Bioequivalence (B.E) adalah istilah dalam farmakokinetik yang digunakan untuk menilai kesamaan biologi antara dua produk yang dihasilkan. Maka kedua-dua produk ini boleh dikatakan mempunyai nilai dan kandungan yang sama, serta digunakan untuk maksud yang sama. Ringkasnya dikenali BE Study atau Clinical Trial. Tapi ni bukan Bio Velocity ya. Dulu saya pernah ikuti BE Study sebagai subjek untuk test ubat seperti kencing manis, Parkinson, darah tinggi, dan ubat untuk HIV biasanya di buat oleh pihak Hospital Kerajaan dan Swasta. Diambil dalam bentuk dos dan seterusnya menilai proses penyerapan kepada peredaran sistemik (sistem pengaliran) dalam badan.
Apakah Kajian Bioequavalance
BE Study dijalankan untuk membuat perbandingan antara dua produk perubatan yang mengandungi kandungan bahan-bahan aktif yang sama. Tujuan kajian ini dibuat untuk menilai secara kritikal kemungkinan penggunaan ubatan ini sebagai satu alternatif. Kedua-dua ubatan ini mempunyai nilai terapeutik yang sama bagi membolehkan ia ditukar.
Contohnya jika tiada produk ‘A’ di pasaran, masih ada produk ‘B’ yang boleh digunakan sebagai ganti. Dua produk (ubatan) tersebut dipasarkan oleh pemegang lesen yang berbeza.
Dalam bidang perubatan, penyelidikan spt ini diperlukan bg mencari jalan penyelesaian pelbagai masalah bg memenuhi sumber tenaga professional bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti secara berkekalan terhadap tahap kesihatan dan kesejahteraan sejagat.
Malaysia ni dulu banyak bergantung kepada ubat dari negara luar, alternatif utk kurangkan kos di zaman sekarang ni ramai sgt pesakit sehingga permintaan ubat sangat tinggi. Maka, penyelidikan dibuat untuk melihat keberkesanan ubat tempatan yang setanding dengan ubat dr negara luar. Isi kandunga atau resepi sama tapi bahan je mungkin lain.
Dengan kata lain ubat original dengan ubat generik diuji kepada mereka yang mempunyai kesihatan yang baik termsk BMI, jenis darah, umur dan sebagainya kemudian dianalisis dengan kandungan darah. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sampel dari beberapa subjek yang sihat yg tlh melepasi tapisan ujian perubatan terlbh dahulu dan diberikan dos kepada peserta. Hasil kajian ni bertujuan sebelum ubat diedarkan ke farmasi-farmasi nanti dan blh digunakan untuk pesakit awam.
Bagaimana untuk menyertai Kajian Bioequavalance
Disini juga penulis ingin kongsikan bersama mesej yg diterima bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai BE Study pada 29/06/2018 Hospital Seberang Jaya dan Hospital Ipoh akan menjalankan BE Study. Peserta yg berminat utk menyertai kajian hubungi di talian 0165285764 untuk keterangan lanjut. Manakala, kajian di Hospital Besar Ipoh, hubungi CRC Babe di talian 017-597 9529