Site icon Wacana Zeckry

Penawar Segala Penyakit

Telah datang seorang lelaki yang sudah uzur menziarahi Maqam Rasulullah SAW, setelah lama lelaki yang uzur berada disitu maka para pengawal keselamatan meminta dan cuba mengusir lelaki itu dari terus berada disitu dalam masa yang lebih lama.

Maka telah belaku perbualan antara pengawal dan lelaki yang uzur tersebut.

Pengawal : Apa yang kamu ingin kan?

Lelaki Uzur : Aku datang untuk bertemu Doktor.

Pengawal : Kamu nak pergi ke Hospital atau tersalah jalan sehingga datang ke sini?

Lelaki Uzur : Tidak, memang benar aku datang kesini untuk bertemu Doktor yang memiliki Haq memberi Syafaat pada Hari Pengadilan.

Pengawal : Adakah disisiNya ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakitmu?

Lelaki Uzur : MengingatiNya adalah ubat, berselawat kepadanya adalah Syifa’ dan berhenti di MaqamNya adalah Anugerah pilihan yang teragung.

Semoga Allah memilih sesiapa sahaja yang membaca kisah ini dapat menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan sentiasa berselawat ke atasnya

Exit mobile version