Site icon Wacana Zeckry

Cara Berkesan Pengajaran Bahasa Arab

Pada 13 Mac 2020 World Health Organization (WHO) mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru pandemik Covid-19. Manakala di Malaysia, peningkatan kes setiap hari turut memberi kesan kepada semua rakyat sehingga Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula pada 18 Mac 2020 kemudian dilanjutkan sehingga 3 bulan untuk berada dirumah. Wabak ini telah diwartakan sebagai penyakit pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Menurut Sehingga 23 Jun 2020, Lebih 9 juta orang di seluruh dunia dijangkiti virus COVID-19 serta mengakibatkan 469,060 kematian sejak wabak itu dikesan di China Disember tahun lepas. Lebih separuh daripada 9,017,010 kes itu dilaporkan di 196 negara seluruh dunia dengan separuh daripada kes positif jangkitan virus.

Wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menghadkan pergerakan serta pengumpulan manusia di satu-satu tempat. Situasi tersebut telah memberikan kesan besar kepada institusi pendidikan kerana melibatkan pihak berkepentingan yang ramai. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan sekolah-sekolah untuk mewujudkan pengajaran dalam talian bagi meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Walau bagaimanapun, pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing kedua semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kepentingan penguasaannya kini bukan sahaja dilihat dari aspek pendidikan agama Islam sahaja tetapi turut mengambil kira usaha pengembangan pelbagai sektor ekonomi negara. Namun, perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi kini telah melahirkan satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi tersebut yang sedang berlaku dengan pesat agar pengajaran dan pembelajaran bahasa ini tetap menarik perhatian umum dan menjadi semakin meluas sebagaimana bahasa-bahasa lain di dunia.

Maka,tulisan ini untuk menjelaskan beberapa kaedah, teknik dan langkah yang penting diambil oleh guru untuk menyampaikan pengajaran mata pelajaran bahasa Arab. Selain itu, bertujuan menjelaskan kelebihan platform dalam talian (online) dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Manfaat penggunaan kemudahan dalam talian dalam (PdP) Bahasa Arab antaranya :

i- Memudahkan ulangkaji

Proses ulangkaji lebih mudah kerana boleh mengulang seberapa banyak kai isi kandungan bahan rujukan. Pengulangan perlu dilakukan, kenapa ? fenomena cepat lupa berlaku kerana beberapa sebab. Menurut (Windura, 2011a) pakar otak dari Jerman bernama Dr.Hermann Ebbinghaus yagn juga bergelar Bapa Ingatan Moden, pernah melakukan kajian mengenai perkara ini, hasil kajiannya berdasarkan teori kemorosotan (Decay Teory) yang mana semakian lama, tahap ingatan kita semakin merosot atau kekuatan daya ingatan kita merosot. Ia bukan perkara yang mengejutkan apabila pelajar kita lupa beberapa bahagian subjek yang dipelajari di sekolah kerana tidak melakukan ulang kaji. Pada tahun 1939, Spitzer pernah melakukan kajian dan hasilnya mengatakan selepas 1 hari saja informasi yang dapat diingat 54% dan informasi yang dilupakan adalah 46% sehingga selepas 28 hari ingatan yang dapat diingat adalah 19% dan informasi yang dilupakan 81%.

Oleh itu, ini menjelaskan manfaat dengan kemudahan PdP di talian ini lebih memudahkan mengulang kaji kerana kajian tersebut menunjukkan kaedah mengatasi keadaan tersebut adalah dengan melakukan sesi ulang kaji merupakan teknik yang terbaik.

ii- Kaedah tanpa had

Gaya pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Setiap individu dikelaskan dalam kategori audio, visual dan kinestetik. Kaedah pembelajaran secara online sangat meluas seperti infografi, audio dan video. Dengan andanya kaedah ini, kita boleh sesuaikan diri dengan lebih mudah untuk pembelajaran anda mengikut kategori tersendiri.

Sebagai guru, pastinya mahir dalam mengenalpasti pelajarnya, kerana setiap orang mempunyai gaya belajar individu adalah gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan, dominan dan selaras dengan buku manual otaknya. Pendekatan gaya belajar yang sesuai dan betul pasti penerimaan yang kita sampaikan itu bermanfaat terhadap pelajar.

iii- Proses pembelajaran yang pendek

Pelajar boleh menghabiskan bahan pembelajaran mengikut kesesuaian dan tahap pemahaman. Jika dalam masa satu jam pelajar boleh memahami pembelajaran dan boleh beralih ke bahan pembelajaran yang lain. Walaupun pembelajaran yang pendek tetapi dapat memberi kesan atau sampai.

Oleh itu, pembelajaran secara maya sudah lama dipraktikkan universiti terkemuka luar negara dan sudah tiba masanya Malaysia juga melaksanakan kaedah sama. Ini akan dapat memberi lebih fleksibiliti kepada pelajar di mana saja mereka berada, bila-bila masa tanpa terhad kepada kelas fizikal seperti sistem konvensional. Apa yang pasti, pembelajaran maya kini bukan lagi sekadar gaya atau pilihan sebaliknya sudah menjadi keperluan, terutama dalam suasana PKP dan seluruh dunia dikongkong wabak COVID-19.

Bersambung…Kaedah dan teknik penggunaan dalam talian untuk PdP bahasa Arab di http://zeckry.net/2020/10/19/kaedah-dan-teknik-penggunaan-dalam-talian-untuk-pdp-bahasa-arab/

Exit mobile version