“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” (Yasin ayat 36)

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan (Zukhruf ayat 12)


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah”. (Adz Dzaariyaat ayat 49)

“Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan,” (An Naba’ )

PASANGAN – PASANGAN

1. OTAK
(Boleh disentuh/dilihat) =
AKAL (Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

2. JANTUNG
(Boleh disentuh/dilihat) =
HATI
(Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

3. JASAD
(Boleh disentuh/dilihat) =
ROH
(Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

4. SIFAT
(Boleh disentuh/dilihat) =
ZAT (Tak boleh disentuh/lihat (ghaib)

5. SYARIAT
= HAKIKAT

Dalam persoalan pokok kelapa, yang mana satu KELAPA…. Manusia tak akan dapat menzahirkan yangmana satu “KELAPA”
cuma manusia hanya boleh menunjukkan/menyentuh BATANG KELAPA, BUAH KELAPA, AKAR KELAPA,TEMPURUNG KELAPA, MINYAK KELAPA…namun yang di namakan KELAPA itu sendiri tidak mampu di hadirkan oleh manusia…..(atau ia akan jadi fantasi/andaian)

BATANG KELAPA, BUAH KELAPA DLL KELAPA INI SEMUANYA SIFAT KELAPA
DAN KELAPA ITU SENDIRI ADALAH
ZAT…. Sifat akan hancur tetapi zat itu kekal….sebagai contoh… walau pokok kelapa itu di tebang habis namun KELAPA tetap tidak binasa ….ATAU APABILA DUNIA KIAMAT SEGALA SIFAT-SIFAT ITU BINASA YANG TINGGAL HANYA ZAT ALLAH….. seluruh manusia akan sependapat bahawa apa yang dilihat(melalui sifat) adalah pokok KELAPA dan tak mungkin menjadi pokok PELAM…

BEGITU JUGA DALIL DAN BUKTI…..SETIAP YANG BERDALIL PASTI DIIRINGI DENGAN BUKTI (pasangan)…..

Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang- orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran (Dalil) memberi kenyataan – sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut dan sebelum itu, (Hud : 17)

ALLAH memberi manusia MELIHAT agar manusia tau apa itu MELIHAT (sebagai bukti kepada dalil al quran)…. pikirkan kalau Allah jadikan semua manusia itu BUTA…. BAGAIMANA MANUSIA NAK TAU ATAU MENGENAL APA ITU MELIHAT DAN BAGAIMANA YANG DINAMAKAN “MELIHAT”….

KALAU TAK FAHAM APA ITU MELIHAT justeru itu BAGAIMANA MANUSIA NAK MEMPERAKUI ATAU MENGETAHUI BAHAWA ALLAH ITU MAHA MELIHAT sedangkan apa itu melihat pun dia tak tau….

BEGITU JUGA MENDENGAR (BAGAIMANA KALAU KEJADIAN MANUSIA ITU SEMUANYA PEKAK),PIKIRKAN KALAU ALLAH KATAKAN BAHAWA ALLAH ITU MENDENGAR DAN MAHA MENDENGAR…. MANUSIA SEMUA AKAN BERIMAN DAN PERCAYA PADA SESUATU YANG MEREKA SENDIRI TAK PERNAH TAU….

DAN DEMIKIAN JUGA DENGAN CIPTAAN HAWA….AGAR MANUSIA ITU KENAL AKAN APA ITU KASIH DAN APA ITU SAYANG, DAN DARI SITU PULA MANUSIA AKAN FAHAM BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU LAGI MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG (BAGI ORANG NAK BERFIKIR)….

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Maha Suci Allah”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.