Perbincangan sebelum ini di http://zeckry.net/2020/10/01/konsep-akad-dalam-islam/
Menurut istilah syarak, akad bergantung kepada ucapan salah seoarang yang berakad kepada yang lainnya secara syarak dalam bentuk yang nyata kesannya di tempatnya.
Muhammad Qadri menjelaskan dalam kitabnya Mursyid al-Hairan mendefinisikan akad sebagai ungkapan dari hubungan ijab yang keluar dari seseorang yang berakad dengan qabul dari seorang yang lainnya yang kesannya tetap pada yang diakadkan atasnya.
Menurut al-Zuhayli (1999) pendapat ulama Syafie, Maliki dan Hambali, akad ialah segala sesuatu yang dikerjakan seseorang berdasarkan keinginan sendiri seperti wakaf, talak, pembebasan dan juga sesuatu yang pembentukannya memerlukan keinginan dua orang seperti jual beli, sewa menyewa, perwakilan dan gadaian(Muhammad Nasri Md. Hussain et al., 2013).
Oleh itu, konsep akad dalam fiqh Islam yang tidak hanya melihat kepada kesepakatan dua belah pihak, tetapi ia memperhatikan kepada apa yang nyata daripada kesan kesepakatan dua pihak (ijab dan qabul) terhadap apa yang diakadkan itu serta implikasinya. Maka fiqh Islam merujuk kepada kehendak zahir dan tidak mengambil kehendak batin. Selain itu, jika kedua-dua kehendak itu bersesuaian, maka kedua-duanya bolehlah mengungkapkan akad, selepas selesai semua perkara yang lain dan akad itu tidak dikira jika ia hanya dilakukan oleh seorang sahaja.
Oleh yang demikian, apabila kita membincangkan teori akad dalam fiqh muamalat tidak terlepas membincangkan pertalian antara akad, tasarruf dan iltizam. Secara mudah difahami bahawa, tasarruf ini lebih umum daripada iltizam dan akad sebab tasarruf meliputi perkataan dan perbuatan. Iltizam adalah perkara yang hanya dikaitkan dengan perkataan sahaja bukannya perbuatan. Akad pula adalah sebahagian daripada tasarruf perkataan yang khusus iaitu yang melibatkan dua pihak, tetapi tidak semua tasarruf perkataan itu adalah akad. Ini kerana sebahagian daripada tasarruf perkataan adalah sesuatu yang bukannya berbentuk akad seperti mendakwa atau membuat pengakuan.
Ikuti perbincangan selanjutnya perbezaan rukun akad di sisi Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali di pautan ini : http://zeckry.net/2020/10/03/perbezaan-rukun-akad-menurut-mazhab-shafie-dan-hanafi/