Site icon Wacana Zeckry

Kenapa pilih belajar di OUM

Carian di google untuk mendapat jawapan bg persoalan kenapa pilih belajar di OUM atau lebih dikenali sebagai Open University Malaysia yg ada di seluruh negara bagi yang bekerjaya. Kerja sambil menambah ilmu...belajar sepanjang hayat..Ikuti jawapan bersama Safiek Mokhlis (2020) berkongsi pengalaman belajar di Open University Malaysia.

Pengalaman yang saya lalui sepanjang bergelar pelajar OUM. Alhamdulillah saya telahpun bergraduat pada tahun 2017 dengan ijazah Sarjana Pendidkan (MEd). Di sini saya akan fokuskan kepada empat perkara berikut seringkas yang mungkin: jangka masa pengajian, tutorial, tugasan dan peperiksaan akhir. Banyak faktor lain, tetapi empat perkara ini merupakan faktor utama yang akan menentukan pencapaian keseluruhan.

Firstly, jangka masa pengajian, yuran dan beban kredit. Satu kelebihan OUM ialah penawaran yang fleksibel khusus untuk pelajar bekerjaya. Oleh kerana saya mengambil MEd berteraskan semangat pembelajaran sepanjang hayat, maka saya tidak menetapkan tempoh masa untuk menamatkan pengajian. Berdasarkan skema pengajian MEd, pelajar perlu mengambil 3 kursus setiap semester.

Sebaliknya saya hanya mendaftar 2 kursus sahaja setiap semester, kecuali di semester akhir saya mendaftar 3 kursus. Beban kredit yang lebih rendah bukan sahaja meringankan beban yuran tetapi juga lebih tumpuan boleh diberikan untuk menyiapkan tugasan dengan baik dan mengulang kaji untuk peperiksaan akhir. Walau bagaimanapun, tempoh pengajian akan menjadi lebih panjang (7 semester, berbanding tempoh asal 5 semester) dan perlu mengekalkan motivasi sepanjang pengajian.

Secondly, tutorial. Jangan ponteng tutorial! Yuran yang dikenakan bukannya murah jadi gunakanlah sebaiknya untuk memaksimumkan pengalaman pembelajaran di OUM. Sangat penting untuk membaca terlebih dahulu modul atau buku sebelum menghadiri tutorial. Jika ada yang tidak jelas, catatkan dan boleh bertanya ketika tutorial.

Third, penyediaan tugasan. Markah tugasan setiap kursus yang mempunyai peperiksaan akhir adalah sebanyak 60%. Untuk mendapat gred yang cemerlang, perlu dapatkan markah tugasan sekurang-kurangnya 50%. Lebih selesa jika markah tugasan dapat melepasi 55%. Contohnya, jika mendapat markah tugasan 55%, bermakna hanya memerlukan markah sekurang-kurangnya 25/40 atau 62.5% (B) dalam peperiksaan akhir.

Untuk mendapat gred yang cemerlang, berikan tumpuan sepenuhnya untuk menyediakan hasil tugasan yang berkualiti. Mulakan lebih awal dan jangan tunggu saat akhir supaya ada masa yang mencukupi untuk membuat penambahbaikan secara berterusan (dengan kata lain, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah ditulis).

Safiek Mokhlis (2020).

Fahami kehendak soalan tugasan dengan betul dan ikuti rubrik yang telah disediakan. Jangan hanya bergantung kepada modul semata-mata sebaliknya pelbagaikan bahan-bahan rujukan terutamanya artikel jurnal yang melaporkan dapatan kajian-kajian terkini. Gunakan sepenuhnya kemudahan pangkalan data perpustakaan OUM untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan. Kuasai kemahiran penulisan laporan mengikut format APA.

Fourth, persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir. Peringkat pertama, saya akan membaca keseluruhan modul untuk mendapatkan “feel” dan gambaran menyeluruh. Kedua, saya akan baca sekali lagi dan mencatatkan nota. Ketiga, saya membaca nota yang telah ditulis dan jika tidak jelas saya merujuk kembali kepada modul. Keempat, saya fokuskan pembacaan bahagian-bahagian yang dirasakan penting dan saya jangka keluar dalam peperiksaan. Ini gaya saya yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang. Setiap orang mempunyai gaya belajar yang tersendiri jadi gunakan gaya pembelajaran yang dirasakan bersesuaian dan memberi impak maksimum.

OK finally jadi apa yang saya peroleh sepanjang pengajian MEd di OUM dengan mempraktikkan empat perkara di atas? Saya dapat:

1.Dermasiswa Yayasan Canselor OUM di tahun kedua pengajian dengan syarat perlu kekalkan CGPA 3.8 sepanjang tempoh biasiswa. Jadi saya tidak perlu membayar yuran untuk 3 semester (hanya bayar yuran pemprosesan setiap semester). Dermasiswa ini atas budi bicara OUM dan tidak perlu memohon.

2.Saya berjaya bergraduat dengan CGPA 4.00.

3.Pass with Distinction (Lulus Cemerlang) dicatatkan dalam skrol ijazah dan transkrip. Nilai tambah untuk Resume.

4.University Book Prize berupa cek bernilai RM750. Rezeki untuk anak-anak.

5.Kepuasan. Bukan mudah untuk belajar dan pada masa yang sama memenuhi komitmen keluarga dan tuntutan kerjaya. Semoga menjadi contoh terbaik untuk anak-anak.

Sumber :

5090062 {5090062:BKAP9WK8} items 1 apa 0 default asc 1510 http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/
%7B%22status%22%3A%22success%22%2C%22updateneeded%22%3Afalse%2C%22instance%22%3A%22zotpress-9cdc0a3a48cfb3a463f40d580c6ed02b%22%2C%22meta%22%3A%7B%22request_last%22%3A0%2C%22request_next%22%3A0%2C%22used_cache%22%3Atrue%7D%2C%22data%22%3A%5B%7B%22key%22%3A%22BKAP9WK8%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Safiek%22%2C%22parsedDate%22%3A%222020%22%2C%22numChildren%22%3A0%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3ESafiek%2C%20M.%20%282020%2C%20Mac%29.%20%3Ci%3EOpen%20University%20Malaysia%20Students%20Forum%3C%5C%2Fi%3E.%20%3Ca%20href%3D%27https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fsafiek.mokhlis%3Ffref%3Dgs%26__tn__%3D%252CdC-R-R%26eid%3DARBUdcoC7uhQgjH9gckZSsO8dsA2ngMVAvHMN3_D3H-XdlLXOYoIsmybJDkNkbehN9U1EdAVCVH8VoXE%26hc_ref%3DARQMyenZeBq15ekZnqO0Toql-nvpsTO977eiWQYL5QAxf9guKHRiJkpCmca5SAqxmZ8%26dti%3D201847276542270%26hc_location%3Dgroup%27%3Ehttps%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fsafiek.mokhlis%3Ffref%3Dgs%26__tn__%3D%252CdC-R-R%26eid%3DARBUdcoC7uhQgjH9gckZSsO8dsA2ngMVAvHMN3_D3H-XdlLXOYoIsmybJDkNkbehN9U1EdAVCVH8VoXE%26hc_ref%3DARQMyenZeBq15ekZnqO0Toql-nvpsTO977eiWQYL5QAxf9guKHRiJkpCmca5SAqxmZ8%26dti%3D201847276542270%26hc_location%3Dgroup%3C%5C%2Fa%3E%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22webpage%22%2C%22title%22%3A%22Open%20University%20Malaysia%20Students%20Forum%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22firstName%22%3A%22Mokhlis%22%2C%22lastName%22%3A%22Safiek%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22Berkongsi%20Pengalaman%20Belajar%20di%20OUM%22%2C%22date%22%3A%2227%20Mac%202020%22%2C%22url%22%3A%22https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.facebook.com%5C%2Fsafiek.mokhlis%3Ffref%3Dgs%26__tn__%3D%252CdC-R-R%26eid%3DARBUdcoC7uhQgjH9gckZSsO8dsA2ngMVAvHMN3_D3H-XdlLXOYoIsmybJDkNkbehN9U1EdAVCVH8VoXE%26hc_ref%3DARQMyenZeBq15ekZnqO0Toql-nvpsTO977eiWQYL5QAxf9guKHRiJkpCmca5SAqxmZ8%26dti%3D201847276542270%26hc_location%3Dgroup%22%2C%22language%22%3A%22%22%2C%22collections%22%3A%5B%22H3Z49FSY%22%5D%2C%22dateModified%22%3A%222020-03-27T12%3A39%3A16Z%22%7D%7D%5D%7D

Exit mobile version