkan. Matlamat kajian biasanya dalam bentuk satu ayat sahaja. Cth kajian bertajuk : Kajian Keberkesanan Program Pemulihan Dadah di Pusat-pusat Serenti, Kajian Kes Perlaksanaan Modul Keinsafan Diri.

Maka matlamat kajian boleh ditulis sebagai: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang keberkesanan program pemulihan dadah di pusat-pusat serenti yang menggunakan modul keinsafan diri dan mengkaji sejauh mana modul tersebut dipengaruhi oleh program pembangunan fizikal di pusat-pusat berkenaan.

Objektif Kajian
Berbeza dengan matlamat kajian. Objektif Kajian adalah matlamat-matlamat khusus dan mengandungi lebih daripada satu tujuan. Tujuan dikemukakan objektif kajian adalah untuk mengenalpasti maksud-maksud yang tersurat dan kepentingan sesebuah kajian yang dicadangkan.

Di akhir cadangan, objektif yang dirangka hendaklah berdasarkan prinsip V. Namun, objektif yang dinyatakan hendaklah munasabah dan dirangka berdasarkan batasan waktu dan kos penyelidikan. Oleh itu, penyelidik hendaklah mengelak diri dari sikap terlalu ambitious. Antara terminologi yang digunakan untuk menulis objektif kajian ialah :

-Untuk mengenalpasti (to identify)
-Untuk mencari hubungan
-Untuk mengukur
-Untuk mengkaji (to examine)
-Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
-Untuk menganalisa (to analyse)
-Untuk menilai (to evaluate)
-Untuk membandingkan (to compare)
-Untuk menentukan (to determine)
-Untuk membuktikan (to prove)
-Untuk mencadangkan (to propose)

Jadi kaedahnya, senaraikan objektif kajian yang menonjolkan tema utama dalam penyelidikan yang ingin kita lakukan dan gunakan kata kerja apabila menulis objektif seperti “untuk mengenalpasti, “untuk menentukan” dan “untuk memastikan” dan mestilah disenaraikan menggunakan nombor.

Keliru Matlamat Kajian Dan Objektif Kajian ?

Ok, jelaskan kpd kita bhw tujuan adalah satu bentuk penyataan yang agak umum tentang apa yang nak dikaji tetapi padat. Biasanya ditulis dalam bentuk pernyataan atau statement..bkn dlm bentuk numbering.Tujuan juga lebih kepada merujuk kepada tajuk kajian.

Manakala, Objektif kajian adalah pernyataan yang lebih khusus kepada kajian yg hendak dikaji,biasanya dalam bentuk numbering.

Rujukan :

Ahmad, S., Thinagaran, P., & Nagarajah, L. (2014). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.
Ahmad Sunawari Long. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Besut, Terengganu Darul Iman: Bandar Ilmu.

1 2 3 42