Kenapa perlu buat hibah? Kan Faraid lagi bagus kerana sudah ditentukan bahagian harta yang akan dapat. Itulah gambaran kefahaman sesetengah umat Islam di Malaysia. Sikap yang tidak mahu mengubah kefahaman dan pengetahuan atau upgrade sampai berdebat sana ini mengenai hibah atau faraid. Isu besar sekarang di negara kita adalah sejak sebelum Merdeka harta org. Islam dianggarkan kira-kira 90 billion tidak dpt diagihkan kepada waris-waris mereka yang telah lama meninggal atas masalah-masalah seperti kematian yang berlapis-lapis. Kalau nak faham KLIK SINI untuk bantuan pantas.

Bila Masyarakat kita tidak dpt faham tema isu dan masalah [baca sini utk faham], maka perdebatan tiada hujung akhirnya anak cucu dan cicit yang merana. Sedangkan Islam dah ajar kaedah atau cara yang lebih berkesan utk atas isu dan masalah dalam pembahagian harta si mati. Kalau berlarutan blh menjejaskan keharmonian dalam hubungan keluarga.

Saya berpendapat, masyarakat Islam di negara ini masih kurang didedahkan dengan ilmu perancangan harta pusaka malah, ada beranggapan ia kurang penting kerana boleh diselesaikan melalui faraid.

Islam menyediakan instrumen perancangan dan pembahagian harta seperti wakaf, sedekah, wasiat dan hibah. Namun, apabila wujud salah faham berkaitan konsep perancangan dan pembahagian harta tersebut contohnya seperti hibah akan membawa pelbagai implikasi.

Sebelum ini, saya telah menjelaskan konsep penting dalam hibah iaitu adalah pemberian semasa hidup.

Hibah adalah satu perbuatan memberi harta milik seseorang individu kepada orang lain semasa hayatnya tanpa balasan. Walaupun nampak ringkas namun, dari segi pelaksanaan masih ramai yang tidak faham dan hibah menjadi tidak sempurna.

Untuk menjadikan hibah tersebut sempurna ia perlu kepada syarat dan rukun hibah dan tidak dinafikan kebanyakan masyarakat kurang tahu serta salah faham berkenaan konsep hibah itu sendiri.

Sebagai contoh, seorang ayah menyatakan hasratnya kepada anak-anak bahawa harta-harta miliknya dihibahkan kepada semua anak-anak tetapi selepas ayah mati nanti. Ungkapan ini menyatakan perkataan ‘hibah’ tetapi menyandarkan pemberian tersebut dengan kematian pemberi hibah (ayah).

Oleh itu, hibah dengan menetapkan syarat bahawa kuatkuasa hibah hanya berlaku selepas kematian penghibah adalah tidak sah. Ia dianggap sebagai wasiat dan tertakluk kepada hukum-hakam wasiat.

Kuatkuasa hibah selepas kematian yang dimaksudkan di sini ialah qabd iaitu pindah milikan harta yang dihibahkan kepada penerima hibah yang dilakukan selepas kematian penghibah.

Namun, jika kuatkuasa yang dimaksudkan itu ialah semata-mata tukar milik harta dari sudut perundangan, misalnya pertukaran nama pemilik tanah di geran tanah, maka hal ini tidak semestinya dikatakan syarat kuatkuasa hibah selepas kematian itu menjadikan hibah tidak sah sekiranya qabd telah disempurnakan semasa hayat penghibah.

Dalam keadaan ini, hibah telah sah dari segi syarak dan hukum syarak telah mengiktiraf pemilikan harta tersebut kepada penerima hibah. Cuma pertukaran nama dalam geran sahaja yang belum dilakukan.

Walau bagaimanapun, bagi harta-harta lain seperti wang simpanan dalam akaun bank, saham dan seumpamanya, keperluan elemen qabd hanya dipenuhi apabila berlakunya pindah milik sama ada dengan pemindahan daripada akaun penghibah kepada penerima hibah, mahupun pengeluaran tunai secara fizikal dan kemudiannya diberikan kepada penerima.

Jika prosedur seperti ini tidak dilakukan, syarat qabd belum dipenuhi. Namun, ia tidaklah menjadikan hibah itu tidak sah dari segi penyempurnaan syarat-syarat akadnya, cuma hibah itu tergantung (mawquf) sehinggalah pindah milik itu berlaku.

Hibah bukan ‘modal’ Elak Faraid. Jaid kenapa perlu buat hibah ?

Jangan kita salah anggap hikmah hibah kerana ia menghimpunkan pelbagai kelebihan dan kebaikan kepada pemilik harta untuk bertasarruf [mengurus] ke atas hartanya pada masa hidup.

Jika kita menganggap hibah adalah ‘modal’ untuk elak daripada faraid, maka sedekah, waqaf dan wasiat malah pindah milik atau jual beli juga melarikan diri dari faraid kerana pelaksanaannya akan mengurangkan atau menghabiskan terus harta pusaka sehingga tiada baki boleh diagih kepada waris.

Jika begitu andaiannya, maka Pengasas Al-Rajhi Bank, Sulaiman Al Rajhi adalah orang yang paling rugi dalam dunia kerana dia langsung tiada harta kerana kesemuanya telah diwaqafkan sedangkan dia masih hidup.

Persepsi bahawa hibah adalah jalan keluar untuk mengelakkan faraid tidak boleh terus dibiarkan kerana ia sangat berbahaya kepada umat Islam.

Kononnya takut waris yang ‘tak sepatutnya’ akan mewarisi harta, kuat sungguh kecintaan sesetengah orang terhadap harta dunia sehinggakan selepas mati pun, masih bimbang dan risau tentang harta.

Matlamat sebenar kita menghibahkan harta adalah untuk menzahirkan rasa kasih sayang dan penghargaan kita kepada ahli keluarga yang tercinta dengan cara menghibahkan (menghadiahkan) harta kita kepada orang yang kita sayangi seperti isteri, ibu dan anak-anak.

Ia juga sebagai tanda syukur kita ke atas rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Hal ini kerana, supaya kita tidak menjadi orang yang tamak dengan harta dan terlalu memikirkan harta dunia.

Persoalannya, kenapa masyarakat seperti takut dan gerun bila disebut faraid. Bila sebut faraid sahaja dalam hati terus berkata, kalau boleh aku nak elakkan harta aku daripada difaraidkan.

Adakah faraid itu tidak adil dan hibah itu sebaliknya lebih adil?

Pembahagian harta secara faraid dinyatakan dengan panjang lebar dalam Al-Quran. Jika ia suatu perkara yang menyebabkan ketidakadilan kepada umat Islam, masakan ianya dinyatakan oleh Allah dengan begitu lengkap dan terperinci sekali.

Pun begitu, berapa ramai dalam kalangan kita yang mendalami tentang ilmu faraid? Berapa ramai daripada kita yang betul-betul faham tentang hikmah dan konsep pembahagian harta pusaka mengikut faraid?

Oleh itu, jika kita sendiri pun tidak faham tentang hikmah sebenar pelaksanaan hukum faraid itu sendiri, kenapa kita seolah-olah terus berpersepsi yang faraid itu adalah pembahagian yang tidak adil.

Mungkin kita sering dimomokkan dengan tindakan sebahagian masyarakat yang tamak haloba di luar sana yang sanggup putus saudara kerana membolot harta pusaka si mati.

Lantas kita sendiri menjadi gerun dan takut dengan faraid. Walhal, sikap membolot harta itu adalah dengan memakan harta sebahagian orang lain secara haram dengan kata lain, mengambil hak orang lain yang tidak sepatutnya.

Apabila sebahagian umat Islam berada dalam keadaan jahil dan tidak memahami tentang hikmah dan hukum sebenar faraid maka, mereka hanya melihat harta pusaka daripada sudut hak tanpa melihat kepada tanggungjawab yang perlu ada di sebalik hak tersebut.

Dalam Islam, sesuatu hak yang diberikan itu pasti disertakan dengan tanggungjawab kerana hak dan tanggungjawab itu akan disoal di akhirat kelak.

Rujukan:

Hakimi Ismail

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.