Islam memberi perhatian tentang akad atau kontrak kerana ia sebagai simbol yang menandakan terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Kerelaan itulah akhirnya menjadi faktor pengikat antara kedua pihak yang terlibat.

Menurut Shamsiah Mohamad (2010) akad  sebagai pendekatan yang menghadkan akad kepada ikatan yang terhasil daripada ungkapan dua individu dan pendekatan yang lebih terbuka yang menyatakan bahawa akad juga boleh terhasil daripada ungkapan daripada sebelah pihak sahaja.

Manakala, sebahagian ahli perundangan sivil pula merumuskan maksud akad sebagai kontrak atau perjanjian di atas kesepakatan dua belah pihak yang saling berkehendak untuk menimbulkan kesan undang-undang, sama ada kesan ini menimbulkan iltizam atau sebaliknya.

Secara mudahnya untuk memahami akad ini adalah satu ikatan perjanjian di antara kedua belah pihak dengan sesuatu perkara yang dipersetujui atau meredhai tanpa ada paksaan atau tekanan dari mana-mana pihak. Maka, akad ini dikatakan juga sebagai jaminan daripada berlaku pertikaian pihak-pihak. Jika berlaku pelanggaran maka ia boleh dibincang atau dikemukakan kepada pihak ketiga atau pengadilan yang berautoriti.

Oleh yang demikian penzahiran kesepakatan atau ittifaq berpunca daripada dua kehendak atau lebih atas timbul rasa iltizam, memindahkannya, meluruskannya atau menyelesaikannya yang diambil daripada kesepakatan dua kehendak atau lebih di tempat yang mengandungi faedah undang-undanga dan implikasi yang teratur

Justeru, perbincangan kali ini bertujuan membincangkan konsep akad dalam Islam, menjelaskan perbezaan rukun akad menurut padangan mazhab Syafie dan Hanafi. Di samping itu, turut membincangkan mengenai jual beli Sarf menurut pandangan ulama silam dan semasa.

Definisi Akad Menurut Syariat Islam

Pada Bahasa Dari segi bahasa akad (`aqd) bererti ikatan atau simpulan. Contonya mengakadkan tali, bermakna seseorang itu menyimpulkan tali. Aqad juga dikatakan sebagai janji atau sumpah yang diucapkan dengan suatu ucapan seperti akad nikah (ʻAla al-Dīn Kharufah, 2008).

Menurut Muhammad Nasri Md. Hussain et al. (2013) di dalam al-Quran perkataan (`aqad) ini disebutkan sebanyak tujuh kali dalam tujuk ayat al-Quran yang berlainan. Ia membawa maksud yang pelbagai agar menepati kehendak ayat tersebut. Menurut Perkataan-perkataan tersebut diterangkan secara ringkat maksudnya seperti berikut :

i-`aqadat daripada surah al-Nisa ayat 33 yang membawa erti sumpah

ii-`aqqad terdapat dalam surah al-Maidah ayat 89 juga bererti sumpah

iii-`aqad juga terbit daripada surah al-Maidah ayat 1 tetapi dalam ayat ini bermaksud janji

iv-`uqdah pula terdapat dalam surah Taha ayat 20 dan surah al-baqarah dalam ayat 235 dan 237 yang bererti simpulan perkataan dan lafaz nikah

v-`uqad adalah yang terakhir disebut dalam al-Quran daripada surah al-Falaq ayat 4 yang bermakna simpulan sihir atau buhul.

Ini menjelaskan kepada kita, maksud perkataan-perkataan yang disebutkan dalam al-Quran tersebut, nyatalah bahawa perkataan `aqad ini secara umumnya membawa maksud ikatan sama ada ikatan secara hakiki atau secara maknawi.

Ikuti perbincangan selanjutnya di http://zeckry.net/2020/10/02/definisi-akad-dalam-istilah-syarak/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

One thought on “Konsep Akad Dalam Islam”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.