Site icon Wacana Zeckry

Mengaji Dalam Keadaan Koma

 Jordan – Pemuda yang hanya dikenali sebagai As-Syeikh Nidhal itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan telah dimasukkan ke hospital kerajaan Al-Bashir di Jordan dalam keadaan koma dan terpaksa menjalani pembedahan atas kecederaan yang dialaminya.

Subhanallah! Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memberikan keajaiban terhadap seorang pemuda yang begitu asyik mengalunkan ayat Al-Quran surah Al-Hasyru (surah ke-59) dalam keadaan tidak sedarkan setelah baru dibawa keluar dari bilik pembedahan.

Menakjubkan, beliau yang baru berusia 35 tahun dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di sana begitu asyik membaca beberapa potong kalamullah dalam keadaan koma meskipun cuba disedarkan oleh rakan yang menyambutnya keluar dari pintu bilik bedah di hospital berkenaan.

Exit mobile version