Amalan Ibu Duit ? Bagaimana ya…apabila berbicara tentang duit atau wang, segala-galanya adalah duit, tapi duit bukan segala-galanya itulah realiti kehidupan hari ini tambahan pula dengan wabak corona virus atau Covid-19 yang menyerang kehidupan manusia seluruh dunia yang sangat membimbangkan. Maka saya ingin berkongsi tentang amalan ibu duit. Dikala kita diancam dengan Covid-19 yang telah melumpuhkan ekonomi di seluruh dunia, ada yang telah hilang pendapatan apabila negara dikenakan perintah kawalan pergerakan atau lockdown.

Sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan ajaran Islam pasti meluruskan hati kepada Allah SWT dengan usaha untuk mendekatkan diri kepadaNya untuk memohon hajat dan pertolonganNya atas ujian yang diberikan kepada kita semua. Maka, pencarian amalan ibu duit terus menjadi misi bagi saya dengan pengharapan daripada Allah SWT.

Apabila berbicara tentang ujian membuatkan hati kita tidak tenang dan bercelaru dalam kehidupan terutama apabila sesuatu yang melibatkan wang ringgit atau hutang dan rezeki yang sempit. Cerita berkenaan ujian atau laluan sukar dalam kehidupan saya dulu semasa belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dulu sekitar tahun 2000 juga amat memedihkan apabila ketiadaan wang. Jadi apa yang saya lakukan apabila hutang yang tidak dapat dibebaskan dan jiwa kacau dengan sebab duit segalanya juga boleh hilang termasuk kawan yang rapat dengan kita.

Sebenarnya, saya tidak perlu menghuraikan dengan panjang tentang duit atau wang umum mengetahui dalam kehidupan ia amat berharga oleh sesiapapun.

Ramai yang mencari dan terus menggali lubuk duit di internet agar tidak terlepas peluang, begitu juga dengan diri saya dulu yang sentiasa merebut peluang sampai ‘tergila-gila’ pada waktu dulu, terlihat atau terdengar saja orang membicara untuk mendapat wang atau teknik-teknik bagaimana untuk mendapatkan wang melalui internet pastinya sentiasa mengkaji dan cuba menceburi walaupun tidak berjaya dengan sebaiknya samada membuat lelongan di ebay atau menjual barangan secara online dan sebagainya.

Begitu banyak forum-forum, blog, e-book dan buku dengan pantasnya terbit sebagai medium maklumat untuk dikongsikan bersama dengan pelayar-pelayar internet.

Penulis juga tidak terlepas peluang untuk mengikuti forum-forum Malaysia yang telah tumbuh seperti www.wangcyber.com, www.nogold.com, www.carigold.com, www.bicarajutawan.com dan banyak lagi ketika itu untuk mendapatkan bahan maklumat.

Pada masa itu penulis, begitu aktif mengikuti perkembangan dari masa ke semasa terutamanya apabila meletusnya tagline jutawan internet, tsunami wang, program-program pelaburan autosurf yang famous ketika itu adalah 12daily pro yang dibayar 12 % sehari dengan hanya melayarkan iklan secara automatik, pelaburan berisiko tinggi atau HYIP, E-Wallet bersistem Multilevel Marketing [MLM], Sistem Matrix, Swisscash, FOREX dan lain-lain.

Oleh kerana mencari wang punya hal dan bertekad ‘freedom financial’ akhirnya dengan sebab kelalaian dan ketamakan maka, tersungkur jua dalam perniagaan pertukaran matawang asing atau FOREX yang mengalami kerugian kira-kira RM36000.00 atau $10000.00 Dollar Amerika pada tahun 2007 walaupun sebelum mengikuti aktiviti tersebut terpaksa mengeluarkan modal ratusan dollar Amerika untuk mendapatkan ilmu samada mengikuti kelas dan pelbagai indikator [bacaan signal jual atau beli] telah dibeli dan digunakan…banyak trial dan error sehinggakan masa itu saya mampu mendapat keuntungan $1000.00 Dollar Amerika dalam masa seminggu..itulah saya katakan dengan duit kita lupa, gelap mata, hilang disiplin dan tamak untuk mendapatkan lebih banyak lagi..dan lagi…itulah hakikatnya hati kita tidak puas dengan duit…segala-galanya dengan duit..!

Pada penghujung tahun 2007 pula saya digegarkan dengan berita pelopor www.swisscash.com telah ditangkap oleh pihak kerajaan masa itu hati saya mula rasa berkecai lagi untuk menghadapi risiko kerugian kerana saya juga melabur sejak awal pembukaan program tersebut hampir RM10 ribu . Program dikesan oleh pihak berkuasa setelah kerajaan menerima aduan bahawa ‘pelaburan haram’ yang dicopkan sebagai program seperti Pak Man Telo atau sistem ponzi dan wang dibekukan berbilion ringgit oleh Bank Negara.

Fatwa untuk mengharamkan pelaburan internet haram seperti HYIP dan swisscash heboh tabloid utama Malaysia ketika itu dan program dihentikan dan diharamkan oleh kerajaan.

Rasanya saya tidak perlu mencerita panjang di sini mengenai program-program tersebut anda boleh merujuk ke mesin pencarian internet seperti www.google.com.my atau wikipedia untuk mengetahui gambaran sejarahnya.

Oleh itu, kebanyakan program yang saya sebutkan di atas telah ditutup dan diharamkan oleh pihak berkuasa cuma yang masih tersisa lagi FOREX belum diharamkan sepenuhnya kerana ia terpulang kepada individu dengan kemahiran tertentu.

Pengajaran dari kerugian sebanyak itu sudah cukup bagi saya walaupun tidak sehebat rakan-rakan saya di luar sana mengalami kerugian yang lebih teruk dan bergadai golok bahkan hilang arah, disingkir orang, keruntuhan institusi keluarga dan sebagainya. Semuanya kerana mencari ibu duit !

Pengalaman belajar dari kesilapan dengan terjebak dengan aktiviti tersebut saya terpaksa berkenala hampir setahun dan hasil dari itu telah mengajar saya dan pembukaan kepada mengenal Allah jua..Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih diberi peluang dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

Maka, disini saya telah mengambil kesimpulan itulah ‘permainan dunia dan senda-gurau atau ‘dunia ini adalah ilusi’ bagi mereka yang tidak mengenali dirinya. Sesungguhnya dunia ini kita hadapi dengan bermacam-macam ujian dan pancaroba yang sering kita alami dalam kehidupan dan dapat mengenal taktik-taktik Yahudi menguatkan ekonominya dan menghancurkan ekonomi orang Islam serta meruntuhkan perpaduan sesama orang Islam hanya dengan wang.

Pada penghujung tahun 2007 pula saya digegarkan dengan berita pelopor www.swisscash.com telah ditangkap oleh pihak kerajaan masa itu hati saya mula rasa berkecai lagi untuk menghadapi risiko kerugian kerana saya juga melabur sejak awal pembukaan program tersebut hampir RM10 ribu . Program dikesan oleh pihak berkuasa setelah kerajaan menerima aduan bahawa ‘pelaburan haram’ yang dicopkan sebagai program seperti Pak Man Telo atau sistem ponzi dan wang dibekukan berbilion ringgit oleh Bank Negara.

Fatwa untuk mengharamkan pelaburan internet haram seperti HYIP dan swisscash heboh tabloid utama Malaysia ketika itu dan program dihentikan dan diharamkan oleh kerajaan.

Rasanya saya tidak perlu mencerita panjang di sini mengenai program-program tersebut anda boleh merujuk ke mesin pencarian internet seperti www.google.com.my atau wikipedia untuk mengetahui gambaran sejarahnya.

Oleh itu, kebanyakan program yang saya sebutkan di atas telah ditutup dan diharamkan oleh pihak berkuasa cuma yang masih tersisa lagi FOREX belum diharamkan sepenuhnya kerana ia terpulang kepada individu dengan kemahiran tertentu.

So, bgmana dengan amalan ibu duit memerlukan perjalanan yang panjang untuk mendapatkannya ? ikuti sambungannya di bwh :

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

3 thoughts on “Amalan Ibu Duit Siri Pertama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.