“Tafsir ‘Al-Wasit’ nukilan almarhum Muhammad Sayyid Tontowi, sheikh ul-Azhar ke-49 adalah sebuah kitab penting yang dilupai.
Ia merupakan tafsiran al-Quran yang cukup indah dengan ungkapannya yang ringkas, namun merangkumi banyak makna, lagi mudah difahami.
Tafsir ini seolah-olah memuatkan kesimpulan penting daripada sejumlah besar karya-karya agung yang pernah ditulis para ulama sebelumnya.
Kita dapat rasai keindahannya dari sudut susun atur ayat yang kemas. Inilah yang membezakan ‘Al-Wasit’ berbanding kitab-kitab tafsir yang lain.
Saya dah lama dapat hadiah kitab berharga ini dari keluarga almarhum sendiri. Tapi saya berasa sangat kesal kerana terlewat, baru-baru ini saja saya sempat baca, meneliti dan mengambil faedah dari isi kandungannya.”
-Sheikh Dr. Ahmed Mamdouh-
Ketua Jabatan Penyelidikan
Dar Ifta al-Misriyyah