Site icon Wacana Zeckry

Persepsi Penjawat Awam Muslim Terhadap Integriti: Satu Kajian Di Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak (JLMWSK)

Kajian ini membincangkan aspek pengetahuan, kesedaran dan amalan terhadap integriti dalam kalangan kakitangan Muslim Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak (JLMWSK), Kuching, Sarawak. Signifikan kajian ini adalah kerana integriti sering dilihat dari aspek penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam sesebuah organisasi, manakala pengetahuan dan pendekatan jarang diketengahkan untuk membawa
masyarakat lebih menghayatinya.

Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan bukan Islam terhadap keluhuran nilai mulia yang dibawa dalam Islam sekian lama yang seharusnya bermula sejak kecil. Responden dalam kajian ini dipilih seramai 65 orang responden bagi menjawab instrumen kajian dalam bentuk borang soal
selidik. Responden yang dipilih oleh penyelidik adalah responden dalam kalangan kakitangan JLMWSK beragama Islam sahaja. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menganalisis data secara deskriptif untuk mendapatkan data, skor kekerapan, purata dan peratus serta ujian kebolehpercayaan setiap soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan hasil keputusan yang konsisten. Dapatan kajian ini, menunjukkan persepsi kakitangan JLMWSK adalah di tahap yang sangat memuaskan bahawa nilai integriti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengetahuan, kesedaran dan pengamalan.

Oleh itu, kajian ini dapat membantu pengurusan dan kakitangan JLMWSK mengenal pasti kepentingan nilai integriti yang menjadi asas bagi membantu keseluruhan kakitangan JLMWSK secara umum dan paling utama adalah khusus kepada kakitangan Muslim agar bergerak ke arah yang lebih sejahtera berpandukan ajaran Islam.

Ditulis oleh:

[zotpress items=”{5090062:MJNB3XAM}” style=”apa”]

Exit mobile version