- Kaedah Penyelidikan.
- Nyatakan kaedah penyelidikan yang digunakan.
Kuantitatif, kualitatif atau kaedah campuran (mix method)?
-Nyatakan rasional pemilihan kaedah tersebut berdasarkan keperluan objektif dan persoalan kajian. Sokong pemilihan tersebut dengan pandangan pakar bidang di atas.
-Perincikan kaedah penyelidikan sehingga (seolah-olah) penyelidik lain boleh mengikuti setiap langkah dengan tepat dan menghasilkan dapatan yang sama.
- Rekabentuk kajian.
-Nyatakan reka bentuk kajian yang dipilih.
Fenomenologi, Etnografi, Grounded Theory, Kajian Naratif, Kajian Sejarah atau Kajian Kes bagi penyelidikan kualitatif.
-Tinjauan, eksperimental atau kuasi-eksperimen bagi penyelidikan kuantitatif.
-Nyatakan rasional pemilihan reka bentuk kajian.
-Sokong dengan pendapat pakar dalam bidang di atas.
- Populasi Kajian.
-Bagi kajian kuantitatif, nyatakan jangkauan spesifik kawasan responden yang akan dikaji sama ada kawasan kecil seperti sekolah tertentu atau kawasan yang lebih luas seperti daerah, negeri atau negara tertentu.
-Nyatakan rasional pemilihan populasi tersebut bagi tujuan kajian.
-Nyatakan juga bilangan populasi dan sertakan sumber rujukan data populasi tersebut.
- Teknik Persampelan.
-Nyatakan jenis teknik persampelan yang digunakan.
-Teknik persampelan berkebarangkalian dan tidak berkebarangkalian bagi penyelidikan kuantitatif.
-Teknik persampelan bebola salji dan persampelan bertujuan bagi penyelidikan kualitatif.
-Jika memilih teknik persampelan berkebarangkalian, nyatakan kategori persampelan, iaitu sama ada persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan rawak sistematik atau persampelan kluster.
-Jika memilih teknik persampelan tidak berkebarangkalian, nyatakan sama ada ia persampelan mudah, persampelan bertujuan, persampelan bebola salji atau persampelan quota.
-Perincikan proses pemilihan sampel kajian.
- Saiz Sampel
Bagi kajian kuantitatif:
-nyatakan teknik pengiraan saiz sampel yang digunakan, iaitu sama ada mengikut saranan Kretjie & Morgan (1970), Cohen (1988), Cohen et al, (2001), G-Power atau lainnya.
-nyatakan bilangan sampel, iaitu responden kajian berdasarkan teknik pengiraan yang dipilih.
Bagi kajian kualitatif,
-Nyatakan bilangan informan yang akan terlibat.
-Sokong pemilihan saiz sampel dengan saranan pakar kajian kualitatif.
-Nyatakan 3-5 kriteria khusus dalam pemilihan sampel (informan) kajian.
-Senaraikan nama/nama samaran dan posisi sampel yang dipilih (jika informan dapat dikenalpasti lebih awal seperti Pemenang Anugerah Ibu Mithali, Tokoh Maal Hijrah dan Penerima Anugerah Pelajaran Diraja).
- Kaedah Pengumpulan Data
Bagi kajian kuantitatif, nyatakan:
-perincian tentang instrumen yang digunakan
-langkah-langkah, prosedur dan etika dalam pengumpulan data
Bagi kajian kualitatif, nyatakan:
-teknik pengumpulan data, iaitu sama ada temubual, pemerhatian, analisis dokumen atau kesemuanya.
-perincikan jenis teknik pengumpulan data seperti temuramah separa berstruktur dan jenis-jenis dokumen yang dikaji.
-lokasi informan ditemuramah.
-perincikan protokol temuramah
-langkah-langkah, prosedur dan etika dalam pengumpulan data
- Kaedah Analisis Data
Bagi kajian kuantitatif:
-nyatakan sama ada menggunakan analisis parametrik atau bukan parametrik serta rasional penggunaan analisis tersebut.
-nyatakan sama ada menggunakan kaedah deskriptif (min, median, mod, peratus, kekerapan, sela), inferensi (korelasi, regrasi, analisis varian) atau kedua-duanya.
-nyatakan perkakasan yang digunakan untuk menganalis data seperti SPSS, AMOSS, HLM
Bagi kajian kualitatif:
-nyatakan pendekatan yang digunakan, iaitu sama ada analisis kandungan (analisis kandungan), analisis naratif (narative analysis), analisis perbincangan (discourse analysis), analisis kerangka (framework analysis), analisis tematik atau analisis Grounded Theory.
-nyatakan perkakasan yang digunakan untuk membantu proses analisis seperti NVIVO, ATLAS.ti, (lazimnya, penyelidik di Malaysia menggunakan NVIVO atau ATLAS.ti), Provalis Research Text Analysis, MAXQDA, Quirkos, Dedoose, Qiqqa atau HyperRESEARCH.
-jika analisis dibuat secara manual, perincikan bagaimana ia dilakukan.
-perincikan proses analisis data.
- Sila tambah…