Skor pada Tahap Skala Aktiviti menunjukkan jenis dan intensiti fizikal yang sesuai dengan seseorang individu tanpa memberi kesan terhadap kecederaan dan risiko kesihatannya. Menurut Anthony (2014) Kestabilan fizikal yang kita alami bergantung pada acara kita menggunakan metabolisma dan tubuh badan bagi menghasilkan kadar tenaga dan kesihatan yang diingini.

Oleh itu, pemilihan Skala Tahap Aktiviti yang tepat dapat memberi gambaran kepada seseorang untuk memilih gaya hidup yang kekal sihat walaupun dipengaruhi oleh faktor usia,umur,kesihatan dan persekitaran.

Penulis akan membincangkan beberapa manfaat yang berkaitan gaya hidup yang dipilih seseorang berdasarkan skor pada tahap skala aktiviti (Level of Activity Scale/LOAS).

 

2.0       FAEDAH MEMILIH SKALA AKTIVITI

 

Keupayaan manusia memikirkan dan membuat keputusan tepat bagi mencapai gaya hidup yang sihat dalam menentukan tahapnya dan tidak mendatangkan risiko yang boleh mengancam fizikal seseorang.

 

Oleh itu, setelah saya mengenal pasti tahap aktiviti pada Skala Kelima, saya merasa lebih selesa untuk merancang kegiatan kehidupan seterusnya agar saya tidak menghadapi stres dan kemurungan di masa akan datang yang akan menjejaskan tahap kesihatan dan kecergasan.

 

Menurut, Rosnah Ismail (2008) menyebut rangsangan atau kesan dari stres rangsangan fizikal, fisiologi dan psikologi. Maka, ini menunjukkan punca strees boleh membantut perkembangan fizikal dan merosakan sel-sel otot dalaman.

Maka, hasil daripada Skala Aktiviti yang betul dan saya akan selesa untuk mendapat manfaat bagi memilih tempat yang sesuai untuk didiami, mengurus kerjaya dengan teratur, menentukan jangka masa untuk terus bekerja, menentukan dan memilih jenis aktiviti riadah di masa lapang, kaedah untuk mencapai matlamat kewangan, menangani penjagaan tahap kesihatan dan kecerdasan diri dan merencana untuk membuat keputusan yang tepat bagi mewasiatkan harta pusaka.

Tahap Skala Aktiviti membantu saya mencapai sasaran aktiviti yang sesuai dengan kemampuan diri yang mencorakkan amalan hidup individu sama ada kurang upaya, kanan-kanak, dewasa, orang tua dan atlet.

 

3.0       Kesimpulan

Oleh itu, pemilihan Tahap Skala Aktiviti yang tepat memberi manfaat bagi meneruskan kelangsungan kehidupan yang akan kekal sejahtera. Keunikan manusia menentukan skor LAOS adalah untuk mencapai tahap tenaga, kualiti hidup dan yang paling utama adalah kecergasan fizikal yang kita tetapkan.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.