Site icon Wacana Zeckry

Kaedah Penelitian Hukum Islam : Usul al-Fiqh

Dr Ayman Al-Akiti

Pensyarah Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama, UIAM & Felo Kehormat IKIM

Setiap Kajian Ilmiah Memerlukan Kepada Ilmu Yang Menjelaskan Kaedah Penelitian Bagi Disiplin Ilmu Tersebut. Misalnya Dalam Ilmu Sains, Memerlukan Kaedah Khusus Yang Sesuai Dengan Tabiat Ilmu Itu Sendiri. Kajian Ilmu Sastera Arab Memerlukan Ilmu Kaedah Khusus Mengajarkan Cara-Cara Mengkritik Matan Syair Arab. Menariknya, Hukum-Hakam Islam Juga Ada Ilmu Kaedah Khusus Yang Membahaskan Cara Melakukan Istinbat Hukum Islam, Ilmu Ini Dipanggil Dengan Usul Al-Fiqh.

Berbeza Dengan Ilmu Kaedah Yang Lain, Disiplin Ilmu Usul Al-Fiqh Telah Lahir Sebagai Sebuah Kitab Seawal Abad Ke-2 Hijrah Oleh Salah Seorang Mujtahid Teragung Iaitu Imam Kita Al-Imam Muhammad Bin Idris Al-Shafie (W. 204H/820M) Dengan Kitab Beliau Berjudul Al-Risalah. Kitab Al-Risalah Ini Dikenal Sebagai Kitab Pertama Dalam Usul Al-Fiqh.

Menariknya, Walaupun Kitab Pertama Usul Al-Fiqh Datang Pada Abad Ke-2 Atau Ke-3 Hijrah Tetapi Prinsip-Prinsip Yang Terdapat Dalam Ilmu Usul Al-Fiqh Sudah Wujud Dalam Nas Dan Athar Para Sahabat R.A.

Misalnya, Beberapa Hadis Rasulullah SAW Sudah Menjelaskan Tentang Prinsip Hukum “Tiada Bahaya Dan Tidak Boleh Buat Bahaya”. Sahabat Ibn Abbas R.A Pernah Menjelaskan Perkataan Aw (Atau) Bermaksud Pilihan Ketika Memahami Nas-Nas Al-Quran Dan Sunnah.

Maka Seseorang Yang Menolak Usul Al-Fiqh Sebagai Salah Satu Disiplin Ilmu Dalam Islam Hanya Kerana Lafaz ‘Usul Al-Fiqh’ Tidak Wujud Di Zaman Nabi Muhammad SAW Adalah Sama Dengan Menolak Kaedah Memahami Al-Quran Dan Sunnah Yang Merupakan Sumber Utama Hukum-Hakam Islam.

Usul Al-Fiqh Jelas Sudah Wujud Di Zaman Rasulullah SAW Walaupun Tanpa Nama.

Begitu Juga, Terdapat Satu Pembahasan Yang Sangat Penting Di Dalam Usul Al-Fiqh, Iaitu Perbahasan Nasikh Wa Mansukh (Merombak Hukum). Perbahasan Ini Membawa Penjelasan Mana Ayat Yang Dirombak Oleh Allah SWT Dengan Hukum Yang Baru Sama Ada Dari Al-Quran Ataupun Hadis Rasulullah SAW.

Misalnya Firman Allah SWT: 

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ

Kamu Diwajibkan, Apabila Seseorang Dari Kamu Hampir Mati, Jika Ia Ada Meninggalkan Harta, (Hendaklah Ia) Membuat Wasiat Untuk Ibu Bapa Dan Kaum Kerabat Dengan Cara Yang Baik. (Al-Baqarah: 180).

Ayat Ini Menunjukkan Bahawa Melakukan Wasiat Itu Adalah Wajib.

Akan Tetapi Ayat Ini Telah Dinasakh Dengan Ayat Yang Lain Iaitu: 

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٞ مِّمَّا تَرَكَ ٱلۡوَٰلِدَانِ وَٱلۡأَقۡرَبُونَ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٞ مِّمَّا تَرَكَ ٱلۡوَٰلِدَانِ وَٱلۡأَقۡرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنۡهُ أَوۡ كَثُرَۚ نَصِيبٗا مَّفۡرُوضٗا

Orang-Orang Lelaki Ada Bahagian Pusaka Dari Peninggalan Ibu Bapa Dan Kerabat, Dan Orang-Orang Perempuan Pula Ada Bahagian Pusaka Dari Peninggalan Ibu Bapa Dan Kerabat, Sama Ada Sedikit Atau Banyak Dari Harta Yang Ditinggalkan Itu; Iaitu Bahagian Yang Telah Diwajibkan (Dan Ditentukan Oleh Allah). (Al-Nisa’: 7)

Ayat Ini Pula Mewajibkan Hukum-Hakam Warisan/Pusaka Atau Disebut Dalam Bahawa Arab Sebagai Faraid. Bayangkan Apa Yang Terjadi Pada Orang Yang Tidak Mempelajari Ilmu Usul Al-Fiqh? Nescaya Ia Mungkin Akan Menganggap Dosa Bagi Orang Yang Tidak Menyediakan Wasiat.

Ilmu Usul Al-Fiqh Juga Menjelaskan Tentang Cara Memahami Lafaz Atau Dipanggil Dengan Dalalah (Penunjukan Lafaz). Misalnya Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا

Maka Janganlah Engkau Berkata Kepada Mereka ‘Uff’ (Ahh), Dan Janganlah Engkau Menengking Menyergah Mereka, Tetapi Katakanlah Kepada Mereka Perkataan Yang Mulia (Yang Bersopan Santun)..(Al-Israk: 23).

Ayat Ini Menunjukkan Larangan Berkata Uff (Ahh) Kepada Ibu Bapa. Ia Juga Sebenarnya Memberi Isyarat Kepada Hukum Yang Lebih Besar Iaitu Larangan Dan Keharaman Menyakitkan Ibu Bapa Kita Sama Ada Lisan Atau Pukulan Fizikal. Bagaimana Tidak? Ucapan Yang Sakit Sahaja Dilarang, Apatah Lagi Menyakitkan Secara Fizikal Seperti Memukul. Tidak Ada Satu Pun Insan Yang Berakal Menolak Qias Seperti Ini.

Salah Satu Aspek Terpenting Dalam Ilmu Usul Al-Fiqh Adalah Sumber Hukum Islam. Ia Terbahagi Kepada Dua Iaitu Sumber Yang Disepakati Oleh Ulama Iaitu Ada Empat: Al-Quran, Sunnah, Ijmak Dan Qias.

Sedangkan Sumber Yang Terjadi Perselisihan Ulama Tentang Penggunaannya Sekurang-Kurangnya Ada Tujuh: Al-Istihsan, Al-Maslahah Al-Mursalah, Al-Urf, Hukum Syarak Umat Sebelum Islam, Mazhab Para Sahabat, Al-Istishab Dan Sadd Al-Dharai.

Perbahasan Ini Sangat Penting Kerana Misalnya Pembahasan Sunnah Sebagai Sumber, Ulama Berbeza Pendapat Apakah Hadis Ahad (Bukan Mutawatir) Boleh Menghasilkan Keyakinan Yang Pasti?

Begitu Juga Ijmak Yang Layak Dijadikan Sumber Hukum Apakah Ijmak Umat Atau Ijmak Ulama? Apakah Semua Hukum Islam Perlu Ada Hikmah Atau Maslahah Duniawi? Perkara-Perkara Ini Dibincangkan Dalam Usul Al-Fiqh.

Walaupun Imam al-Shafie adalah ulama pertama yang membukukan usul al-fiqh, perkembangan ilmu ini merentasi mazhab fikah. Hampir semua mazhab Islam memiliki karya di dalam usul al-fiqh terutamanya mazhab empat iatu Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Perkembangan ini membuatkan tidak ada ulama atau mufti agung di dalam sejarah Islam yang tidak menguasai ilmu usul al-fiqh. Siapa yang tidak kenal dengan Imam al-Ghazali (w. 505H/1111M) pakar akidah dan tasauf juga mengarang beberapa kitab di dalam usul al-fiqh seperti al-Mustasfa. Imam Fakhr al-Din al-Razi (w. 606H/1209M) seorang ahli falsafah dan ilm al-kalam juga mengarang kitab usul al-fiqh berjudul al-Mahsul.

Maka pertanyaan sekarang, apakah mungkin kita yang kerdil ini mampu mengikuti al-Quran dan sunnah tanpa ada sedikit pun pengetahuan tentang usul al-fiqh? Kenapakah masih tergamak sebahagian orang menuduh ilmu ini sebagai bidaah?

Rujukan :

[zotpress items=”{5090062:JEZI7ZPL}” style=”apa”]

Exit mobile version