Kini, ramai netizen sudah pandai bincang pasal penyakit ain sejak Neelofa pun ada sebut kan. Org dulu sebut ‘terkena `ain apabila seseorg ditimpa sakit atau musibah, lalu segera mencari penawar penyakit ain. Meskipun, muslim yakin dgn rukun iman iaitu beriman dengan qada` dan qadar Allah SWT atas sesuatu ujian.

penawar penyakit ain
Penawar penyakit ain

Bagaimanapun, terdapat hadith mengenai penyakit ain yg diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda : Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘Ain lah (yang dapat menjangkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah. Riwayat Muslim (5831).

Akan tetapi, Rasulullah s.a.w menyebut dengan memandikan dengan air untuk hilangkan penyakit ain tu, sebab benda tu dari unsur jahat yg dipandang, mesti disucikan segera dgn air yg diruqyahkan atau diterapikan dgn kaedah ruqyah syari`yyah yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jadi, penyakit ain ni sangat bahaya yg didatangkan dari pandangan jahat berbentuk hasad (kedengkian) yg perlu kpd penawar penyakit ain. Ia meleparkan dalam bentuk maknawi, sebab itu penyakit ain dikenali sbg penyakit maknawi  yakni penyakit yang menimpa ke atas hati yg tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Maka. mari kita fahami dulu dua jenis penyakit ini iaitu Hasad dan `Ain.

Pertama: Penyakit Hasad

Hasad (dengki) ada hubungan yg berpunca terjadi penyakit `Ain. Perkataan hasad berasal daripada perkataan arab, yakni menguliti atau mengupas sesuatu.

Maksudnya, org yg hasad (dengki) seperti mengupas iman yg ada di dalam hatinya sehingga hati terasa kering. Hasad ni sejenis penyakit hati. Umpamanya, seseorang yg membotakkan rambutnya sehingga licin tanpa ada seurat rambut lagi di kepalanya.

Oleh itu, hasad mencetuskan perasaan tidak suka atau benci terhadap nikmat yang ada pada orang lain. Selagi nikmat tu dimiliki oleh seseorang itu, selama itu dengkinya tak abis2 sehingga hatinya terasa geram atau panas.

Akan tetapii kita perlu fahami perkataan Hasad ni dari sudut istilah iaitu penyakit hati yg melingkari jiwa orang yang hasad dengan sebab nikmat yg ada pada orang lain hingga mengharapkan nikmat tersebut musnah atau hilang dari org yg dia dengki.

Seperti yang dinyatakan sebemlum ini, hasad adalah org yg mengharap nikmat orang lain itu hilang atau rosak dgn sbb adanya penyakit di dalam hatinya. Adapun org yg didengki adalah org yg ditimpa ujian pada jiwanya atau pada apa yg ia miliki dari nikmat dgn jalan og yg dengki.

Namun demikian, hasad adalah penyebab terjadinya dua penyakit iaitu penyakit hati (maknawi) yg menimpa org yg dengki itu sendiri dan penyakit hissi yg menimpa org yg didengki.

Kedua: Penyakit Ain

Dalam hal ini, mari kita fahami dulu, `Ain : perkataan berasal daripada bahasa arab bermakna mata. Maksud pada bahasa, yakni seseorang ditimpa sakit atau musibah dgn sbb ada pandangan mata seseorang. Manakala, makna pada isitilah iaitu perasaan menyesal atau sedih untuk sementara waktu kerana kehilangan nikmat kita miliki kepada orang lain (Salahudin Sunan al-Sasaki, 2019).

Secara keseluruhan, makna yang dibincangkan itu, kita dapat gambaran bahawa `Ain : melahirkan perasaan yang blh timbul sama ada ia datang dari orang yang baik dan tidak baik sehingga nikmat yang ada pada seseorang (yg dikagumi) itu musnah dan hilang, maka ia merasa menyesal atau sedih untuk seketika waktu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, setelah memahami kedua-dua terma yakni penyakit Hasad dan `Ain. Bahlkan, Islam melarang umatnya berperangai hasad. Sabda Nabi s.a.w: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, umpama api menghanguskan kayu. Sunan Abi Dawud (4903).

Oleh itu, `Ain yang kedua-dua penyakit ini penghalang kpd keharmonian sehingga mencetus pelbagai penyakit seperti dendam, fitnah, malas, tiada semangat dan hal-hal negatif. Akhirnya persekitaran secara maknawi, tidak sihat sbb kemunculan byk KEBATILAN. Punca kedua-dua penyakit ini datang dari hati kotor.

Saranan

Biarpun kedua-dua penyakit tersebut telah dibincangkan pada tulisan lepas. Walaupun tidak ramai yang baca). Untuk alasan ini, al-HAQ (kebenaran) harus disampaikan . Dengan pemikiran ini, pencarian bersifat kebenaran yakni positif. lazimnya adalah minoriti. Sebaliknya pencarian kebatilan atau negatif adalah golongan majoriti. Namun, kedua-dua penyakit tersebut boleh diubati dgn syarat kesungguhan empunya diri utk berubah.

Justeru, saranannya : Dampingilah al-Quran, santunilah orang-orang soleh, berada dalam majlis ilmu, hadir solat berjemaah ke surau atau masjid berdekatan.

Penawar Penyakit Ain

Penawar penyakit ain, asal rawatannya kita kena abik bekas air wuduk pelempar ain tu..tapi saya percaya sukar untuk kita lakukan. Jangan risau, sekiranya perlukan jalan ikhtiar boleh jumpa secara bersemuka [KLIK SINI] dan dapatkan KLIK SINI penawar penyakit ain dengan segera untuk menyuci penyakit yg dibawa diracuni oleh Iblis Laknatullah Alaih.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.