Site icon Wacana Zeckry

Mana lebih baik, wasiat atau hibah?

Mana lebih baik, wasiat atau hibah? Persoalan yang sering ditanya dalam kalangan masyarakat kita yang masih lagi keliru antara wasiat dengan hibah. Walaupun sebelum ini, saya telah bincangkan di https://zeckry.net/2024/04/17/kenapa-perlu-buat-hibah-kan-faraid-lagi-bagus/

Soalan yang sering ditanya juga seperti ini.

Saya nak bertanya saya ada 3 orang anak kandung dan seorang anak angkat. Saya berhasrat ingin beri kebun tanah kepada anak kandung.

Anak angkat pulak saya nak beri wang tunai. Jadi yang mana lebih baik saya buat? Wasiat atau Hibah?”

Persoalan Hibah dan Wasiat

Jawapannya. HIBAH sebab lebih sempurna.

Kita perlu tahu bahawa jika wasiat dibuat kepada waris, wasiat itu perlu dapat persetujuaan dari waris-waris. Tapi adakah waris-waris bersetuju?

Jika waris-waris bersetuju tak ada masalah, tapi jika ada waris yang tak bersetuju dengan wasiat yang telah dibuat, wasiat itu akan terbatal dan tidak boleh dilaksanakan.

Jika waktu si ayah masih hidup semua waris setuju dengan wasiat yang si ayah buat tapi, bila si ayah dah meninggal waris-waris pulak tak bersetuju. Biasalah, hati manusia boleh berubah.

Jadi bila wasiat tidak dapat dilaksanakan maka harta-harta si ayah akan diagihkan mengikut faraid.

Anak Angkat Bukan Waris Faraid

Anak angkat bukanlah waris faraid dan tiada hak ke atas harta ayah angkatnya. Maka wang tunai yang si ayah ingin hadiahkah kepada anak angkat tersebut tidak dapat diberikan. Kesian pada anak angkat yang dijaga dari kecik, diberi kasih sayang sepenuhnya seperti anak kandung dan akhirnya tak dapat apa-apa dari ayah angkatnya oleh kerana perancangan harta yang tidak sempurna.

Oleh itu, si ayah perlu membuat hibah dengan menghibahkan (menghadiahkan) hartanya kepada waris-waris dan anak angkat tadi. Kerana Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tidak terhad kepada waris atau bukan waris sahaja. Jumlah harta yang ingin dihibahkan juga tidak terhad.

Hibah dibuat semasa hidup maka pemilik harta boleh rancang kepada siapa hartanya nak diberikan.

Kebaikan Hibah

Justeru, kebaikan membuat hibah ni ialah kita mampu mengurangkan risiko pertikaian sesama waris kerana dokumen hibah yang telah disahkan di Mahkamah mempunyai kekuatan dari segi undang-undang untuk dilaksanakan.

Exit mobile version