Catatan lepas Macamana Nak Faham Makna Zat ? Sesungguhnya..pengetahuan,kefahaman,daya,usaha,tenaga,pancaindera, kepandaian dan kebijakkan..senang cerita yang ada pada diri kita tu terhad (limited=Taqyiid) ! Jadi macamana nak faham makna zat sebab dia adalah MULTAK (unlimited), kalau diberi kefahaman jadi songsang juga otak kita sebab mmg tak jangkau oleh akal kita yang ada..kan dah gitau td semua yg kita miliki yang kita blh capai tu semua TERHAD…
So, macamana nak faham makna zat..kenapa kita masih mencari-cari sebab DIA yang bersifat wujud…kenapa kita pening2 mencari brg yg kita dapat RASA…belum puas sebab xnampak ke? Mcm2 digali segala ilmu…macam2 melalui jalan untuk mencari jawapan, macamana nak faham makna zat..pecah kepala fikir..berdegung telinga..ambil potong kepala rebus dalam cairan emas pun xde pun faham kalau diri kita tu sendiri yang tidak cuba untuk ambil fahami tentang HAKIKAT DIRI yg bkn duk betul2 peringkat HAMBA padaNya…cam ne hamba tu ?
Ok apa tanda/lambang/simbol yang kita duk sujud tu? Sujud tu tanda HAMBA lah..masa sujud tu tak rasai ke ? kita tu rendah..lemah..bodoh/jahil..miskin…bg kita merasai yang maha kuat tu DIA…yang Maha Tahu tu DIA…yang Maha Kaya tu DIA….Persoalannya bila diluar solat kita mengambil kuasa iblis…kita abik kuasa Allah…menyombong dengan orang sekeliling…rasa cerdik dgn org sekeliling…rasa kaya dengan orang…buat fitnah…menyalah orang semua tak betul…rasa hebat dan kuat dengan orang sekeliling..zikir malas…selawat ke atas rasulullah SAW malas…nak buat baik pada orang pun tak reti…tak hormat orang sekeliling…duk mengata…sebar berita palsu…menjahamkan generasi baru dengan perangai kita tu..pandai lah pulak ?
Pastu macamana nak faham makna zat sebab byk dah tools/alat untuk yang DIA bagi kita tetap lupa sama ada masa senang atau masa susah…dalam hati kita tu semua masuk sehingga kita fokus pada benda tu sampai kita LALAI pada dia…pastu apa guna duk mencari2 macamana nak faham makna zat ?
Heran bin ajaib…kalau sujud masa solat tu xsama hati tu nk jd rendah semasa diluar solat…patutnya masa sujud je atas batu yg tajam2 baru faham kot ! xlayak nk sujud atas sejadah yg tebal lagi halus yg blh tenggelam dahi tu !
Suatu hari semasa sy bersama guru tahun 1998..ada seorang murid bertanya apa makna QALBU(Hati) wahai syeikh ? Lalu Syeikh jawab : Qalbu=berbolak balik..maknanya tak tetap lah..kena nk benda tu…kejap nk benda ni…kejap kiri..kejap kanan…kejap atas…kejap bawah…akhirnya apa jadi ? kdg kita ikut apa akal utk berhentikan bolak balik tu…kdg kita ikut nafsu utk berhentikan bolak balik tu…atau pancaindera yang lain…pastu kita ikut je apa yang kita fikirkan atau apa saja yg kita rasa yg dpt menenangkan (memberhentikan) hati dari berbolak balik..pastu datang pulak masalah itu..masalah ini..akhir berlaku tidak tenang (bergoyang lagi)..maka, sbb tu lah Allah SWT berikan kepada hambaNya untuk ingat dia dengan cara al-Quran…Solat…Zikir dan sebagainya..)…sampai satu peringkat…timbul PERSOALAN DIRI dengan perkataan “SERBA TAK KENA dan TAK KEMANA…tertipu pun ada rasa jugak !
Pengajian Bersama Syeikhku,…
Lalu murid itu bertanya lagi…bagaimana nk selesai tu ?
Syeikh tu kata : Menurut ulama dulu dia kata, hati manusia ni berbolak balik lebih kurang 70ribu kali sehari..?
Murid tu bertanya lagi : Apakah yang boleh mempasakkan hati tu sepaya senyap dan TETAP TEGUH ?
Syeikh tu jawab : Nak tahu teguh ke tak senang je..kemana dan apa diri kita rasai apabila kita diuji dengan nikmat dan niqmah (bala)..ketika kita senang dan susah..TEGUH dan KUAT tak hati kita pada DIA…kalau masa susah baru INGAT kat DIA…ketika senang kita LUPA…sampai bila pun kita tak faham pun makna zat !
Berbalik pada cite tadi, macamana kita nak faham makna zat..mmg tak bermakna pun kita nak faham kalau kita sendiri duk LUPA byk pada INGAT pada DIA…Kenapa kita tidak mencari macamana cara untuk kita berterusan untuk INGAT pada dia…kalau Syeikh tu sebut 70ribu kali hati berbolak balik…
Klu kita tak sebut NAMA DIA sebanyak tu dan SELAWAT ribu2 kali sehari macamana nak faham makna zat ! Jadi, nak bau wangi..bersahabatlah dengan org yang mahir dengan minyak wangi…br kita rasa wangi…ni kita duk LALAI dan tak mahu nak jadi PENGIKUT kepada orang-orang yang soleh…mursyid yang duk tunjuk jalan kepada KEBENARAN..kalau diri kita yang tidak mencuba jalan ke arah tu…macamana kita nak faham makna zat ! Segala jalan ke arah kebaikan dan kebenaran itu adalah untuk DIIKUTI barulah kita rasa diri tu seperti asal…hina, lemah, jahil dan miskin ! barulah Allah SWT angkat darjat tu!
Pertama : Carilah guru dulu utk tunjuk jalan..xjumpa juga solat hajat minta petunjuk kepada Allah SWT selama 40hari 40mlm agar dihadirkan orang yang dpt menunjuki jalan yang lurus dan benar..
Kedua : Bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh..br lah kita tu soleh…ni duk berkawan dengan benda yang xde faedah tu wat pe..ramai je Aulia Allah (salah sorangnya Pak Teh Enggong) cuma kita je xcari…. kita masih sibuk dengan nak cari macamana nak faham makna zat !
Ketiga : Buang je lah sifat ego yang rasa kita kuat..kita hebat..kita kaya..kita itu..kita ini..padahal dalam diri tu duk SERABUT dan HATI/JIWA TIDAK TENANG ! Kaya pun nak kaya lagi…tu ada rasuah, pecah amanah lah…berebut kuasa lah…sebab HATI dah BERPENYAKIT TERUK (sakit dari segi maknawi bukan hissi…tapi beri kesan akhirnya pada fizikal hati tu) faham tak ? hati tu xpernah cukup dan penuh pun…satu dunia ni pun nak masuk lam hati..Orang kaya nak kaya lagi (kalau benar-benar kaya dapat ke membantu TABUNG PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM KUCHING untuk keilmuan dan kebajikan saudara kita (muallaf) ? sebab orang miskin pun nak kaya jugak ! tu xpernah puas selagi kita pujuk hati kita untuk jadi HAMBA yang sifatnya dibawah ! Cuba ikut cara Rasulullah SAW mcamana perangai dan jiwa baginda ! Kalau xboleh buang ego cam tu je boleh mai sini nak gitau supaya Allah SWT ajar nanti ! hebat sangat ke kita ni ? semua PERASAN cuma TAK SEDAR sampai Allah SWT uji kita !
Ok..selamat berjuang untuk mencari macamana untuk faham makna zat dan kita akan berjumpa dipuncaknya/klimaknya kalau kita kenal Allah..apa pulak kita perlu buat dan apa pulak kita akan rasa !
Hidup kita semua adalah perjalanan bukan pertandingan !
Rujukan :
[zotpress items=”{5090062:SBSNUDAJ},{5090062:QJTM6B78}” style=”apa”]