Catatan penulis sebelum ini di http://zeckry.net/2020/10/19/kaedah-dan-teknik-penggunaan-dalam-talian-untuk-pdp-bahasa-arab/
Langkah persediaan menyediakan bahan pengajaran dalam talian mata pelajaran Bahasa Arab
i- Penyediaan dalam bentuk slaid berwarna dan bergambar
Mengikut kajian dalam Neuro Linguistic Programming (NLP) iaitu gabungan perlakuan (Program) neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik) mengatakan 60% daripada manusia, adalah visual.Mereka mahu melihat slaid-slaid bewarna kerana mereka mahu melihat sesuatu yang boleh mereka tonton.Berikan mereka slaid yang terbaik, menggunakan apa jua gambar supaya supaya mereka boleh menonton bagi mempercepatkan pelajaran mereka. Justeru, di dalam slaid dipaparkan guru yang akan menerangkan. Slaid yang ringkas dan padat bukan guru membaca powerpoint, tetapi point yang disampaikan itu adalah ‘power’. (Roslan Ab Hamid, 2020)
ii- Penyediaan video pendek bersesuaian topik
Gaya pembelajaran video dan merangkumi kira-kira 10% manusia adalah auditori, manusia yang mahu mendengar intonasi suara yang jelas. Manusia yang mahu mendengar lenggok bahasa yang baik. Memastikan ‘microphone’ kita baik dan
jelas, supaya sampai kepada mereka dan melekat dalam ingatan. Ini temasuk juga 5% manusia adalah auditori digital. Mereka yang auditori digital mahu kepada informasi sehingga mereka akan kenyang dengan maklumat yang kita hidangkan. Video tersebut guru mesti menerangkan berdasarkan topic pembelajaran dan pembesar suara yang bagus dan jelas digunakan. Selain itu, guru menyediakan video rakaman guru bagi proses pembelajar secara talian untuk pelajar mengikuti.
iii- Penyediaan peta minda bahasa arab
Penggunakan peta minda yang berwarna, gaya belajar adalah sama dengan cara otak kita bekerja, iaitu Radiant Thinking. Radiant Thiking merupakan proses mencari idea ataupun asoasiasi baru berdasarkan gaya pemikiran kita seperti membuat perkaitan antara perkara yang dicatatkan oleh pelajar, misalnya pengalaman peribadi yang berkaitan dengan topik.
Oleh itu, kaedah peta minda adalah berguna bagi mencatat, meringkas dan mengulang kaji pelajaran. Kaedah ini dapat digunakan bagi kesemua gaya belajar, termasuk gaya belajar kinestetik.
Sistem peta minda adalah teknik grafik yang dapat menyelaraskan proses belajar dengan cara kerja otak kita. Menurut (Windura, 2011) sistem ini ditemui dan dipopularkan oleh Dr. Tony Buzan pada awal tahun 1970 an. Kini, ia adalah system pembelajara yang banyak digunakan di seluruh dunia. Sistem peta minda dapat membantu mengoptimumkan potensi dan kapasiti otak kita melalui tiga perinsip pengurusan minda iaitu, menggunakan kedua-dua belah otak kita, belajar teknik belajar (yang efektif dan efisien) atau menggunakan otak kita sebagaimana otak mahu dipergunakan iaitu sesuai dengan cara kerjanya.
Laporan pengalaman penemuan
i- Pengalaman sebelum mencari manfaat penggunaan kemudahan PdP Bahasa Arab secara dalam talian
Perubahan dunia pendidikan ke pendigitalan telah meneroka ilmu teknologi maklumat (ICT) sepenuhnya kepada guru dan pelajar dalam menghadapi keadaan semasa pendamik Covid-19.
Sebelum ini, penggunaan saya dalam bidang teknologi tidak sepenuhnya dalam meneroka bantu pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Walaupun umum mengetahui bahawa teknologi maklumat banyak membantu para pendidik dalam penyediaan alat bantuan PdP untuk pelajar. Pengalaman yang dapat diperolehi dengan penambahan ilmu teknologi
maklumat dan pendedahan kepada web atau aplikasi-aplikasi yang sesuai dan mengasah lagi kemahiran kita semasa penyediaan alat bantuan mengajar dalam talian kerana apa yang kita sampaikan bukan sekadar satu hala.
Manakala, pengalaman selepas penggunaaan kemudahan PdP bahasa Arab secara dalam talian ini, dapat meningkatkan lagi pengetahuan bersesuaian dengan generasi Y dan Z kini terdapat banyak ciptaan Apps yang menjadi trend Gen Y dan gen Z merupakan generasi berpotensi untuk belajar dan mengajar bahasa arab melalui teknologi. Justeru, reka bentuk
apps yang baik akan menarik minat dan mendekatkan gen Y dan gen Z kepada pembelajaran dan pengajaran, tambahan mereka amat mengemari penggunaan apps media sosial seperti Whatapps, Instagram, Twitter dan YouTube. Para pendakwah perlu menjelma di apps yang sedia ada seperti media sosial.
ii- Pengalaman selepas menemui kaedah dan teknik penggunaan PdP Bahasa Arab.
Sebelum penemuan kaedah dan teknik penggunaan PdP bahasa Arab di atas talian, idea saya tidak meluas dan tiada pencambahan idea dalam pengajaran. Selepas menemui kaeadah ini saya memanfaatkan sepenuh dengan apa yang akan saya bawa dalam pengajaran yang banyak membantu dan memudahkan gerak kerja dalam penyediaan kaedah dan teknik pembelajaran dalam bahasa Arab terutama penambahan perkataan-perkataan baru, penekanan kepada pelajar tatabahasa bahasa arab. Aplikasi di internet memudahkan sama ada melalui pelantar web atau aplikasi dalam bahasa arab.
iii- Laporan langkah persediaan sebagai guru untuk menyediakan bahan
Langkah persediaan dalam menyediakan bahan sentiasa mencari tips dan kaedah serta mengkaji cara berkesan untuk diberikan kepada pelajar, beberapa kajian saya lakukan seperti kaedah-kaedah orang lain yang berjaya. Perbincangan bersama guru-guru berpengalaman melalui whatapss dan telegram bagi mendapatkan bahan-bahan dan juga dicipta kendiri. Orang bijaksana berpesan, sesuatu yang telah dilakukan oleh org lain, pasti boleh juga dilakukan oleh orang yang terkemudian, caranya ialah mengikuti jejak-jejak kejayaan orang yang terdahulu, maka caranya saya mendekati mereka, serta bersamadan berada dalam lingkungan mereka itu.
Justeru, kemahiran kita dalam teknologi maklumat (ICT) sangat membantu dan memudahkan kerja kita dalam penyediaan bahan seperti kemahiran dalam membuat slaid, mengedit video, penggambaran, penggunaan peta minda, penggunaan gambar dan video yang sesuai dalam bahan yang akan disediakan mengikut kreativiti.
iv- Justifikasi bagaimana tugasan ini membantu anda sebagai pelajar dan pekerja.
Tugasan ini dapat membantu dari segi kajian dalam pendidikan yang berterusan, percambahan idea serta maklumat sentiasa diperbaharui bersesuaian dengan zaman dan generasi sekarang. Maka kita tidak seharusnya ketinggalan untuk bersama arus teknologi. Selain itu, kesentiasaan kita dalam menuntut ilmu yang tidak putus selagi hayat dikandung
badan bersama-sama mereka yang telah berjaya dalam apa jua bidang agar kita sentiasa mendapat motivasi dan dapat digunakan untuk pelajar.
Semua orang mengharapkan suasana pembelajaran menjadi lebih baik dan menarik. Guru akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajarnya berhadapan dengan kesukaran untuk menguasai sesuatu konsep atau maklumat yang disampaikan. Tugas mereka dapat dimudahkan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran terutama melalui bahan
multimedia yang begitu berleluasa dalam kehidupan moden ini. Melalui teknologi multimedia, animasi, gambar statik, suara, muzik, teks, filem dapat disampaikan serentak bagi membantu kefahaman pelajar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, implementasi konsep E-Pembelajaran di Malaysia masih berada pada tahap awal. Menjayakannya adalah suatu cabaran, dan kita semua perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan konsep ini pada masa hadapan. Dalam konteks bahasa Arab, konsep ini masih begitu baru dan mempunyai banyak kekurangan yang perlu
diperbaiki. Kerana itu persediaan perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini tetapi yang lebih penting perlu melahirkan pakar di bidang itu bagi memenuhi keperluan berkenaan.
Di atas kesedaran tentang betapa pentingnya ICT kita perlu mengintegrasikan penggunaan ICT dalam kurikulum bahasa Arab. Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama untuk membina sistem e-Pembelajaran yang menyeluruh, meningkatkan kemudahan capaian bahan pembelajaran dan meningkatkan kemudahan peralatan multimedia. Kita juga perlu mempastikan kesemua kursus bahasa Arab yang ditawarkan boleh diakses secara on-line bagi memudahkan pembelajaran bahasa ini samada di kalangan pelajar atau orang awam.
Olen itu, kompetensi penggunaan e-Pembelajaran di kalangan tenaga pengajar bahasa Arab di Malaysia perlu ditingkatkan. Ia boleh dilakukan dengan mengintesifkan program pembudayaan dan latihan ICT kepada pegawai akademik, memberi pengiktirafan kepada mereka yang menghasilkan inovasi ICT dalam e-Pembelajaran dan memperluas aktiviti Pusat Rekabentuk Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sarjana dalam bahasa Arab kita tidak sewajarnya hanya menjadi pengguna tetapi juga seharusnya meneroka dan menjana teknologi tersebut.
Oleh yang demikian sudah sewajarnya kita memperkukuh kerjasama penyelidikan ICT dengan agensi di dalam dan di luar negara bagi memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dari segi sumber rujukan serta komunikasi dan sokongan.
Rujukan :
[zotpress items=”{5090062:7TLTBEG7},{5090062:S5EQKX9G},{5090062:AV5I2HGI},{5090062:84KMBF73},{5090062:7RSLNBP9},{5090062:RUARLIV4}” style=”apa”]