1.0 PENDAHULUAN

Teknik penulisan ilmiah merupakan suatu ilmu yang mesti dipelajari dan difahami. Metodologi penulisan ilmiah ini merupakan suatu bidang yang amat penting kepada mahasiswa dan individu yang terlibat di dalam pembelajaran ilmu masa kini. Ilmu yang dipelajari dan difahami tentunya untuk disampaikan kepada pihak kedua sama ada pembaca mahu pun pendengar.

Penilaian sesuatu hasil penulisan dan kajian itu adalah melihat kepada sejauh mana teknik kajian dan persembahan penulisan itu di dalam keadaan yang benar masak dan bernas untuk dimanfaatkan oleh pihak kedua. Bahan dan kajian yang diolah dan dianalisa secara tidak menyeluruh menyebabkan penulisan itu dianggap longgar dan tidak mempunyai penilaian ilmiah yang berautoriti.[1]

DEFINISI PENULISAN ILMIAH

Penulisan yang dihasilkan oleh penyelidik berdasarkan kajian yang mendalam  bagi mencari sesuatu penyelesaian atau penemuan terkini bagi permasalahan yang tertentu dengan mengunakan teknik dan metodologi kajian yang betul dan tepat serta mendalam dengan menghimpunkan semua data (bukti-bukti dan keterangan serta dalil-dalil ) yang menyakinkan dan mampu merungkaikan permasalahan tersebut [2]

Secara ringkasnya penulisan ilmiah adalah sebuah tulisan yang ditulis berdasarkan kepada kajian -kajian dan penyelidikan – penyelidikan , disusun dan diolah dengan kemas dan rapi disertai dengan hujah-hujah, alasan – alasan, fakta – fakta yang tertentu mengikut kaedah – kaedah penulisan yang lazim dipakai dalam penulisan moden

 

3.0       OBJEKTIF PENULISAN ILMIAH

Sistem pengajian moden pada han im lazimnya niewajibkan pelajarnya menulis assignment paper . risalah atau tulisan – tulisan ilmiah yang berkaitan dengan ilmu – ilmu yang mereka pelajari. Pada peringkat pengajian tinggi, untuk mencapai sesuatu ijazah, seseorang itu dikehendaki menulis atau menyusun risalah bahth,  disertasi atau tesis dengan syarat – syarat dan cara – cara yang tertentu bertujuan :

  1. Melatih para pelajar membuat penyelidikan dan kajian
  2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar dalam bidang pengajiannya
  • Melatih para pelajar menguasai bidang penulisan
  1. Melatih pelajar menyusun fikiran dan hujjah – hujjah dengan baik dan teratur dalam bentuk tulisan.
  2. Menguji kebolehan para pelajar dalam memahami bidang-bidang ilmu yang dipelajarinya.
  1. Melatih para pelajar mempertahankan fikiran- fikiran yang dikemukakan.
  • Mengemukakan idea – idea baru yang berkaitan dengan masyarakat.
  • Mengukuhkan kefahaman para pelajar dan menyakinkan diri mereka sebagai pelajar yang berkebolehan.

 

Bahan yang dihasilkan daripada kajian ilmiah ini akan mencapai tahap berikut :

  1. Bahan yang dipersembahkan secara ilmiah itu akan menjadi bahan yang berautoriti.
  2. Penulisan berautoriti akan dirujuk dan tidak boleh dicabar kesahihan faktanya.
  3. Penulisan ilmiah merupakan hasil kajian yang menyeluruh dan analisis yang mendalam kerana ia berdasarkan kepada metodologi penyelidikan yang betul dan diakui.[3]

 

4.0       PENYELIDIKAN

Penulisan ilmiah memerlukan kepada penyelidikan, kajiselidik yang luas dan usaha yang bersungguh – sungguh. Seseorang penulis terpaksa membuat penyelidikan melalui kitab- kitab, kajian- kajian luar ataupun kedua-duanya sekali mengikut kesesuaian tajuk kajian atau bidang yang dipilih.

Jika tajuk yang dipilih itu hanya memerlukan kajian melalui kitab-kitab, buku-buku, dan seumpamanya, memadailah seseorang itu membaca kitab dan bahan – bahan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih itu, tetapi jika tajuk itu memerlukan kajian luar ( bahth maidani, dirasah maidaniyyah – field research, field study, fieldwork ), terpaksalah ia membuat kajian luar, mencari dan mengumpul bahan-bahan dan fakta-fakta yang releven dengan kajian.

[1] Lihat : Prof Madya Mohd Kamil Abdul Majid, Panduan Penulisan Ilmiah, di Bengkel Penyelidikan Pasca Ijazah, pada 23 Julai 1999 di Akademi Islam Universiti Malaya.

[2] Lihat : Ahmad Yusuf Badri, (Dr), Usul al-Bahs al-Ilmu Wa Manahijuhu, Wikalah Matbuah : Kuwait, 1975, ms 19

[3] Mohd Kamil Abd Majid, op cit m.s 3

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

3 thoughts on “Cara Penulisan Ilmiah”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.