Kuda belang lahirkan ‘zonkey’ selepas bercampur dengan keldai dan lembu

Seekor anak kuda belang di Taman Negara Chyulu Hills di Kenya, kelihatan berbeza daripada spesiesnya yang lain.

Belang yang dimiliki bukan berwarna hitam dan putih, malah belang itu pula tidak menutupi keseluruhan badannya.

Petugas Sheldrick Wildlife Trust, sebuah organisasi penyelamat dan pemuliharaan haiwan, yang memeriksa kuda belang itu teruja apabila mendapat tahu ia bukan seekor kuda belang biasa.

Ia sebaliknya merupakan seekor zonkey, kacukan kuda belang dan keldai.

“Bekerja dengan hidupan liar, kami perlu biasakan diri dengan perkara yang tidak dijangka,” kata seorang jurucakap kumpulan penyelamat itu.

Ibu zonkey itu sesat selepas keluar dari Taman Nasional Tsavo di timur Kenya dan ditemui bercampur dengan kawanan lembu di sebuah kampung, sebelum dibawa ke Taman Negara Chyulu, kira-kira setahun lalu.

Penyelamat berpendapat kuda belang betina itu ‘bertemu” seekor keldai ketika hidup bersama kawanan lembu berkenaan.

Walaupun boleh menjalani kehidupan normal, zonkey dikategorikan sebagai mule, yang bermaksud ia tidak boleh membiak setelah mencapai usia matang.

Rujukan :

Alaa Elassar. (2020). It`s a zonkey ! Zebra gives birth to rare baby after mating with a donkey. Cable News Network (CNN). https://edition.cnn.com/2020/04/11/world/zebra-donkey-zonkey-kenya-trnd/index.html

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.