Apa itu pemboleh ubah? Pemboleh ubah bermaksud ciri atau sifat yang boleh berbeza daripada satu individu kepada individu lain. Secara asasnya, pemboleh ubah berbicara tentang sifat atau ciri-ciri sesuatu subjek. Pemboleh ubah sangat penting dalam kajian diibaratkan seperti tiang seri kajian, tonggak utama yang menegakkan sesuatu kajian.Sebenarnya, persoalan ini sering bermain difikiran oleh pengkaji atau penyelidik baru “bagaimana nak faham pemboleh ubah”. Apa itu pemboleh ubah?

Senario macam ni…kalau aku tanya, Si Ahmad.. ko nak beli kereta tak? Boleh tak ko senaraikan pemboleh ubah yang nak diambil kira, supaya ada beza antara jenis-jenis kereta dapat diambil kira sebelum buat keputusan nak beli?

Sebenarnya pemboleh ubah yang akan membantu si Ahmad (pembeli) memilih kereta yang sesuai termasuklah seperti jenama, warna, harga atau saiz.

Bagaimana cara nak faham pemboleh ubah?

Kita kembali dulu apa makna pemboleh ubah dalam sesebuah kajian. Pemboleh ubah bermaksud ciri atau sifat yang boleh berbeza daripada satu individu kepada individu lain. Maknanya sifat atau ciri yang boleh berubah-berubah. Kalau seseorang itu ciri-ciri atau sifat seperti warna mata, jantina, berat, umur, tinggi dan sebagainya.

Secara ringkasnya, terdapat jenis pemboleh ubah secara umum iaitu:

1. Pemboleh ubah yang terdiri daripada kuantiti fizik

Contoh: Suhu, masa, berat, panjang, umur, ketumpatan, hala tuju, tekanan, daya dan sebagainya,

2. Pemboleh ubah juga boleh terdiri daripada kuantiti bukan fizik

Contoh: Pekerjaan, warna, jantina, bangsa, negeri dan sebagainya.

3. Pemboleh ubah boleh juga terdiri daripada nilai subjektif

Contoh: Sikap, kepuasan, komitment, motivasi, emosi, kepimpinan dan sebagainya.

Apa itu Pemboleh Ubah..

Pemboleh ubah dapat difahami seperti kajian berat buku, ada buku beratnya 300 gram, ada juga buku beratnya 400 gram dan sebagainya. Nama= Buku

Sifat= Berat yang berbeza

Oleh sebab ada perbezaan antara individu untuk sifat tertentu yang dikaji, sifat atau ciri itu dipanggil pemboleh ubah. Individu atau subjek dalam konteks statistik merujuk kepada manusia, binantang, mentol lampu atau sebarang item yang dikaji.

Secara mudahnya, pemboleh ubah merujuk kepada entiti yang memiliki karekter atau sifat yagn boleh berubah, tidak tetap dan bervariasi.

Kenapa pemboleh ubah ini penting?

Ya. Pemboleh ubah penting untuk difahami untuk memudahkan pengkaji membina tajuk kajian. Di sana kita akan jumpa lagi pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar.

Kata guru saya iaitu Dr Mohd Yusri, sangat penting bagi pengkaji mengenali dan memahami dengan mendalam pemboleh ubah (variable) kajian mereka. Dia kata, ramai siswazah kerap jumpa dia untuk minta bantuan analisis data. Tapi bila mula memproses data yang dibawa, mereka tak pasti pemboleh-pemboleh ubah kajian.

Menurutnya lagi, paling teruk ada kes pemboleh ubah yang hendak dikaji tiada data, maksudnya soal selidik yang ditadbir tidak mengukur pemboleh ubah yang dikehendaki.

Justeru, pemboleh ubah yang dipilih untuk kajian itu semestinya boleh didefinisi dengan jelas serta boleh dikonsepsi secara menyeluruh, mendalam dan terperinci.

Seharusnya boleh hurai dengan baik sifat dan ciri-ciri pemboleh ubah yang dikaji. Tahu bagaimana pemboleh ubah itu akan diukur, instrumen apa yang akan digunakan dalam pengukuran, serta bagaimana persoalan berkaitan pemboleh ubah itu akan dianalisis nanti.

Bersambung untuk akan datang..apakah jenis-jenis pemboleh ubah, akan dibincangkan jenis pemboleh ubah seperti dikotomi, diskit, selanjar, bebas, apa itu pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.