Cara Nak Faham Hipotesis Kajian

Cara Faham Hipotesis Kajian
Kosmo, 27 April 2015, ms 23, Rencana Utama

Sebelum ini sy ada bincangkan cara penulisan ilmiah, cam ne nk fham hipotesis kajian ? langkah pertama fahami dulu pandangan2 sarjana, kadang2 ada ‘jelmaan’ kecelaruan pd pemeriksa kertas projek, tesis, disertasi, kajian ilmiah sebab ‘tidak bijak’ untuk memahami apa itu hipotesis kajian dalam metodologi penyelidikan bg subjek sains gunaan dan sewaktunya, sdgkan pelajar seliannya dah dpt tangkap nk buat kualitatif atau kuantitatif. Kadang2 ada juga pemeriksa ni tak hadam betul2 utk membezakan kualitatif dgn kuantitatif. So, penulis terpanggil untuk kemukakan beberapa pandangan sarjana antaranya :

Menurut Idris Awang (2009), hipotesis boleh ditakrifkan sebagai penyataan sementara tentang hubungan antara dua atau lebih unsur. Pemyataan ini hendaklah dibuktikan di akhir kajian sama ada boleh diterima atau tidak.

Pembuktian ini memberi input kepada penyelesaian terhadap masalah yang dikaji. Terdapat beberapa bentuk pemyataan hipotesis yang biasa digunakan oleh penyelidik untuk kajian mereka:

i. Pemyataan yang tegas: Pelajar yang menguasai tulisan jawi dapat mempelajari bacaan al-Quran dengan mudah.

ii. Bermula dengan perkataan ‘sekiranya’ (atau perkataan lain yang seumpamanya): Sekiranya pelajar menguasai tulisan jawi. beliau akan dapat mempelajari bacaan al-Quran dengan mudah.

iii. Mencari hubungan: Terdapat hubungan antara penguasaan tulisan jawi dengan penguasaan bacaan al-Quran.

iv. Menilai pengaruh: Tahap penguasaan tulisan jawi mempengaruhi tahap penguasaan bacaan al-Quran.

Dalam analisis statistik terdapat dua jenis hipotesis: hipotesis altemat dan hipotesis nul. Hipotesis altemat ialah seperti di atas, manakala hipotesis nul ialah sebaliknya, seperti ‘Tahap penguasaan tulisan jawi tidak mempengaruhi pencapaian dalam penguasaan bacaan al-Quran’, atau ‘Tidak terdapat hubungan antara penguasaan tulisan jawi dengan penguasaan bacaan
al-Quran’.

Pengujian statistik dibuat terhadap hipotesis nul. Sekiranya hipotesis nul ditolak atau tidak terbukti benarnya, hipotesis alternat itulah yang diterima sebagai benar. Demikianlah sebaliknya.

Perlu juga diambil perhatian bahawa tidak semua kajian menggunakan hipotesis, khususnya kajian-kajian kualitatif. Dalam hal ini penyelidik mungkin merasakan bahawa beliau tidak memerlukan pernyataan hipotesis. Tujuan atau objektif kajian sudah memadai baginya untuk menganalisis data. Diwujudkan hipotesis pada asasnya adalah membantu penyelidik dalam proses analisis data supaya lebih terfokus.

Bibliografi

Idris Awang. (2009). Penyelidikan Ilmiah Amalan Dalam Pengajian Islam. Selangor: Kamil & Shakir Sdn Bhd.
Ahmad Sunawari Long. (2014). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.