cara mudah menulis tajuk kajian
cara mudah menulis tajuk kajian

Dunia penyelidikan sebenarnya sangat mencabar minda, jiwa dan emosi si penyelidik. Tak kira dari tahap mana penyelidik tersebut sama ada degree, sarjana mahupun doktor falsafah sudah pasti mempunyai cabaran yang bukan sedikit. Dalam usaha menyiapkan penulisan latihan ilmiah, disertasi mahupun tesis, setiap penyelidik diuji dengan kaedah dan keperluan penyelidikan yang kadang-kadang menyesakkan nafas dan emosi. Yang mana ada kalanya tersepit di antara amanah dan keperluan kerjaya, hal-hal rumahtangga mahupun masalah personal yang gagal diseimbangi.

Akhirnya buntu untuk tulis tajuk kajian. Ada yang berlaku dengan tajuk yang berubah-ubah. Ada juga yang keliru dengan bidang apa yang ingin dikaji. Kenapa semua ini berlaku?

Susah kan untuk kenal pasti fokus penyelidikan ini. Kenapa sampai beberapa semester, antara masalah yang sering dihadapi pelajar ialah masih belum ada tajuk? So, apakah cara mudah menulis tajuk kajian ni ? Sebelum ni saya ada mencatat contoh kajian ilmiah.

Menurut Dr Rosmawati tips penting kepada penyelidik antaranya :

1-Fahami dan kenal pasti fokus penyelidikan kita. Bidang kajian apa yang ingin kita kaji. Sudah tentu pemilihan fokus penyelidikan banyak bergantung kepada minat kita. Bidang apa yang paling kita minat yang perlu disesuaikan dengan kepakaran penyelia kita apatah lagi keperluan insititusi kita lebih-lebih lagi jika kita adalah pelajar tajaan ataupun pemegang biasiswa kerajaan.

2-Bermulanya penyelidikan kita apabila kita kenal pasti fokus penyelidikan yang mengarahkan kita kepada sorotan literatur untuk menjadi lompang ilmu (gap of knowledge’ dalam permasalahan kajian kita. Namun, ada pelajar yang sangat keliru kerana mereka bermula dengan tajuk kajian.

Justeru, jika mereka tidak dapat tajuk yang sesuai dan menarik menyebabkan mereka ‘stuck’ di situ. Sedangkan takde masalah dengan tajuk selagi kita faham fokus dan bidang kajian. Tajuk boleh berubah-ubah.

3- Perlu difahami bersama kaedah penyelidikan kerana tajuk bidang penyelidikan kualitatif sudah tentu berbeza dengan tajuk yang cenderung kepada penyelidikan kuantitatif. Penyelidik ataupun penyelia yang mahir, tengok tajuk pun sudah tahu pelajar tersebut melakukan kajian kualitatif ataupun kuantitatif.

Cara Mudah Menulis Tajuk Kajian

1-Tajuk kajian mestilah jelas, ringkas dan padat. Sebaiknya tajuk kajian tidak lebihh 12 patah perkataan. Sekiranya tidak dapat dielakan 14 patah perkatan masih boleh diterima. Kalau boleh elakkan tulis tajuk yang panjang dan meleret-leret. Masukkan elemen-eleman yang penting saja.

2-Tajuk kajian yang baik adalah tajuk yang boleh beroperasi (working title) iaitu mengandungi semua elemen penting seperti bidang kajian, reka bentuk kajian, tujuan kajian, populasi atau subjek kajian, pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dan lokasi kajian. Tajuk kajian yang memberi info lengkap seperti ini memudahkan penyelidik lain dan pihak berkepentingan membuat rujukan dan mengambil panduan.

Dalam contoh tajuk kajian itu, pembaca boleh kenal pasti bahawa bidang kajian adalah kepimpinan pendidikan, reka bentuk adalah kajian kolerasi, manakala tujuan kajian adalah untuk memperihal hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah kajian.

Pemboleh ubah kajian pula adalah kepimpinan pengajaran kompetasi pengajaran dan pencapaian akademik.

Daripada tajuk itu, pembaca boleh mengetahu bahawa subjek atau populasi kajian adalah guru, lokasi kajian adalah sekolah, manakala tempat kajian adalah di negeri Kelantan. Dalam 12 patah perkataan, tajuk tersedia memaparkan semua elemen-elemen penting kajian, begitulah contoh penulisan tajuk yang baik.

Tapi, ingatlah membuat kajian bukan untuk mencari tajuk. Membuat kajian adalah untuk menyelesaikan masalah dan gap (lompang) yang ada dalam kajian terdahulu. Jadi fokuskan pencarian anda kepada masalah yang anda ada pengetahuan mengenainya dan kemudian akan muncullah tajuk kajian anda, seperti munculnya pelangi selepas hujan, atau jika mendongak ke langit tiada pelangi yang muncul, cubalah mencari di bumi, cendawan yang mungkin tumbuh selepas hujan.

Oleh itu perlu diingat, usah terlalu digusarkan tajuk kajian, utamakan area, isu dan fokus kajian terlebih dahulu. Ibarat siapkan rumah dulu, baru buat peti surat dan tulis alamat rumah pada peti surat itu. Jangan terlalu gopoh membeli peti surat dan cetak alamat atasnya, sedangkan rumah belum siap, tanah pun belum beli lagi.

Baiklah itulah antara cara mudah menulis tajuk kajian, pada siri akan datang saya akan beri lagi contoh bagi hadam.

Rujukan :

Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Bandar Ilmu.
Shuib Ahmad, Perumal Thinagaran, & Lee Nagarajah. (2014). Kaedah Penyelidikan. Open University Malaysia.
Othman Talib. (2015). Tulis Tesis Cepat: Teknik Efektif dan Efisyen. MPWS Rich Publication Sdn. Bhd.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

2 thoughts on “Cara Mudah Menulis Tajuk Kajian”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.